akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,541
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,541
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Kami masih anggap Caprice ‘lelaki’, datanglah Semboyan – Yusuf Azmi
Yusuf Azmi bersama surat terbuka untuk Caprice.
PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) mengajak penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Menerusi satu surat terbuka kepada Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, Pengerusi Semboyan, Yusuf Azmi berkata, jemputan itu juga bagi berbincang kebenaran dan keadilan.
“Kami menghormati Caprice sebagai seorang lelaki, dan kami jemput dia untuk datang ke Semboyan. Mari kita berbincang demi mencari kebenaran dan keadilan,” katanya di di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, Yusuf turut berkongsi surat terbuka yang menjemput Caprice untuk hadir ke pejabat Semboyan Malaysia.
“Surat terbuka untuk Caprice Daddycap . Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap depan kami tentang apa yang tidak puas hati dengan pihak kami.
“Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki,”kata surat itu.
Terdahulu, kemelut kedua-dua aktivis berkenaan mula ‘panas’ apabila Caprice berkongsi sekeping gambar Yusuf bersama pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Difahamkan gambar tersebut dirakam di sebuah pusat beli-belah terkenal dalam satu majlis baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE