BTC USD 36,020.6 Gold USD 1,813.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kami akan segera hubungi menteri’, keluarga tentera didera senior sahut Hishammuddin

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Kami akan segera hubungi menteri’, keluarga tentera didera senior sahut Hishammuddin
1638450091900.jpeg

PETALING JAYA: Abang kepada anggota tentera yang didakwa dipukul dan dipaksa menghabiskan gaji membeli barang keperluan “senior”, berjanji menyalurkan maklumat kes itu kepada Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.

“Aku dengan keluarga tengah kumpul-kumpul mesej adik aku dan (kami) akan hubungi menteri dengan segera. Kami tak boleh tidur, selalu tunggu ‘call’ (panggilan telefon) adik aku,” katanya.

Lelaki itu berkata, adiknya akan menghubungi ibu mereka selepas dipukul kumpulan senior itu dan kerap meluahkan perasaan untuk lari dari kem berkenaan.

Beliau tidak menamakan kem tentera yang dimaksudkan itu.

“Selalunya lepas kena pukul, dia (adik saya) akan ‘call’ mak aku cakap nak lari. Dia dah kerja, tau bukan dalam latihan lagi, pun ada rasa nak lari,” katanya dalam mesej dikongsi bersama pengguna Twitter Pedoq.

Lelaki itu mendakwa, sudah lumrah adiknya dipukul selama beberapa jam sekembalinya ke kem bujang selepas bertugas pada tengah malam.

“Bayangkan bertugas sampai malam, dah sampai dorm kena pukul/ragging sampai 3-4 pagi. Lepas itu dapat tidur sejam, bangun siap-siap nak pergi bertugas.

“Sedih betul. Adik aku cakap kasar dengan orang pun tak pernah. Memang jenis buat hal sendiri. Sedih benda ni jadi dekat keluarga kita orang,” katanya.

Beliau berkata, adiknya takut untuk membuat aduan kepada pegawai atasan kerana khuatir menerima nasib sama seperti penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera sehingga meninggal dunia.

Hishammudin sebelum ini meminta abang kepada mangsa yang didakwa dibuli itu terus menghubunginya bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri (Ikmal Hisham Abdul Aziz) juga diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” kata Hishammuddin di Twitter.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Mesej abang mangsa di Twitter

20211202_221301.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Dalam kem dorg panggil nyamuk. Abg ak dulu sama kena hari2 wpun dh 10tahun kerja. Asal senior je lanyak budak bawah. Dtg berek 3-4pagi kejut suruh pakai kemeja slack siap tie sekali. Keje meragging je
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,677
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,677
Reaction score
4,113
Points
261
Awards
1
Dalam kem dorg panggil nyamuk. Abg ak dulu sama kena hari2 wpun dh 10tahun kerja. Asal senior je lanyak budak bawah. Dtg berek 3-4pagi kejut suruh pakai kemeja slack siap tie sekali. Keje meragging je
Kes ni dah viral mesti mereka dah buat sesuatu ni....lambat sgt bertindak ni....patut terus ambush kem tu
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Individu dakwa adik dibuli belum tampil - Hishammuddin

Kuala Lumpur: Individu yang mendakwa adiknya dibuli di sebuah kem tentera belum tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, masyarakat diminta tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi di luar terutama di media sosial.

"Tuan punya badan dari posting (hantaran) awal tak tampil. Tapi ada perkara lain dibangkitkan netizen di luar sana dan saya minta Timbalan Menteri, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz buat siasatan secara peribadi sendiri.

"Dalam hal ini apa yang dipanjangkan kepada kita akan disiasat," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 di sini, hari ini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Hakikatnya lagi teruk kena nanti. Bkn senior2 tu kena transfer tempat lain terus. Bukan bmakna xbole usik budak tu, dpt 24jam protection. Last redha hadap jela
 

logammaut

Legendary Member
gem
Messages
11,567
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,567
Reaction score
1,406
Points
201
Biasanya askar cekap cover kes dalaman. Tapi dah sampai level menteri silap2 Pegawai Memerintah pun masuk peti sejuk. Pembuli confirmlah ‘ditamatkan perkhidmatan secara keji’ bila confirm salah.
 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
isu2 mcm nilah yg buatkan ramai org cina dgn org india tak minat nak join askar

1. gaji tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn penat lelah dan risiko parah / terbunuh
2. kes buli yg melampau.. dah kerja 10 tahun pun masih kena buli lagi? hehe

tak boleh nak pakai alasan patriotism ni selagi benda kecik mcm ni tak settle dulu

sekadar pendapat peribadi..
 

pelitaminyak

Super Active Member
gem
Messages
6,366
Joined
Aug 13, 2008
Messages
6,366
Reaction score
1,756
Points
151
isu2 mcm nilah yg buatkan ramai org cina dgn org india tak minat nak join askar

1. gaji tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn penat lelah dan risiko parah / terbunuh
2. kes buli yg melampau.. dah kerja 10 tahun pun masih kena buli lagi? hehe

tak boleh nak pakai alasan patriotism ni selagi benda kecik mcm ni tak settle dulu

sekadar pendapat peribadi..
Alasan je ......... Semangat patriotik tak de............... Bukan semua kem macam ni.......... Ada kes buli kat sekolah, jgn anggap semua sekolah ada kes buli

Kes buli kat tempat keja lain pun ada......... Cuma kes buli tentera memang kasar le, ramai juga aku kenal tentera yg baik .......... Jgn le pukul rata semua

Sama juga ayat "melayu makan rasuah" bukan semua melayu makan rasuah cuma kes2 tertentu je
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,304
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,304
Reaction score
3,007
Points
266
Awards
1
Di perancis pembuli di sekolah pun boleh kena penjara.
Sini rilek je pembuli hidup aman sambil memusnahkan kehidupan orang lain.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register