Kamera Badan - Dua PBT Setuju, Tetapi Perlu Pertimbang Kos Tambahan

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,188
Reaction score
3,036
Points
236
23.02.2020 - Shah Alam, Kerajaan Negeri disaran mempertimbang kos tambahan yang perlu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung penggunaan kamera badan oleh penguat kuasa.

Menyambut baik pendekatan itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor Rahilah Rahmat berkata penggunaan alat tersebut boleh melindungi anggota bertugas jika berlaku perkara tidak diingini.

“Kita memandang serius dakwaan orang ramai berhubung salah laku penguat kuasa semasa bertugas dan sedia bekerjasama jika ada aduan, namun perkara ini (penggunaan kamera badan) melibatkan kos tambahan, justeru ia wajar diambil perhatian jika dilaksanakan kelak,” katanya ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam Shahrin Ahmad berkata penggunaan kamera badan membantu anggotanya semasa bertugas di lapangan.

“Kita sentiasa menasihatkan kakitangan khususnya anggota yang bertugas di lapangan supaya berintegriti dan amanah, tenang serta berhemah semasa berhadapan masyarakat,” katanya.

Pada 15 Februari lalu, Selangor memaklumkan akan mempertimbangkan penggunaan kamera badan bagi menjamin keselamatan anggota penguat kuasa PBT dan orang awam di negeri ini jika berlaku insiden luar jangka.

Semalam, EXCO kerajaan tempatan Ng Sze Han menjangkakan penggunaan alat itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi bergantung kepada keperluan dan bajet PBT.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/02/kamera-badan-dua-pbt-setuju-tetapi-perlu-pertimbang-kos-tambahan/
 
Top
Log in Register