Kamal Chilok Meninggal Dunia Selepas 2 Hari Koma

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,175
Reaction score
2,489
Points
236
12.10.2019 - Shah Alam, Anggota kumpulan lawak Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu meninggal dunia di Hospital Putrajaya, di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan rakannya yang juga artis, Atoi Tohet ketika dihubungi Harian Metro.

Atoi berkata, dia menerima berita itu sebaik dihubungi beberapa rakannya yang berada di hospital berkenaan jam 5 petang.

“Saya meminta semua peminat mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya.

Kamal mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang kelmarin.

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan patin tempoyak yang diusahakannya kepada pelanggan.

Kamal pernah menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 selain merangkul naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.

Ketika dihubungi Harian Metro baru-baru ini, Kamal memberitahu dia akan berentap di kerusi panas MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.

Arwah yang juga bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor memberitahu mahu meluaskan bakat sebagai penyampai radio.




Berita asal https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/10/12/kamal-chilok-meninggal
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,175
Reaction score
2,489
Points
236
Pelawak Kamal Chilok Koma Terbabit Kemalangan

11.10.2019 - Kuala Lumpur, Anggota kumpulan Chilok iaitu Kamal terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut salah seorang ahli kumpulan iaitu Chiwan, Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin mengalami kecederaan pada anggota badan serta kepala dan masih belum sedarkan diri.

"Semasa kejadian, dia memandu kenderaan sendirian dan berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) dan tak sedarkan diri selepas kemalangan itu.

"Kamal dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan doktor dah buat pemeriksaan... dia mengalami patah bahu, kaki dan pendarahan dekat kepala. Sekarang ini dia masih koma!

"Doktor kata kalau perlu pembedahan dalam masa terdekat, dia akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur," katanya kepada mStar.

Sementara itu, peserta Maharajalawak Mega 2019 ini memberitahu kemalangan itu berlaku selepas Kamal menghantar tempahan makanan seorang pelanggan dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Pelawak itu menjalankan perniagaan patin tempoyak secara 'cash on delivery' (COD) atau pembayaran tunai semasa serahan sejak awal tahun lalu.

"Kamal ada buat perniagaan makanan patin tempoyak dan kemalangan terjadi ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Sepang, Selangor, selepas menghantar tempahan pelanggan di Putrajaya.

"Saya pun tak pasti macam mana kemalangan itu berlaku dan apabila mengetahui berita tersebut, kita terus bergegas ke hospital.

"Minta semua peminat mendoakan agar Kamal sedar seperti sedia kala dan kesihatannya baik-baik sahaja," ujarnya.

Terdahulu, Kamal menyertai kumpulan KRONI dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.





Berita asal https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/10/10/kamal-chilok
 
Last edited:

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,895
Reaction score
181
Points
88
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Amin.
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,473
Reaction score
294
Points
91
Innalilah..lawak arwah sizen lepas best..Al fatihah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register