Kalimullah sudah mengaku

CG Sponsors




serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Sejak akhir-akhir ini, ramai blogger PRO-BN mendakwa yang Kalimullah terlibat dalam satu perancangan jahat untuk menjatuhkan Najib.

Kononnya, Kalimullah yang sememangnya sudah terkenal sebagai proksi Abdullah Badawi dan juga Khairy Jamaluddin dikatakan membiayai kos penyembunyian Raja Petra di kota London.

Semalam, Agenda Daily berjaya mendapatkan komen Kalimullah tentang dakwaan tersebut.

Berikut adalah sedutan dari artikel Agenda Daily:


Setelah membisu sekian lama ,Kalimullah yang kini Pengerusi Air Asia X ,anak syarikat Air Asia yang mengendalikan penerbangan tambang murah ke destinasi jauh ke luar negara dan Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd yang pernah jadi bahan kontroversi satu ketika dulu tampil membuat satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu sebagai mengulas laporan Utusan, beliau menafikan sama sekali mempunyai hubungan dengan Raja Petra apa lagi membenarkannya tinggal di apartmen miliknya di London.

Kalimullah juga menafikan beliau membiayai pengendali Malaysia Today itu.

Beliau mengakui ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di situ.

"Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' katanya.

Dalam kenyataan berkenaan Kalimullah juga menafikan beliau ada bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 7 November lalu.

Katanya pada tarikh berkenaan beliau berada di Malaysia.


Nota: Tunggu apa lagi Datuk Seri? Saman je lah blogger yang tuduh kamu kalau kamu di pihak yang benar.
 
Top
Log in Register