BTC USD 57,031.8 Gold USD 1,788.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalimah Allah tidak patut jadi isu

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR. -- Persoalan berhubung penggunaan perkataan Allah tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan Menteri Dalam Negeri ketika itu dengan nyata telah memberikan permit bersyarat kepada penerbitan akhbar mingguan, Herald - The Catholic Weekly.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said memberitahu Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), perkara tersebut hanya menjadi isu sekiranya permit tidak diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Namun, katanya, permit penerbitan akhbar tersebut bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 telah dengan nyata menyebut ia tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Sehubungan itu beliau menegaskan, Gereja Katolik selaku pemohon tidak boleh mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Menteri Dalam Negeri dan permit tersebut tidak terpakai tanpa syarat tersebut.

Kamaludin turut membangkitkan tiada sebarang jaminan bahawa penerbitan itu hanya dibaca oleh penganut agama Kristian memandangkan ia juga boleh diakses secara dalam talian (online).

Menurutnya, perkataan Allah bukanlah berasal daripada bahasa Melayu sebaliknya ia berasal dari bahasa Arab.

''Di negara ini apabila seseorang merujuk kepada Allah atau menyebut kalimah Allah ia hanya menjurus kepada Tuhan kepada umat Islam. Kalimah Allah adalah suci dan tinggi kedudukannya. Kemuliaannya mestilah dipelihara dan dilindungi.

''Kalimah tersebut bukan sekadar perkataan atau terjemahan kepada perkataan Tuhan seperti yang digambarkan dalam Herald. Sebaliknya ia merupakan nama khas kepada Tuhan yang maha Esa bagi umat Islam.

''Penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan Tuhan hanya akan mengundang kekeliruan dan sensitiviti keagamaan serta mengundang perasaan tidak harmoni di kalangan umat Islam dan Kristian,'' kata Kamaludin.

Justeru, ujar beliau, larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan tersebut adalah munasabah dan tidak melangkaui batasan undang-undang.

Beliau yang mewakili responden Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia berhujah demikian di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan bulanannya.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam sebagai penerbit akhbar berkenaan mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan kehakiman setelah permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan itu, pemohon antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan 'Allah' dalam Herald - The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sementara itu, peguam Porres Royan yang mewakili pemohon berhujah, tiada asas yang kukuh bagi responden untuk mempertahankan perkataan Allah adalah eksklusif bagi agama Islam dan tidak boleh digunakan dalam bahan penerbitan agama-agama lain.

Menurut Royan, responden telah bertindak ultra vires (melampaui batasan undang-undang) ketika memutuskan larangan tersebut atas alasan isu keselamatan, mengelirukan dan mengancam keselamatan tanpa mengemukakan bukti sokongan.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Mahkamah menetapkan esok untuk mendengar hujahan seorang lagi Peguam Kanan Persekutuan, Mohd. Naser Isa mewakili responden.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register