BTC USD 62,309.8 Gold USD 1,764.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalau Inilah Syaratnya..

seether

CG Top Poster Club
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,417
Reaction score
6
Points
311
images


Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba2 datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW.

Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya.

Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.


-Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'.

-Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam.

-Syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun.

Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu.

Rasulullah SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini.

Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa.

Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya.

Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan..

Ya Rasulullah : Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian..

Ya Rasulullah : Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam?

Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah : Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun?

Rasulullah menjawab: Ya.

Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.


Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda :

Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”


[Sahih Muslim hadis no: 1164]


Sumber : http://www.cari.gold
 
Sponsored Post

Bro_Izantie

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2009
Messages
17,073
Reaction score
928
Points
161
maksud yg terlindung..
ibarat Al-Quran yg masih perlu dikaji rahsianya!
 

jumanjimd

Active Member
Joined
May 23, 2011
Messages
1,672
Reaction score
24
Points
25
nak abis posa 6 da ni TT xde ke jelitawan yg tt nak tawarkan utk ana kahwini..hehehe2
 

edy1405

Active Member
Joined
Nov 20, 2009
Messages
1,720
Reaction score
4
Points
30
nak abis posa 6 da ni TT xde ke jelitawan yg tt nak tawarkan utk ana kahwini..hehehe2

anta xperlu gusar...jodah tuhan sudah tetapkan...bila tiba masanya ia akan datang sendiri...ana juga tidak menduga tahun ini ana akan kahwin...:D

p/s: baru sebulan berumah tangga...anyway good info tt:)paid
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,902
Reaction score
109
Points
123
info yg menarik. T kasih tt krna berkongsi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register