BTC USD 38,246.8 Gold USD 1,809.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalau bukan sekarang bila lagi nak tazkirah berdepan, kata PU Amin

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,657
Reaction score
2,596
Points
201

Kalau bukan sekarang bila lagi nak tazkirah berdepan, kata PU Amin​

1618852986424.png
Pencetus Ummah (PU) Amin berkata sikap suka menghina golongan yang bergelumang dengan maksiat menjadi punca golongan itu semakin jauh dari agama.

Dia berkata demikian ketika menjelaskan imej tular yang memaparkan dia bersama dua personaliti media sosial berpakaian seksi.

Menganggap tidak salah untuk mendekati golongan itu, Amin menjelaskan tujuan kehadirannya pada majlis tersebut kerana melihat ada peluang untuk berdakwah secara berdepan dengan golongan yang ditentang sebelum ini.

Katanya, adalah wajar untuk berunding secara baik agar pihak terbabit dapat diajak meninggalkan kemungkaran.

Viral gambar saya dengan dua individu dalam sebuah acara tertutup baru-baru ini. Ceritanya, saya dijemput untuk baca doa berbuka puasa dan tazkirah Ramadan sebelum berbuka puasa.

“Saya hadir dengan niat menyampaikan dakwah dan menyempurnakan tugas saya secara face to face (bersemuka) lalu membaca doa agar Allah menerima segala amal kebaikan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

“Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnah sangat besar. Tapi kalau bukan waktu itu, bila lagi nak tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, tular imej yang memaparkan dirinya bersama dua personaliti media sosial berpakaian seksi dalam sebuah majlis selepas ia dikongsi oleh seorang daripada wanita tersebut di dalam akaun media sosialnya.

Bercerita kejadian yang berlaku, kata Amin, selepas selesai menunaikan solat Maghrib, dia diminta oleh pihak penganjur untuk bergambar.

Menurutnya, dia menuruti permintaan tersebut sebagai menghormati penganjur.

“Selepas tu saya memang bergegas nak pulang sebab bertugas di masjid berdekatan. (Tapi) penganjur minta nak bergambar. Saya raikan, kerana mahu segera untuk pulang.

“Akhirnya penganjur viralkan gambar tersebut. Tak tahu tujuan apa. Saya pun dah minta agar padam gambar tersebut bagi menghormati bulan Ramadan. Dan kini teruk saya dihentam, difitnah dan dicaci maki hari ini. Allahu,” katanya.

Mengulas lanjut, Amin berkata, sejujurnya, dia sudah biasa mengambil gambar dengan golongan yang melakukan kemungkaran, cuma kali ini dia ditularkan.

“Saya biasa ambil gambar dengan banduan, penagih dadah, mat rempit, paderi, pelacur setelah selesai program dakwah di lapangan. Cuma kali ini viral dan dikongsikan secara ramai oleh semua pihak,” katanya.

Meskipun berdepan satu dugaan besar, Amin berkata, dia tetap memohon maaf sekiranya perbuatannya bergambar dengan kedua-dua wanita terbabit adalah satu perkara mengaibkan.

“Ramadan baru di fasa pertama, namun ujian berat bagi saya. Terima kasih pada yang menghina dan memanjangkan fitnah.

“Saya mohon maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memalukan dan mengaibkan,” katanya.
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,657
Reaction score
2,596
Points
201
Baekkk punya montot
Zoom mcm pakai gstring ni hehe
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,657
Reaction score
2,596
Points
201

Bela PU Amin: Islam benci agamawan sekongkol dengan perampas kuasa, kata Kadir​

Jika sesetengah pihak mengecam PU Amin kerana hadir di majlis yang melibatkan wanita berpakaian seksi, tokoh wartawan negara A Kadir Jasin sebaliknya berpendapat ia adalah wajar buat bekas peserta siri realiti televisyen itu.

Kata A Kadir pada pandangannya memang begitulah tugas asasi seorang pendakwah iaitu berdamping dengan sebanyak mungkin kumpulan manusia tanpa mengira tempat, masa dan suasana untuk menyampaikan Islam.

"Bagi saya (ia) bukan saja tidak salah malah patut dipuji jika ada pendakwah Islam yang sanggup mengambil pendekatan sejagat bergaul dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagilah dengan orang bukan Islam atau orang Islam di pinggiran," katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.

Sebaliknya perlakuan yang salah, kata bekas penasihat media kepada Dr Mahathir Mohamad itu, ialah orang agama yang bersikap bermuka-muka dan berlagak kononnya berperangai baik sedangkan hakikat adalah sebaliknya.

"Lebih baik orang agama bergambar dengan wanita cantik di khalayak ramai ketika berdakwah daripada bersekongkol dengan pemimpin yang merampas kuasa atau yang rasuah. Islam benci hipokrit!" katanya.

Semalam PU Amin mengundang polemik apabila muncul gambar dia bersama dua wanita berpakaian seksi semasa menghadiri suatu majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semasa menjelaskan apa yang berlaku PU Amin berkata dia hadir di majlis berbuka puasa berkenaan kerana melihat ada peluang untuknya berdakwah secara berdepan dengan golongan yang ditentang sebelum ini.

Berdakwah di mana-mana saja

“Viral gambar saya dengan dua individu dalam sebuah acara tertutup baru-baru ini. Ceritanya, saya dijemput untuk baca doa berbuka puasa dan tazkirah Ramadan sebelum berbuka puasa.

“Saya hadir dengan niat menyampaikan dakwah dan menyempurnakan tugas saya secara face to face (bersemuka) lalu membaca doa agar Allah menerima segala amal kebaikan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

“Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnah sangat besar. Tapi kalau bukan waktu itu, bila lagi nak beri tazkirahsecara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini,” katanya.

Kata A Kadir apa yang dilakukan PU Amin itu adalah betul dan niatnya baik iaitu untuk menyebarkan dakwah dan menyempurnakan tugasnya secara bersemuka.

"Setidak-tidaknya pun kita memperkenalkan agama kita kepada mereka. Lebih-lebih lagi dalam suasana Islam digambarkan dengan gambaran yang salah sehingga menimbulkan ketakutan dan kebencian.

"Salah satu strategi mubaligh Kristian ialah supaya penganut agama-agama lain tidak memusuhi mereka. Kita pun tentu tidak mahu agama kita dimusuhi," katanya.

Berbanding tanggapan orang ramai di negara ini terhadap pendakwah Islam, katanya, mubaligh Kristian pula berdakwah dengan sesiapa saja dan di mana-mana yang dirasakan boleh.

"Kalau di bandar-bandar besar di Amerika Syarikat, kegiatan mendakwah dilakukan oleh semua agama - termasuk Islam - secara terbuka di tempat-tempat awam," katanya.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,489
Reaction score
4,236
Points
201
Laki ke perempuan tu.
Aku malas baca content.
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,545
Reaction score
325
Points
51

Instafamous mohon maaf, padam gambar dengan PU Amin


WhatsApp-Image-2021-04-20-at-13.52.03.jpeg


PETALING JAYA- Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Permohonan maaf itu dibuat Nadira sebentar tadi di Instagram miliknya selain memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.

“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.

“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” katanya.

Sebelum ini tular di laman media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.

Sementara itu, PU Amin menerusi hantaran Facebook miliknya turut meminta wanita itu memadamkan gambar mereka bersama di Instagram.


== K! ONLINE
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,126
Reaction score
454
Points
51

Instafamous mohon maaf, padam gambar dengan PU Amin


WhatsApp-Image-2021-04-20-at-13.52.03.jpeg


PETALING JAYA- Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Permohonan maaf itu dibuat Nadira sebentar tadi di Instagram miliknya selain memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.

“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.

“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” katanya.

Sebelum ini tular di laman media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.

Sementara itu, PU Amin menerusi hantaran Facebook miliknya turut meminta wanita itu memadamkan gambar mereka bersama di Instagram.


== K! ONLINE

Tak salah kalau kita doakan Nadira Isaac menjadi jodoh PU Amin. (PU Amin tu bujang lagi kan?😄)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register