Kalau Anwar PM, Anwar akan buat apa tangani covid19?

CG Sponsors




sir_hepi

Fun Poster
Joined
Nov 30, 2018
Messages
730
Reaction score
222
Points
23
Anwar Ibrahim hari ini berdepan soalan apakah yang akan dilakukannya bagi menangani wabak Covid-19 kalau beliau sekarang menjadi perdana menteri.

Presiden PKR itu ditanya soalan berkenaan dalam sidang media atas talian yang dilakukannya hari ini.

Menjawab soalan itu Anwar berkata beliau bukanlah perdana menteri, tetapi tetap menekankan pentingnya sidang khas parlimen diadakan bagi membincangkan masalah wabak yang melanda negara sekarang.

"Saya bukan perdana menteri (tapi) saya dah cadangkan. Ini cadangan, (diadakan) sidang parlimen yang khas. Bincanglah dengan semua, dah (kerajaan) kata kita tak politik,” kata Anwar.

Tanpa menyebut secara khusus, Anwar mendakwa, ketika kerajaan Perikatan Nasional menegaskan kepada pihak lain agar tidak berpolitik, mereka sendiri mengatur permainan politik sehingga ke peringkat akar umbi.

"Apa kerja dia? Atur jentera politik dia di setiap daerah dan kawasan parlimen untuk bahagi dan potong musuh-musuh politik ini.

"Ini kerja haru-biru. Ini, kalau tanya saya, Tan Sri Muhyiddin dan pasukannya betulkanlah keadaan begini?

"Kalau (ikut) cakapnya, kita tumpu ekonomi dan rakyat, tak ada politik… tapi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) semua orang kita," sindir Anwar, dipercayai merujuk kepada lantikan anggota parlimen kerajaan bagi menerajui GLC.

Sementara itu, Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson turut memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri sekiranya Dewan Rakyat dipanggil untuk bersidang bagi membahaskan krisis Covid-19.

“Saya membuat gesaan khusus supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membahaskan tindakan yang perlu diambil berkenaan Covid-19 dan saya beri jaminan bahawa isu usul undi tidak percaya tidak akan dibangkitkan,” katanya.

Sebaliknya, kata Anwar, usul undi tidak percaya akan dikemukakan dalam sidang lain.

Pada masa sama, presiden PKR itu menegaskan kerajaan PN tidak boleh menggunakan isu krisis Covid-19 untuk mengukuhkan kedudukan mereka selepas membentuk kerajaan melalui kerjasama pelbagai parti baru-baru ini.

Awal bulan ini Anwar mencadangkan supaya Parlimen bersidang untuk membahaskan pakej rangsangan RM250 bilion yang diumumkan Muhyiddin kerana sehingga kini ia masih masih belum dibentangkan.

Anwar dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, juga sebelum ini berulang kali menggesa sidang parlimen tergempar diadakan bagi meluluskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan bernilai RM250 bilion dan membahaskan “penggerakkan semula paling awal enjin ekonomi Malaysia”.

 
Sponsored Post

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,146
Reaction score
585
Points
161
Maestro DSAI dah lalui berbagai rintangan,cabaran,dugaan,azab,nikmat dalam alam dunia berpolitik...bagi dia sah macam tak dak apa lagi yg nak cari,yg penting ketenangan,agar husnul khatimah masa lalui zaman penamat,Insyaallah.
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,786
Reaction score
642
Points
81
DSAI mngkin tak tahu Covid-19 ni suka pd org2 tua, Tun pun duduk senyap2 la ni.
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,099
Reaction score
1,986
Points
206
katakan buat sidang parlimen
kemudian peruntukan tu tak diluluskan
ape yg berlaku pada rakyat?
 
  • Like
Reactions: x35

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,662
Reaction score
654
Points
171
DSAI mngkin tak tahu Covid-19 ni suka pd org2 tua, Tun pun duduk senyap2 la ni.
pandangan anda amat tepat sekali,sesuai dengan situasi sekarang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,731
Reaction score
11,620
Points
1,906
katakan buat sidang parlimen
kemudian peruntukan tu tak diluluskan
ape yg berlaku pada rakyat?
tn akecema, klu peruntukan tu tak diluluskan, maka undi tak percaya akan dilancarkan terhadap TSMY, pembangkang tolak majoriti kerajaan. seterusnya ada kemungkinan Parlimen dibubarkan
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,282
Reaction score
2,387
Points
206
tn akecema, klu peruntukan tu tak diluluskan, maka undi tak percaya akan dilancarkan terhadap TSMY, pembangkang tolak majoriti kerajaan. seterusnya ada kemungkinan Parlimen dibubarkan
Tapi anwar kata takkan bawa usul undi tidak percaya.
Jadi apa motif berhimpun di parlimen? Dahlah aircond sejuk.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,731
Reaction score
11,620
Points
1,906
Tapi anwar kata takkan bawa usul undi tidak percaya.
Jadi apa motif berhimpun di parlimen? Dahlah aircond sejuk.
aah ye tn kopirait DSAI mmg sebut mcm tu, tapi sejauh mana kita boleh berpegang dengan kata kata tu :D
masalah satu lagi sidang parlimen dlm masa PKP ni..
lebih baik dielakkan lah




Anwar jamin PM: Sidang parlimen bukan nak tolak PN
Diterbitkan 31 Mar 2020, 11:14 pm

Dikemaskini 1 Apr 2020, 1:04 am

Gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan pakej rangsangan ekonomi wabak Covid-19 tidak ada kaitan dengan percaturan politik untuk menolak majoriti PN di Dewan Rakyat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau yang bercakap pada siaran langsung di halaman Facebooknya memberi jaminan mengenai hal ini.

"Saya telah beri jaminan kepada PM kita tak akan gunakan sidang ini untuk menolak majoriti kerajaan kalau pun dia bimbang soal majoriti ahli parlimen yang mendokong kerajaan PN.

"Kita hanya akan bahaskan dan minta penjelasan dalam beberapa isu dari PM dan menteri kewangan serta menteri-menteri lain yang sebahagiannya tidur atau asyik pamer pakaian aneh-aneh, itu soal lain

"Tapi bila kita soal di parlimen dia wajib jawab dan kerana ia melibatkan kewangan negara ia mesti dibahaskan di parlimen dan diluluskan di parlimen," katanya.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau setuju 'Kak Kiah, diberikan bantuan, malah "minta disegerakan."

"Bukan setakat itu. Kita minta anggota parlimen kita tambah dana," katanya.

Anwar merujuk nama timangan 'Mak Cik Kiah' yang digunakan perdana menteri bagi menggambarkan bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah B40 ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion baru-baru ini.






Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan menerima RM1,600, di mana RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan baki pada bulan Mei.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan memaklumkan parlimen akan bersidang seperti dijadual pada 18 Mei depan.

Menjelaskan mengapa sidang tergempar parlimen perlu diadakan, Anwar berkata Malaysia tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu.

"Negara ini tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu," tegasnya.

Dari mana sumber biaya pakej rangsangan?

Anwar yang juga MP Port Dickson berkata terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan, khususnya persoalan dari mana sumber pembiayaan pakej rangsangan tersebut.

"Ya, dari mana? dari syarikat-syarikat kerajaan, KWSP, Petronas? Dari mana?

"Itu kita harus tahu kerana bukan sahaja hari ini satu keputusan pinjam dan sebagainya yang akan punya kesan puluhan tahun, atau sekurang-kurangnya 10 tahun," soal Anwar.

Jelas Anwar, belanjawan negara juga akan terganggu disebabkan unjuran dibuat berdasarkan harga minyak pada tahun lalu sebelum kejatuhan harga minyak dunia.

"Maknanya hampir setengah dari unjuran kita. Maknanya pendapatan negara akan turun dari segi hasil minyak dan gas, kemudian dari pelancongan, industri kecil dan sederhana yang sekarang mendapat dampak yang sangat negatif di seluruh negara yang menyebabkan puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan

"Semua ini perlukan dokongan seluruh rakyat dan oleh kerana unjuran belanjawan itu sudah meleset dan dia kena kembali ke parlimen. Saudara, kita perlu bincangkannya di parlimen. Bukan propaganda," katanya lagi.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga membangkitkan kebimbangan sama bahawa keuntungan kerajaan akan merosot sehingga 50 peratus kerana penurunan harga minyak dunia, memandangkan belanjawan 2020 dibuat bersandarkan jangkaan hasil Petronas pada harga AS$63 setong.

Jelasnya, ini bermakna hasil kerajaan mungkin akan berkurangan sebanyak RM30 bilion.

Dr Mahathir pada 23 Mac lalu menyifatkan kemelesetan ekonomi dunia akibat wabak Covid-19 sebagai "malapetaka."



Bank Dunia pula meramalkan Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan merudum ke paras negatif (-) 0.1 peratus.



Bank Dunia menjangkakan eksport bersih dan pelaburan mengecut pada 2020 dan "yang lebih signifikan adalah kehilangan pekerjaan dan pendapatan dijangkakan (berlaku) di kalangan golongan 40 peratus terbawah (B40), malah (turut berlaku) di kalangan 40 peratus pertengahan (M40)."

 
Sponsored Post
Top
Log in Register