- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,520
- Reaction score
- 426
- Points
- 531

Selepas Najib umumkan pakej rangsangan ekonomi, awek cun bertanya menerusi YM:
“Kenapa tak umum pengurangan kadar cukai ke? Kenapa buat opsyen KWSP boleh jadi 8% pulak?”
Saya pun menjawab tanpa berfikir panjang:
“Entah. Kalau potong cukai nanti kerajaan hilang la sumber duit kot.”
Dan saya fikir mulanya, semua akan terus mencarum 11% dan sesiapa yang perlukan duit tambahan sahaja pilih untuk kurangkan caruman menjadi 8%.
Rupanya tidak.
Malam tadi semasa menonton Buletin Utama, pembaca pemberita menyebut, “Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima manfaat daripada pengurangan caruman bulanan pekerja sebanyak tiga peratus, dari kadar berkanun 11 peratus kepada 8 peratus, berkuatkuasa mulai gaji Januari 2009 untuk tempoh dua tahun.”
Maksudnya, caruman anda sebenarnya secara automatik dikurangkan menjadi 8 % dan bukannya anda memilih untuk mengurangkan caruman menjadi 8%.
Siapa yang mahu mengekalkan kadar 11% sahaja yang perlu isi Borang KWSP 17A (AHL).
Hebat lah Menteri Kewangan kita yang baru ni.
Senyap-senyap dia ambik balik duit KWSP anda setelah berjaya mengambilnya kali pertama melalui ValueCap Sdn Bhd.
Adakah pengurangan 3% itu tax exempted ? Saya tidak fikir begitu.
Beritahu kepada saya dan para pembaca lain jika anda tahu, pengurangan 3% ini mendapat pengecualian cukai dari kerajaan.
sumber:
pakdi.com.my