BTC USD 41,686.6 Gold USD 1,735.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kakitangan KTM maut elak babi melintas

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,501
Reaction score
408
Points
91
FB_IMG_1627567820167.jpg
FB_IMG_1627567822375.jpg

Kakitangan KTM maut elak babi melintas

Kota Bharu: Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan di Jalan Salor Baru di sini, hari ini akibat mengelak seekor babi melintas.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Dozian Harun, 53, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang memandu Toyota Camry bersama anak lelakinya berusia 21 tahun dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke rumah mereka di Tanah Merah.

"Tiba di lokasi, seekor babi tiba-tiba melintas di hadapan kenderaan dan pemandu cuba mengelak namun disebabkan jarak yang terlalu dekat, kereta yang dipandu hilang kawalan.

"Kenderaan itu kemudiannya melanggar peti pencawang elektrik dan pemandu parah di kepala akibat terhantuk di bahagian hadapan dalam kereta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 pagi.

Menurutnya, anak lelaki mangsa hanya mengalami luka ringan pada bahagian kaki kanan dan dilaporkan stabil.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


#HarianMetro
 
Sponsored Post

momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
11,078
Reaction score
361
Points
141
إنا لله وإنا إليه راجعون

Sokmo ade kes mcm ni

Seblum ni kt nenasi kete KKM nasib semua selamat

Asal kete lalu masa tulah dia nk melintas..nak bunuh diri ke ape
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,997
Reaction score
3,415
Points
201
إنا لله وإنا إليه راجعون

Sokmo ade kes mcm ni

Seblum ni kt nenasi kete KKM nasib semua selamat

Asal kete lalu masa tulah dia nk melintas..nak bunuh diri ke ape

aku rasa lebih baik langgar je natang tu...daripada mengelak
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,841
Reaction score
873
Points
121
إنا لله وإنا إليه راجعون

Sokmo ade kes mcm ni

Seblum ni kt nenasi kete KKM nasib semua selamat

Asal kete lalu masa tulah dia nk melintas..nak bunuh diri ke ape

Babi tu pulak cakap, asal aku nak lintas masa tu jugaklah depa nak lalu.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,710
Reaction score
21,652
Points
1,671
Refleks tu yg ngelak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register