strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
LONDON: Ratusan ribu pekerja Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di England melancarkan mogok hari ini buat pertama kali sejak 1982 berikutan penolakan kenaikan gaji.
Kakitangan NHS termasuk jururawat, kru ambulans dan bidan menghentikan tugas mereka selama empat jam mulai jam 7 pagi hari ini, sesetengahnya membentuk barisan piket.
Perkhidmatan kecemasan bagaimanapun diteruskan, namun pihak kesatuan mencadangkan agar pesakit menangguhkan temu janji mereka.
Langkah itu bertujuan memberi tekanan ke atas Setiausaha Kesihatan Jeremy Hunt, yang menolak perakuan bagi penubuhan sebuah panel gaji bebas bagi meneliti cadangan kenaikan gaji satu peratus bagi semua kakitangan di bawah kadar inflasi.
Beliau bersetuju melaksanakan kenaikan satu peratus itu tetapi hanya untuk empat daripada 10 pekerja yang belum mendapat kenaikan gaji tambahan.
"Majoriti kakitangan NHS mendapat kenaikan automatik tiga peratus tapi kami tidak mampu beri satu peratus tambahan kepada mereka yang sudah pun mendapat kenaikan," kata Hunt. - AFP