Kaki TV singkat usia

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SYDNEY: Kaji selidik menunjukkan pengguna yang menonton televisyen lebih daripada empat jam sehari berdepan risiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang menghadkan tempoh menonton televisyen.

Kaji selidik yang disiar di Jurnal Pertubuhan Jantung Amerika itu turut mendakwa pengguna yang menonton televisyen untuk tempoh lama memiliki risiko lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung.


“Pengguna yang menonton televisyen lebih empat jam sehari berdepan risiko 46 peratus lebih tinggi meninggal dunia lebih awal akibat pelbagai jenis penyakit berbanding mereka yang hanya menonton televisyen dua jam sehari.


“Mereka turut memiliki risiko 80 peratus lebih tinggi untuk mengalami serangan sakit jantung,” kata ketua kaji selidik, David Dunstan.


Menurutnya, akibat duduk terlalu lama ketika menonton televisyen menyebabkan otot seluruh badan yang bertanggungjawab memproses gula dan lemak berhenti berfungsi.

Keputusan itu diperoleh daripada kajian yang dilaksanakan terhadap kecenderungan cara menonton 8,000 responden warga Australia selama enam tahun.


Kaji selidik ini tidak mengambil kira usia, jantina, tabiat merokok, berat badan dan juga kekerapan pengguna bersenam.


Warga Australia memiliki tabiat menonton televisyen purata tiga jam sehari.


“Kaji selidik menunjukkan, mereka yang kerap bersenam turut mengalami masalah kesihatan jika duduk terlalu lama.


“Keputusan kaji selidik ini mengusulkan selain kerap mengeluarkan peluh, pengguna perlu mengelak duduk terlalu lama, sama ada di hadapan televisyen, bekerja ataupun memandu.


“Namun, paling serius ialah penonton kronik televisyen, mereka perlu mematikan televisyen, bangun dan berjalan untuk menggunakan fungsi otot mereka,” kata Dunstan, penyeldik di Institut Diabetes dan Jantung IDI Baker, Melbourne. - AFP
 
Sponsored Post

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
tak payah beli tv terus.... huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register