Goges
Freshie
- Joined
- Nov 21, 2010
- Messages
- 15
- Reaction score
- 0
- Points
- 3
JPA (S) TT/71/195( 5 ) No. Siri
KERAJAAN MALAYSIA
_______________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009
LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM
SKIM CEPAT KAYA
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan
keputusan Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai
awam dalam skim cepat kaya.
TAKRIF
2. Bagi maksud Pekeliling ini:
“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang
bertanggungjawab bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi,
agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis
oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Kementerian, Jabatan,
institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.
“Pegawai” bermaksud seorang anggota Perkhidmatan Awam
Persekutuan.
“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang
menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi
jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko,
yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya
Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau
pihak-pihak berkuasa lain. Ia juga termasuk sebarang bentuk pelan
/ aktiviti pelaburan yang menyalahi undang-undang walaupun
ianya dijalankan oleh institusi berdaftar dengan pihak berkuasa
yang berkenaan.
LATAR BELAKANG
3. Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat
dalam skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak
langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. Selain
itu, pengendali skim cepat kaya ini turut mengeksploitasi
penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-olah
skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik
pelabur-pelabur lain.
4. Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang
terlibat terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan
kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi pegawai
selaku penjawat awam.
PERATURAN BARU
5. Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam
dilarang sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya
termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur.
6. Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan
dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan
sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau
pengantara skim tersebut.
7. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat
kuasa.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
8. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, semua
pegawai awam yang terlibat dalam skim cepat kaya termasuk
sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur dikehendaki
menghentikan penglibatan mereka dengan serta-merta.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
9. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memantau pegawai di
bawah penyeliaannya dan melaporkan sebarang ketidakpatuhan
kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.
TARIKH KUAT KUASA
10. Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai tarikh Pekeliling
Perkhidmatan ini dikeluarkan.
PEMAKAIAN
11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-
masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan
kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
(TAN SRI ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
13 Januari 2009
s.k.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan