BTC USD 39,734.6 Gold USD 1,827.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaki pukau hadiah budu

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengandung yang dipercayai kaki pukau sempat memberikan sedozen budu kepada mangsanya sebagai ‘hadiah’ sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta di sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini.

Mangsanya, seorang jurujual dikatakan menuruti segala kemahuan wanita berkenaan sebelum diberikan budu terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu, wanita berusia 30-an itu dipercayai memasuki pasar raya terbabit dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum mundar-mandir mencari mangsa.

Sejurus kemudian, dia menghampiri seorang jurujual wanita berusia 25 tahun lalu mendakwa majikannya memesan telefon bimbit.


Sumber berkata, suspek kemudian merenung tajam mata mangsa dipercayai untuk memukau.


“Selepas dipukau, dia meminta jurujual terbabit mengambil beberapa set barangan dapur dan mengambil wang RM70 dari kaunter kononnya atas arahan majikannya.

“Semuanya dianggar hampir RM1,000,” katanya di sini, semalam.

Mangsa membawa semua barangan yang diminta ke kereta wanita terbabit di luar pasar raya itu.

Katanya, mangsa hanya mengikuti segala arahan wanita mengandung terbabit tanpa banyak soal.

“Sebelum melarikan diri, wanita itu menyerahkan sedozen budu kepada mangsa dan berjanji memberikan telefon bimbit majikannya kemudian.

“Mangsa yang terpinga-pinga hanya mengikuti arahan itu sebelum memasuki premis berkenaan.

“Dia yang sedang memegang sedozen budu ketika itu lalu tersedar sebelum tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku,” katanya.

Selepas melihat wanita terbabit sudah melarikan diri, mangsa menghubungi majikannya untuk memaklumkan kejadian itu.

Sumber berkata, majikan terbabit yang mulanya tidak percaya kejadian itu mengesyaki mangsa bersubahat dengan suspek.

“Majikan terbabit mendakwa tidak tahu-menahu mengenai telefon bimbit yang dimaksudkan. Dia meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum meminta mangsa pulang,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu berhubung kejadian itu.


Pempuan tu mengamalkan SISTEM BARTER kot

:-?:-?:-?
 
Sponsored Post

Kayzen

Fun Poster
Joined
Nov 22, 2007
Messages
373
Reaction score
3
Points
15
hmm aku nak tenung sapa ari ni...
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
dasyat gak ilmu pukau ni...elakkan jadi mangsa...mcm2 hal skang org nak pakai duit..
 

shukcaya

Legendary Member
Joined
Mar 28, 2008
Messages
14,436
Reaction score
23
Points
115
Pempuan tu mengamalkan SISTEM BARTER kot

:-?:-?:-?
[/QUOTE]

:eek::eek::eek::eek::eek:
mungkin kot...
:D:D
 

ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengandung yang dipercayai kaki pukau sempat memberikan sedozen budu kepada mangsanya sebagai ‘hadiah’ sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta di sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini.

Mangsanya, seorang jurujual dikatakan menuruti segala kemahuan wanita berkenaan sebelum diberikan budu terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu, wanita berusia 30-an itu dipercayai memasuki pasar raya terbabit dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum mundar-mandir mencari mangsa.

Sejurus kemudian, dia menghampiri seorang jurujual wanita berusia 25 tahun lalu mendakwa majikannya memesan telefon bimbit.


Sumber berkata, suspek kemudian merenung tajam mata mangsa dipercayai untuk memukau.


“Selepas dipukau, dia meminta jurujual terbabit mengambil beberapa set barangan dapur dan mengambil wang RM70 dari kaunter kononnya atas arahan majikannya.

“Semuanya dianggar hampir RM1,000,” katanya di sini, semalam.

Mangsa membawa semua barangan yang diminta ke kereta wanita terbabit di luar pasar raya itu.

Katanya, mangsa hanya mengikuti segala arahan wanita mengandung terbabit tanpa banyak soal.

“Sebelum melarikan diri, wanita itu menyerahkan sedozen budu kepada mangsa dan berjanji memberikan telefon bimbit majikannya kemudian.

“Mangsa yang terpinga-pinga hanya mengikuti arahan itu sebelum memasuki premis berkenaan.

“Dia yang sedang memegang sedozen budu ketika itu lalu tersedar sebelum tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku,” katanya.

Selepas melihat wanita terbabit sudah melarikan diri, mangsa menghubungi majikannya untuk memaklumkan kejadian itu.

Sumber berkata, majikan terbabit yang mulanya tidak percaya kejadian itu mengesyaki mangsa bersubahat dengan suspek.

“Majikan terbabit mendakwa tidak tahu-menahu mengenai telefon bimbit yang dimaksudkan. Dia meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum meminta mangsa pulang,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu berhubung kejadian itu.


Pempuan tu mengamalkan SISTEM BARTER kot

:-?:-?:-?

hehehe..mahalnya harga bundu tu:)):)):)):)):))
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
dh ler kena pukaU,
peh tu kena bg budU,
buat report kt balai pudU..

apsal semua uuuu:-?
 

azmimazda

Super Active Member
Joined
Jan 30, 2007
Messages
6,317
Reaction score
1
Points
65
aduhai budu jugak yg menjadi mangsa.. kenapa budu? bukan belacan atau cencaluk?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register