BTC USD 64,924.7 Gold USD 2,326.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaki kiri hancur digilis lori

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
447,327
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
447,327
Reaction score
35,952
Points
2,836
Awards
2
BUKIT BERUNTUNG: Seorang pekerja pemotong rumput, S Jayakumar, 34 terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit apabila kaki kirinya hancur digilis sebuah lori 10 tan, semalam.

Kejadian berlaku di persimpangan Plaza Tol Bukit Beruntung dekat sini, kira-kira jam 2.50 petang, ketika mangsa menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya di Taman Bunga Raya.

Ketika tiba di tempat kejadian, basikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori 10 tan menyebabkannya terjatuh sebelum kaki kirinya digilis lori itu.

Rakan mangsa, M Manimaran berkata, dia terkejut menerima panggilan telefon daripada jirannya memaklumkan kejadian itu.

Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.

“Saya menghubungi Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) dan Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi membantu mangsa yang mengalami pendarahan banyak di kaki.

“Mangsa hanya mampu terbaring dan meraung kesakitan ketika ramai pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa bekerja sebagai pemotong rumput di beberapa taman di sekitar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Taman Bunga Raya serta sering berulang-alik dari rumah mengayuh basikal.

Selain orang ramai, Pegawai Kawasan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khairul Nizam Abdullah turut membantu mengangkat mangsa ke dalam ambulans untuk menerima rawatan lanjut di HKBB.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan berdasarkan laporan polis yang dibuat pemandu lori itu di Balai Polis Bukit Sentosa, jam 4 petang semalam.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register