BTC USD 23,392.6 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaki 'Cop Parkir' Tersentak Kena Ugut Lapor Polis

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
29.11.2022 - Kuala Lumpur, Seorang wanita mencetuskan kekecohan di sebuah pusat peranginan di Pantai Klebang, Melaka pada Isnini selepas dipercayai sengaja meletakkan kerusi plastik di sebuah ruangan parkir. Perbuatan itu dipercayai merupakan kegiatan 'cop' parkir yang sengaja dilakukan atas faktor tamak dan perebutan parkir di lokasi kejadian. Situasi itu sekali gus mengundang kemarahan pengunjung lain di situ apabila seorang pemandu lelaki memberikan amaran dan menghimpit wanita berkenaan di lokasi kejadian. Namun, perbuatan itu sama sekali tidak mematahkan ego wanita berkenaan apabila masih kekal berdiri dan menanti kenderaan keluarganya tiba.

Dikongsikan di laman media TikTok, rakaman tular itu menerima lebih 700,000 jumlah tontonan setakat ini. Selain memberikan teguran, pemandu lelaki itu turut mengugut untuk melaporkan insiden tersebut ke pihak polis sekiranya suspek masih berdegil. Tersentak dengan ugutan berkenaan, wanita berkenaan kemudiannya beredar dari ruangan parkir tersebut. Susulan kejadian itu, rata-rata warganet meninggalkan komen dan kecaman berhubung insiden berkenaan.

"Bagus pemandu itu berani tegur dan melawan orang macam ini, sebelum ini ada juga pergi Pantai Klebang memang betul ramai yang letak kerusi di parkir," kata Umaira Aziz.
"Semoga selepas ini makin ramai yang berani macam abang itu, selalu kita pengunjung yang kena mengalah nak cari parkir tapi mereka senang je cop parkir," ujar Borahae.
"Aku pernah lalui kes macam ini, tapi selepas marah kereta aku kena calar, cermin pecah depan belakang," tambah Ayyoi003.

Untuk rekod, pesalah cop parking akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Perbuatan cop atau meletakkan tanda seperti kerusi, kon, pasu, ampaian baju atau berdiri atas petak parkir antara yang boleh dikaitkan dengan kesalahan itu.


 
Top
Log in Register