Kakak cekup adik tidur berselimut bersama kekasih

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
MELAKA: Seorang remaja perempuan sanggup menconteng arang di muka keluarganya apabila membawa teman lelakinya tidur bersama ketika mereka keluar seketika kerana mempunyai urusan di luar.

Bagaimanapun, apa yang dirancang gadis berusia 18 tahun bersama pasangannya berusia 21 tahun untuk mencipta ‘syurga dunia’ akhirnya menjadi perangkap apabila dicekup ahli keluarga pada awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kakak gadis itu yang berusia awal 20-an berasa curiga apabila mendengar bunyi pelik dari bilik adiknya hingga mendorongnya membuka pintu untuk melihat apa berlaku. Apa yang mengejutkan didapati lelaki terbabit tidur satu selimut bersama adiknya.

Kejadian yang berlaku di Ayer Keroh, dekat sini, bermula ketika kakak gadis terbabit baru masuk ke dalam biliknya sebelum tiba-tiba terdengar suara lelaki dari bilik adiknya menerusi bilik air berkongsi yang terletak di bahagian tengah.

Episod melukakan hati keluarga sendiri itu tidak hanya berakhir di situ, malah sembilan jam selepas kes pertama itu, kira-kira jam 9 pagi seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun turut melakukan perkara sama apabila dicekup ibu dan neneknya ketika sedang memadu kasih di ruang tamu rumah mereka di Bukit Baru, dekat sini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata dalam kes pertama berdasarkan siasatan pihaknya mendapati lelaki terbabit datang ke rumah teman wanitanya sejak jam 7 malam. Katanya, ketika itu, ibu dan kakak kepada gadis itu tiada di rumah sehingga mereka pulang kira-kira jam 10.30 malam.

“Ketika itu, gadis berkenaan yang berkurung bersama teman lelakinya menyedari kepulangan mereka (ibu dan kakak) menyebabkan pasangan itu terperangkap,” katanya. “gadis berkenaan ‘menyembunyikan’ lelaki terbabit dalam biliknya sementara menunggu masa sesuai untuk membolehkan temannya itu dibawa keluar.

“Bagaimanapun, kehadiran lelaki berkenaan dikesan kakaknya yang mendengar suara lelaki dengan jelas dari bilik adiknya itu dan menyebabkan dia membuka pintu untuk membuat pemeriksaan,” katanya, di sini.

Rahimin berkata, apa yang mengejutkan, wanita berkenaan adalah dia menemui lelaki terbabit tidur di atas satu katil yang sama bersama adiknya. “Menyedari kehadiran ‘orang asing’ itu, dia memberitahu perkara berkenaan kepada ibunya dan kemudian lelaki terbabit terus dicekup sebelum diserahkan kepada Jaim untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pasangan kedua ditahan ketika ibu kepada gadis berkenaan keluar bersama neneknya pada awal pagi untuk menyelesaikan urusan peribadi. Katanya, ketiadaan sesiapa di rumah diambil remaja perempuan berkenaan untuk menghubungi teman lelakinya berusia 20 tahun. “Mereka dicekup ibu dan nenek gadis berkenaan ketika dua wanita terbabit pulang ke rumah pada jam 9 pagi.

“Ketika pintu rumah diketuk, ia enggan dibuka anaknya menyebabkan wanita terbabit bertindak mengegarkan pintu dengan kuat sebelum ia dibuka. “Ketika masuk, mereka terkejut apabila melihat seorang lelaki yang berseluar pendek dan berkemeja-t sedang duduk di ruang tamu dengan seluar panjangnya tergantung di situ,” katanya.

Katanya, berang melihat anak perempuannya melakukan perbuatan sumbang di rumah menyebabkan wanita terbabit bertindak menghubungi Jaim bagi membolehkan pasangan itu ditahan. “Kedua-dua pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim,” katanya.


bole juga call imigresen atas kesalahan menyeludup secara haram
:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

ikanbilis

Active Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
2,409
Reaction score
0
Points
20
akak dia bengang....lawan toke!!!!!
 

warok232

Junior Member
Joined
Feb 6, 2010
Messages
86
Reaction score
2
Points
11
si kakak:cana la adk ak bley dl.
lawan tokey nii:mad:
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
kantoi byk kes.. Ali Rustam takkan tgk saja..
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
alonso ni kalu cite2 pasal ni laju je dia..
 

gudboy

Legendary Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
gejala sosial anak2 muda bertambah parah..
berkiblatkan ideologi barat..
agaknye nie la syurga dajal kat dunia nie..
aku sokong family dia tak tutup sblh mata..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register