BTC USD 44,655.7 Gold USD 1,742.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~kakak/abang dan ADIK ~:)

irama

Active+ Member
Joined
Jan 26, 2008
Messages
4,391
Reaction score
0
Points
25
"Kenapa suka buli saya?"

Dulu saya kerap ajukan soalan itu pada kakak saya. Kakak saya tak bagi jawapan. Sangat sakit hati bila jawapan itu tidak diperolehi, sehingga ada satu ketika timbul rasa benci dan rasa diri dibenci olehnya. Sambil menitiskan air mata bertanya pada diri sendiri kenapa kakak buat macam ni??

Akhirnya saya sendiri dapat jawapan itu bila saya membuli dan menyakat adik saya kemudian mengajukan soalan itu pada diri sendiri. Setelah itu barulah saya tahu yang kakak saya bukan tidak ada jawapan tapi jawapan itu yang sukar dilafazkan secara terang.

Kepada mereka yang mempunyai adik (tidak kira perempuan/lelaki), pernahkah terlintas difikiran kamu, mempunyai adik adalah satu keistimewaan? satu anugerah? satu tanggungjawab yang besar? Dan pernahkah kamu melafaskan kalimah syukur kerana mempunyai adik beradik?

Ada orang kata menjadi anak tunggal seronok. Tidak ada perebutan, tidak ada perkongsian, tidak ada iri hati, tidak ada sakit hati, tidak ada lawan (sebab tiada siapa yg nak cari gaduh) dan sebagainya. Tapi hakikatnya, keseronokan itu sebenarnya tidak wujud bila menjadi anak tunggal, kerana semua yang 'tidak ada' (yg disebutkan di atas itu) adalah punca keseronokan dan kebahagiaan yang sebenar. Sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan yang kita tidak pernah ambil berat untuk difikirkan.

Pernahkah kamu rasa perasaan yg terbit dari sudut hati tersembunyi yang dalam yang boleh membuatkan kamu tiba-tiba mengukir senyuman bila memikirkan gelagat-gelagat adik kamu yang mencuit hati (terutama ketika dia marah/nangis disakat oleh kamu)..dan setelah beberapa minit tiba-tiba senyum kamu bertukar kepada senyum kelat bersama keluhan, akibat timbulnya perasaan bersalah memikirkan gelagat diri sendiri yang tidak henti2 menyakatnya?

'Adik tidak akan lepas daripada dibuli dan disakat oleh Abang/Kakak.'

Benarkah? (siapa berani mengaku tidak pernah menyakat/membuli adik sendiri?)


Membuli adik..

Menyuruh, mengarah, mengongkong, memarahi, memukul, menjadikan tempat lepaskan geram, Mentang-mentanglah dia lebih kecil. Lagi-lagi jika adik kamu suka buat sesuatu yang menggeramkan kamu (melanggar larangan, tidak ikut suruhan) sehingga kamu memarahi dia lagak kamu adalah seperti raja yang murka. Paling tidak seperti ahli sihir yang bengang.

Menyakat adik..

kamu tak senang hati tengok dia senang so kamu buat sesuatu yg buat dia tak tenang..kamu puas hati bila berjaya menyakatnya..apa lagi bila tengok dia meraung menangis, kamu pun ketawa lagak evil.

Selepas itu kamu akan rasa bersalah yg amat sangat, namun kamu tak tunjuk..buat2 tak rasa bersalah pun, sedangkan kamu dalam hati memarahi diri sendiri. Malam2 kamu ke katilnya dan renung dia tidur, rasa nak peluk dia dan minta maaf tapi kau tak buat. Kamu akan tunjuk dengan berbaik-baik padanya setelah beberapa hari. Kamu ingatkan dia lupa peristiwa yang kamu nangiskannya, padahal dia ingat..saja buat2 tak ingat depan kamu.

Ketika menyakat dan membuli sehingga menyebabkan air matanya menitis...tak stersentuhkah hati kamu?

Kita tak tahu hati adik kita yang sakit itu bagaimana. Lainlah jika adik kita itu juga merupakan seorang kakak atau abang, yang memang faham.

Sesungguhnya menjumpai coretan luahan hati seorang adik tentang kamu dalam celah buku tulisnya boleh menyebabkan air mata kamu menitis....

kepada kamu yang mempunyai adik, cubalah katakan pada adik kamu..
"Tau tak kenapa kakak/abang suka sakat adik?..sebabnya kakak/abang sayangkan adik.."
lihat saja apa reaksinya.

Saya sudah lakukannya. Sekarang saya rasa senang hati (kurang rasa bersalah) bila buli adik saya. (err..saya tak buli..saya menyakat saja.. :p )

Untuk si adik di luar sana : ketahuilah hari ini, bahawa kamu bertuah kerana sentiasa disayangi. :)
 
Last edited:
Sponsored Post

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,636
Reaction score
265
Points
91
aku tak dak adik...so tak dapat nak komen...:)
 

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
aku ada adik tp dah besor gajah,....xleh buli..
 

taurusboyz90

Legendary Member
Joined
Apr 20, 2008
Messages
10,017
Reaction score
119
Points
123
aku ada adik..tapi aku x de la membuli dia..cuma aku meminta tolong je..bukan arah2:)
 

irama

Active+ Member
Joined
Jan 26, 2008
Messages
4,391
Reaction score
0
Points
25
kamu semua ni baik2 belaka.

*tak macam sy..kohkohkoh.
 

apipmeka

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2008
Messages
264
Reaction score
2
Points
15
adik aku lebih besaq dr aku.. xleh r aku nak buli.. kang x pasal2 die buli balik kat aku :)) :)) :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register