BTC USD 32,551.2 Gold USD 1,782.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kajian Tidak Temui Teknologi & Masalah Kesihatan Mental Remaja

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
Sebelum ini terdapat kajian yang mengatakan kesihatan mental remaja terjejas dengan peningkatan penggunaan teknologi. Ramai yang bersetuju kerana media sosial dikatakan pemangkin kepada peningkatan kemurungan. Tetapi kajian terkini dari Universiti Oxford menyangkal dakwaan ini sama sekali.

Menggunakan data sejak 30 tahun yang lalu, penyelidik dari Oxford Internet Institute melihat kajian terdahulu yang mencari perkaitan kesihatan mental golongan remaja dengan kekerapan menggunakan teknologi seperti televisyen, telefon dan platform media sosial. Kajian pada remaja dekad 1990-2000 yang menonton TV dibandingkan dengan kajian ke atas remaja modem yang menggunakan media sosial.

sekolah-950x633.jpg

Tiada bukti peningkatan masalah kesihatan mental dengan penggunaan teknologi. Sungguhpun begitu peningkatan masalah emosi dikesan tetapi pada waktu yang sama peningkatan kemurungan dengan mengurangkan penggunaan teknologi.

Sejak dari dahulu lagi teknologi baharu dipandang serong oleh generasi terdahulu. Kami sendiri pernah mendengar penggunaan Internet dan permainan video didakwa meningkatkan masalah mental seperti keganasan. Tetapi pelbagai kajian membuktikan permainan video misalnya tidak menghasilkan generasi yang ganas seperti didakwa insan seperti Jack Thompson dan Abdul Latiff bin Abdul Rahman.

Sumber asal https://www.oii.ox.ac.uk/news/relea...nsparent-collaborations-between-academia-and/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register