Info Kajian Terkini Menganggarkan Bayi T-Rex Adalah Sebesar Anjing

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Tyrannosaurus Rex mendapat namanya kerana tubuh yang besar dan gigi yang tajam. Sejak dari zaman awal pembikinan filem, T-Rex dipilih menjadi watak protagonis yang jahat. Tetapi ramai mungkin tidak tahu pengetahuan mengenainya adalah masih sedikit kerana jumlah fosil lengkap yang terhad dan telur yang belum ditemui.

Tetapi menerusi kajian terkini University of Ediburgh, bayi T-Rex kini dianggarkan sebesar seekor anjing Border Collie. Anggaran dilakukan menerusi kajian bahagian rahang dan kuku embrio yang ditemukan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Rahang sepanjang 3 cm menunjukkan bayi T-Rex adalah sepanjang 3 kaki sejurus selepas menetas manakala telurnya pula sebesar 17 inci. Walaupun bersaiz kecil pada awalnya, T-Rex membesar sehingga 40 kaki tinggi dengan berat sekitar 8 tan apabila dewasa. Dengan maklumat ini, proses mencari telur pertama T Rex diharap dapat dilakukan.

Sejak kali pertama fosil ditemukan pada tahun 1902, pelbagai kajian baru mengubah pemahaman sains mengenai haiwan yang wujud 70 juta tahun lalu. Pertama sekali ia mungkin tidak boleh berlari sepantas dalam filem Jurassic Park, berkicau seperti burung bukannya mengaum seperti singa dan berbulu seperti burung. Kertas kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Canadian Journal of Earth Sciences.



Rujukan https://www.ed.ac.uk/news/2021/fossil-find-helps-crack-baby-tyrannosaur-mystery
 
Top
Log in Register