BTC USD 40,579.9 Gold USD 1,799.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kajian Terhadap Format Baharu Peperiksaan Awam Selepas 3 Tahun - KP LPM

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,632
Reaction score
13,922
Points
2,376
2015_BB191015MS082_1623904886.jpg

Foto hiasan​

PUTRAJAYA: Format baharu bagi mana-mana peperiksaan awam termasuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan digunakan sekurang-kurangnya selama tiga tahun sebelum sebarang kajian mengenainya akan dilaksanakan.

Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata ia berikutan data yang diperolehi selepas hanya setahun pelaksanaan format baharu itu masih belum stabil.

Beliau berkata, semua data yang dipungut itu akan dianalisis bagi melihat kebaikan atau kelemahannya.

"Pada masa ini, kita ada kelebihan kerana kita menggunakan (sistem pemeriksaan skrip jawapan secara dalam talian) LPSkor.


"Setiap item kita boleh buat analisis dan jika ia mantap, kita akan teruskan dan sekiranya ada kelemahan, kita akan baiki item tertentu.

"Dengan menggunakan sistem LPSkor ini banyak kita boleh buat," katanya pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan STAM, secara maya, pagi ini.

Ini tahun kedua STAM menggunakan sistem pemeriksaan LPSkor selepas ia diperkenalkan pada peperiksaan STAM 2019.

Pkharuddin berkata, format baharu STAM 2020 pula dirangka selepas melalui penentuan standard secara bersama dengan Universiti Al-Azhar.

Katanya, penentuan standard itu sememangnya dilaksanakan setiap tahun, cuma kali ini ia dilakukan secara maya berbanding wakil universiti berkenaan datang sendiri ke negara ini.

Melalui format baharu itu, ada bebrapa penilaian diubah kepada pemakaian kaedah penilaian subjektif dan kerja kursus serta objektif aneka pilihan (OAP) dan Subjektif.

Penambahbaikan itu membabitkan mata pelajaran 'Arudh dan Qafiyah; Tafsir dan Ulumuhu; Tauhid dan Mantiq serta Fiqh.

Selain kurikulum baharu, pengendalian peperiksaan STAM 2020, seperti mana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, turut mengambil kira penularan wabak COVID-19 di negara ini dan menggunapakai kaedah peperiksaan sama.

Beliau berkata, untuk peperiksaan STAM 2020 seramai 7,277 calon mendaftar namun hanya 5,574 yang menduduki peperiksaan di 236 pusat peperiksaan dengan membabitkan seramai 1,144 petugas.

Pada masa sama, Pkharuddin berkata, pelaksanaan peperiksaan awam sama ada STAM 2020 mahupun SPM 2020, yang keputusannya sebelum ini mendapat kritikan beberapa pihak, dibuat dengan penuh integriti.

Katanya, angka 3.04 bagi GPN STAM 2020 terhasil daripada jutaan data yang dihimpun dalam talian melalui LPSkor, dan untuk mendapatkannya bukan semudah yang disangka.

"Mustahil untuk kita pinda skor itu kerana setiap satu itu boleh dicari. Angka itu datang daripada seramai 644 pemeriksa dan jika ada pindaan, mereka akan tahu kerana setiap satu skor itu dikunci dalam sistem.

"Itu kelebihan LPSkor yang diguna pakai dan analisis kita buat menghasilkan satu keputusan pada tahap integiriti dan profesional yang sangat tinggi," katanya.


 
Sponsored Post

s7+

Fun Poster
Joined
Sep 2, 2017
Messages
133
Reaction score
17
Points
15
kajian tetap tinggal kajian
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,328
Reaction score
1,601
Points
156
Kadang2 kesian juga KPM ni.
Bila KPM nak ubah syllabus atau format periksa selari dengan pendidikan dunia, ibubapa kata anak murid dijadikan tikus makmal.
Bila anak murid masuk U tak boleh jawab soalan dikatakan system sekolah yang ketinggalan zaman.
 

s7+

Fun Poster
Joined
Sep 2, 2017
Messages
133
Reaction score
17
Points
15
masalahnya kerajaan ambik separuh separuh
patut sekolah rendah tak ada peperiksaan macam Jepun
sek rendah hanya utk pembentukan sahsiah diri, disiplin, moral..
jangan ambik separuh separuh
budak muda² sekarang tak ada akhlak,
pengotor, tiada disiplin, tak ada maruah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register