BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kajian Semula Kumpulan Cukai Pendapatan Dialu-alukan Dalam Belanjawan 2025 - PwC Malaysia

Md Hanif

Fun Poster
Messages
814
Joined
Jun 13, 2023
Messages
814
Reaction score
58
Points
25
be21c0c5d7fde77ff3d8f9025ca7c3eb66fb5a2151dd8

Ketua Percukaian PwC Malaysia, Steve Chia


KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- PwC Malaysia percaya kajian semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana dalam Belanjawan 2025 akan menjadi langkah yang dialu-alukan berikutan dengan kebimbangan meningkatnya kos sara hidup rakyat.

Ketua Percukaiannya Steve Chia berkata kerajaan komited untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, tetapi asas cukai Malaysia kekal terhad dan banyak bergantung kepada cukai pendapatan korporat, yang terdedah kepada turun naik keuntungan korporat.

“Semakan semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana (dengan pendapatan bercukai tahunan antara RM35,001 dan RM100,000) akan dialu-alukan untuk mengurangkan kos sara hidup pembayar cukai ini, yang berpotensi meningkatkan perbelanjaan dalam ekonomi.

“Ini (ekonomi yang berkembang) seterusnya meningkatkan hasil daripada cukai pendapatan korporat,” katanya kepada Bernama dalam temu bual melalui e-mel mengenai senarai harapan syarikat dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.

Dari segi korporat pula, Chia berkata kadar cukai korporat Malaysia sebanyak 24 peratus secara relatifnya tinggi berbanding kadar serantau sekitar 20 peratus.

Berhubung pengembalian cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Chia berkata kerajaan mungkin akan menangguhkan pengenalan cukai penggunaan yang luas dalam belanjawan akan datang.

Beliau berkata ini kerana kerajaan masih dalam proses melaksanakan pelarasan ekonomi struktur lain, seperti rasionalisasi subsidi yang diumumkan dalam belanjawan sebelum ini.

"Ia tidaklah menghairankan jika kerajaan mungkin sedang mempertimbangkan untuk memperluas skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sedia ada,” katanya.

Ketua percukaian PWC itu menjelaskan langkah berkenaan boleh meningkatkan asas hasil, memandangkan ruang untuk meluaskannya semakin terhad, ditambah pula dengan keperluan untuk mencegah kesan berangkai akibat daripada cukai ke atas cukai daripada mana-mana barangan dan perkhidmatan baharu yang ditambah kepada skop bercukai.

Bagaimanapun, Chia berpendapat cukai penggunaan yang diperluaskan tidak dapat dielakkan dalam jangka masa panjang jika kerajaan mahu mengurangkan defisit fiskal yang mampan.

“Kesan keseluruhan terhadap kos sara hidup rakyat perlu dipertimbangkan dan jika dilaksanakan, perlu ada mekanisme yang mengimbangi, yang berpotensi melibatkan pemindahan tunai disasarkan untuk mengurangkan kesan kos kepada kumpulan berpendapatan rendah,” katanya.

Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT)

Mengenai HVGT, Chia berkata tanpa cukai penggunaan yang meluas, tekanan untuk memperkenalkan cukai progresif seperti HVGT akan kekal tanpa dimuktamadkan.

“Kerajaan perlu mengimbangi cukai ini dengan pilihan hasil lain, seperti cukai korporat dan SST, didorong oleh prospek ekonomi yang positif dan pematuhan yang dipertingkatkan daripada e-invois,” katanya.

Beliau berkata sejak pengumuman Belanjawan 2024, kerajaan telah melibatkan pihak-pihak berkepentingan untuk menilai kesan cukai mewah berkenaan.

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan merancang untuk mengenakan cukai sebanyak lima hingga 10 peratus ke atas barangan mewah pada 1 Mei 2024, tetapi ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Cukai karbon

Memandangkan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan mengurangkan keamatan karbon dioksida berbanding KDNK sebanyak 45 peratus menjelang 2030, seperti yang diikrarkan dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (COP26) dan disahkan semula dalam COP27, Chia berkata memperkenalkan cukai karbon dalam Belanjawan 2025 adalah pertimbangan yang munasabah.

Beliau berkata kerajaan boleh memberi insentif kepada mereka yang melabur dalam teknologi pengurangan karbon dan menerima pakai harga karbon dalaman melalui potongan cukai untuk inisiatif itu.

“Pelan hala tuju yang jelas, termasuk metodologi pengukuran (contohnya yang memerlukan peningkatan kemahiran pengiraan dan analisis cukai karbon) dan kadar cukai indikatif, akan membantu persedian pihak-pihak berkepentingan dan mengurangkan kejutan ekonomi.

"Isyarat kerajaan yang jelas boleh merangsang pelaburan, terutamanya dalam ekonomi hijau," tambahnya.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Semakan semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana (dengan pendapatan bercukai tahunan antara RM35,001 dan RM100,000) akan dialu-alukan untuk mengurangkan kos sara hidup pembayar cukai ini, yang berpotensi meningkatkan perbelanjaan dalam ekonomi
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register