Covid-19 Kajian Covid-19 | Pesakit COVID-19 tanpa gejala paling cepat hilang antibodi

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Pencemaran udara turut menyumbang kepada 15 peratus kematian COVID-19

PARIS: Pendedahan jangka panjang kepada udara tercemar mungkin menyumbang kepada 15 peratus kematian COVID-19 global, kata satu kajian mengenai pelepasan gas rumah hijau.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pencemaran udara akibat asap kenderaan dan kilang mengurangkan dua tahun daripada jangka hayat setiap orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di bumi.

Terkini, pakar di Jerman dan Cyprus berkata mereka dapat mengunjurkan kadar kematian penduduk yang boleh dikaitkan atau diburukkan lagi oleh kesan pencemaran udara.

Kajian yang diterbitkan dalam Cardiovascular Research itu mengambil data kesihatan dan penyakit dari Amerika Syarikat (AS) serta China, yang dikaitkan dengan pencemaran udara, COVID-19 dan SARS.

Mereka turut menggabungkan kajian dengan data satelit global serta kajian zarah selain rangkaian pemerhati pencemaran untuk menentukan sama ada pencemaran udara boleh menjadi punca kematian COVID-19.

Asia Barat, yang menyaksikan pencemaran udara paling buruk di dunia, 27 peratus kematian akibat wabak itu mungkin mempunyai kaitan dengan masalah udara yang kotor.

salah seorang penyelidik kajian bersama itu, Thomas Munzel, berkata di Eropah pula kadar yang dicatatkan ialah 19 peratus berbanding 17 peratus di Amerika Utara.

"Jika terdedah dengan pencemaran udara dan kemudiannya dijangkiti COVID-19, kita akan dapati kesan yang lebih buruk iaitu kepada jantung dan saluran darah," kata

"Pencemaran udara menyebabkan faktor risiko COVID-19 terhadap paru-paru dan masalah jantung," katanya yang juga profesor di University Medical Center di Johannes Gutenberg University, Mainz.

Tambah beliau, kesannya adalah dua kali ganda, di mana pencemaran merosakkan paru-paru dan meningkatkan aktiviti ACE-1 iaitu penyebab peningkatan jangkitan virus. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Pesakit COVID-19 tanpa gejala paling cepat hilang antibodi

LONDON: Satu kajian secara besar-besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID-19 tanpa gejala dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.

Secara keseluruhan, sampel daripada beratus-ratus orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.

Kajian yang ditaja oleh kerajaan Britain dan diterbitkan hari ini oleh Imperial College itu menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.

Menteri Kesihatan, James Bethell, berkata penemuan kajian itu adalah kritikal bagi membantu mengetahui secara terperinci mengenai antibodi COVID-19.

Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.

"Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan," katanya.

Kajian yang dibuat membabitkan 365,000 orang dewasa yang dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu.

Hasil kajian itu mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5 peratus dalam tempoh tiga bulan. - AFP.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register