Covid-19 Kajian Covid-19 | Pesakit COVID-19 tanpa gejala paling cepat hilang antibodi

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Wanita hamil dijangkiti COVID-19 lebih berisiko berdepan komplikasi serius

NEW YORK: NEW YORK: Wanita mengandung yang dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke hospital kerana berisiko berdepan komplikasi serius selain boleh berdepan risiko tinggi melahirkan bayi pramatang, menurut kajian baharu dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).


Terdapat juga kemungkinan risiko besar lain menanti iaitu anak dalam kandungan mati sebelum bersalin.

Penemuan yang membimbangkan itu selaras dengan beberapa laporan sebelumnya bahawa wanita hamil mungkin berdepan risiko tinggi mendapat penyakit teruk apabila mereka dijangkiti COVID-19.

Bagaimanapun, beberapa pakar memberi amaran bahawa penemuan itu dijalankan terhadap sebilangan kecil pesakit, termasuk ramai yang dimasukkan ke hospital kerana COVID-19, sekali gus memungkinkan ia tidak mewakili semua wanita hamil yang dijangkiti.

Kajian mendapati bahawa ramai wanita hamil di hospital yang dijangkiti wabak itu tidak mengalami sebarang gejala, namun ada antara mereka yang bergejala.

Bagaimanapun, antara 16 hingga 30 peratus memerlukan rawatan intensif dan enam hingga 8.5 peratus pula memerlukan bantuan ventilator untuk pernafasan.

Dari 703 kes yang dijelaskan dalam dua laporan itu, tiga wanita maut.

Mengikut kedua-dua kajian, wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 mengalami kadar kelahiran pramatang yang lebih tinggi seperti dijangkakan dan ada bayi mati dalam perut sebelum kelahiran.

Kajian terdahulu juga menunjukkan risiko kelahiran pramatang yang lebih tinggi dan kajian di Britain menunjukkan berlaku peningkatan kelahiran yang mati ketika wabak.

Kehamilan boleh mendedahkan wanita terhadap jangkitan dan penyakit yang teruk berdasarkan beberapa sebab.

Sistem kekebalan tubuh ditekan ketika kehamilan, tindak balas yang dirancang untuk mencegah reaksi buruk terhadap janin tetapi meningkatkan pendedahan ibu terhadap jangkitan virus.

Perubahan fisiologi lain ketika kehamilan juga dapat meningkatkan bahaya kepada wanita. Paru-paru mungkin terkesan akibat terkena rahim yang mengembang dan sistem kardiovaskular terpaksa 'bekerja keras'.

COVID-19 juga dapat meningkatkan risiko pembekuan darah dan memberi kesan ke atas plasenta yang memberi janin makan.

"Kami sekarang mempunyai data dari tiga sistem pengawasan CDC yang berasingan, menunjukkan bahawa wanita hami mungkin berisiko tinggi mendapat penyakit terus akibat COVID-19," kata salah seorang anggota pasukan petugas COVID-19 dari American College of Obstetricians dan Gynecologists, Dr Denise Jamieson dalam satu e-mel.

"Maksudnya, wanita hamil boleh jatuh sakit dengan serius," kata Pengarah Bahagian Perubatan Janin, Dr Peter Bernstein dari Pusat Perubatan Montefiore di Bronx.

"Kami tidak pasti apakah sakit mereka boleh jadi lebih teruk daripada yang mereka alami jika tidak hamil, tetapi pasti ada wnaita di luar sana yang sakit teruk bahkan mati," katanya.

Walaupun pakar menegaskan perlu lebih banyak penyelidikan untuk menjelaskan lebih lanjut perkara ini, mereka turut menggesa wanita hamil supaya berhati-hati dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial untuk meminimumkan risiko jangkitan terutama ketika mengalami masalah kesihatan atau obesiti. - AGENSI
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Virus COVID-19 lebih mudah berjangkit ditemui

TEXAS: Kajian pertama bagi menganalisis struktur COVID-19 daripada dua gelombang jangkitan di sebuah bandar utama di Amerika Syarikat (AS) menemui mutasi baharu virus terbabit yang lebih mudah berjangkit.

Menurut penyelidik Hospital Methodist di Houston, penemuan itu adalah hasil pemeriksaan 5,000 genome virus yang diperoleh menerusi fasa terawal pandemik di Houston, sebuah bandar dengan tujuh juta penduduk.

"Kajian ini, yang belum menjalani penilaian pakar, mendapati hampir kesemua jangkitan ketika gelombang kedua mengalami mutasi dikenali sebagai D614G, yang juga punca peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.

"Mutasi yang berlaku membolehkan virus bercantum dan menjejaskan sel, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk mendatangkan komplikasi terutama pada pesakit yang mempunyai penyakit lain.

"Pesakit yang dijangkiti mutasi virus terbabit memiliki jumlah virus lebih tinggi berbanding pesakit yang menjalani diagnosis lebih awal," katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak menemui bukti kukuh untuk mengesahkan sama ada mutasi terbabit lebih berbahaya berdasarkan kriteria dimiliki COVID-19.

Ia bermakna virus yang mengalami mutasi itu tidak menjadi lebih berbahaya meskipun mudah berjangkit tetapi memberi kesan lebih teruk kepada pesakit dengan faktor genetik atau komplikasi penyakit lain.

Kata penyelidik, mereka menemui peningkatan protein dalam kes tertentu, yang juga sasaran utama vaksin COVID-19 dibangunkan sekarang, sekali gus menunjukkan mutasi virus itu mampu berubah untuk mengelak tindak balas sistem imun badan.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa virus itu berupaya melakukan mutasi dan menyesuaikan diri selaras dengan perubahan pada badan mangsa yang menjalani rawatan atau menerima vaksin. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Covid-19: Could mutations to the coronavirus make it more dangerous?



 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Ada Mutasi Virus Corona, Bisa 10 Kali Lipat Lebih Menular?

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Coronavirus: Are parasitic worms responsible for low fatality rates in Africa? | COVID-19 Special


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201

Tracking COVID-19: Experts say virus could be worse than expected
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Sisa kumbahan dikesan tingkatkan jangkitan COVID-19

STOCKHOLM: Analisis sisa air kumbahan di Sweden bulan lalu menunjukkan peningkatan kes COVID-19 menyamai kadar jangkitan pada Mei lalu, sekali gus membuktikan kenaikan kes bukan disebabkan peningkatan ujian pengesanan.

Menerusi sampel yang diambil di tiga fasiliti sejak pertengahan April lalu, kajian menunjukkan sisa virus dikesan dalam air kumbahan.

Profesor Madya dari Institut Teknologi Diraja (KTH), Zeynep Cetecioglu Gurol, berkata pasukan penyelidik mendapati jangkitan bertambah mengikut kadar virus dalam sisa kumbahan dan bukannya kerana penambahan ujian COVID-19.

"Hasil kajian ini, kita dapat lihat dengan jelas peningkatan kes COVID-19 berlaku bukan kerana ujian pengesanan yang dilakukan ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan.

Cetecioglu Gurol berkata, ujian menerusi air kumbahan berupaya memberi pandangan lebih jelas mengenai penyebaran virus itu tanpa perlu melakukan ujian terhadap individu.

"Sudah semestinya ujian ini dapat menjimatkan sumber sedia ada kerana ia memberikan maklumat berharga yang dapat digabung dengan parameter lain," katanya.

Setakat Jumaat lalu, ,Sweden mengesahkan 94,283 kes positif COVID-19 dan 5,895 kematian. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Researchers analysing Stockholm wastewater see increasing coronavirus cases

STOCKHOLM (AFP) - An analysis of Stockholm's wastewater showed an uptick in coronavirus cases in September to a level comparable to May, researchers said on Monday (Oct 5), enabling them to conclude the rise was not due to increased testing.

Sampling of wastewater at three facilities in Stockholm began in mid-April after studies showed that remnants of the virus could be detected in sewage water, but this is the first time broad results have been published.

The researchers at the Royal Institute of Technology's (KTH) Water Centre said their method of taking virus measurements from wastewater meant their findings were not dependent on the level of testing for the coronavirus.

"In the study we can conclude that we are seeing a clear increase in the number of cases of Covid-19, that isn't due to more people being tested," KTH's Associate Professor Zeynep Cetecioglu Gurol said in a statement.

In recent weeks Sweden has seen a rise in cases, but the country is also conducting much more testing, making it difficult to determine how widespread the virus is now compared with earlier months.

For instance, in the last week of September, the country conducted some 129,000 polymerase chain reaction tests, compared with 36,500 tests in the last week of May.

The sewage water testing could help provide important insights into the spread and prevalence of the disease without the need for expensive widespread individual tests.

"This type of water analysis could definitely save resources for society, they give valuable information that can be combined with other parameters," Prof Cetecioglu Gurol said.

As at Friday, Sweden had confirmed 94,283 cases of Covid-19 and 5,895 associated deaths.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Pesakit berdepan risiko 'sengsara' untuk tempoh lama

PARIS: Pesakit COVID-19 berdepan risiko untuk sakit bagi tempoh lama, walaupun tahap jangkitan itu terlalu ringan, kata penyelidik di Perancis.

Dua pertiga daripada pesakit yang mengalami jangkitan ringan dan sederhana COVID-19 mengalami simptom itu selama 60 hari selepas jatuh sakit, manakala lebih satu pertiga lagi masih dalam keadaan sakit, termasuk lebih teruk berbanding ketika mula dijangkiti.

Simptom berpanjangan dikesan berlaku kepada pesakit berusia 40 hingga 60 tahun, termasuk yang perlu dirawat di hospital, kata petugas Hospital Universiti Tours, yang memantau 150 pesakit tidak kritikal bermula Mac hingga Jun lalu.

Kajian mereka diterbitkan Isnin lalu dalam jurnal Jangkitan Mikrobiologi dan Klinikal, bukti bahawa sejumlah 35 juta penduduk yang dijangkiti virus itu di seluruh dunia akan menderita kesan berpanjangan selama beberapa bulan.

Klinik pasca COVID-19 akan dibuka bagi menangani masalah bekas pesakit yang terpaksa menanggung kesan seperti kecederaan paru-paru, kerosakan jantung kronik, lemah dan beberapa kondisi lain.

"Kami dapat menilai evolusi penyakit dan menunjukkan bahawa kesan jangkitan paling ringan tetap berdepan simptom yang memerlukan rawatan lanjut.

"Kerana itu, pandemik COVID-19 memerlukan penjagaan jangka panjang selepas ia berakhir," kata Dr Claudia Carvalho-Schneider dan rakan-rakannya.

Selepas dua bulan mengalami simptom COVID-19, 66 peratus pesakit dewasa melaporkan menderita satu daripada 62 kesan, iaitu kehilangan deria rasa dan bau, sesak nafas dan lesu. - BLOOMBERG
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
COVID-19 mungkin tingkatkan kes bayi lahir mati - PBB

PARIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang wabak COVID-19 mungkin menyebabkan tambahan 200,000 lagi kes bayi lahir mati pada peringkat global.

Menurut badan dunia itu, statistik menunjukkan secara purata hampir dua juta bayi atau seorang setiap 16 saat dilaporkan lahir mati setiap tahun dan tahun ini pandemik virus mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

Kebanyakan kes berkenaan iaitu sehingga 84 peratus, berlaku di negara berpendapatan rendah dan pertengahan, di mana penjagaan asas ibu mengandung berupaya menyelamatkan ratusan nyawa setiap tahun.

Maklumat itu terkandung dalam laporan bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.

Menurutnya, kebanyakan kes bayi lahir mati berlaku kerana sistem penjagaan kesihatan yang lemah, kurang pelaburan dalam kelengkapan rawatan dan program latihan bidan.

Walaupun secara umumnya kadar kematian bayi dan ibu ketika bersalin sudah berkurangan secara ketara, kes bayi lahir mati masih kekal tinggi terutama di sub Sahara Afrika dan Asia Tenggara.

Laporan sama turut meramalkan bahawa ancaman COVID-19 mungkin menambah sehingga 200,000 lagi kes bayi lahir mati.

Ini berikutan perkhidmatan kesihatan di hampir 50 peratus negara berpendapatan rendah dan sederhana kini terjejas teruk akibat penularan virus itu.

Pengarah Bersekutu Data dan Analisis UNICEF, Mark Hereward, berkata bayi di sebahagian besar negara juga dikhuatiri dijangkiti COVID-19 walaupun ibu mereka tidak dijangkiti.

"Ini kerana kemerosotan ekonomi global menyebabkan kadar kemiskinan meningkat secara ketara manakala kakitangan sektor kesihatan pula kini dikerah bagi menangani COVID-19, menyebabkan kes lain terabai.

"Tanpa tindakan segera, kita berdepan kemungkinan kadar bayi lahir mati mungkin bertambah sehingga 20 juta kes lagi menjelang 2030," katanya.

Menurut data PBB, lebih 40 peratus kes bayi lahir mati berlaku ketika bersalin, yang boleh dielakkan jika ada bidan terlatih dan pusat rawatan kecemasan obstetrik. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register