Covid-19 Kajian Covid-19 | Pesakit COVID-19 tanpa gejala paling cepat hilang antibodi

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201

SARS-CoV-2-specific T cell immunity in cases of COVID-19 and SARS, and uninfected controls

...

Memory T cells induced by infection

Future susceptibility and clinical severity

Patients recovered from in COVID-19

T cells from recovered patients recognised multiple regions of the SARS-CoV-2

Patients recovered from SARS (SRS-CoV-1)

SARS-recovered patients (n=23) still possess long-lasting memory T cells reactive to SARS

17 years after the 2003 outbreak

Robust cross-reactivity to SARS-CoV-2 NP, (structural nucleocapsid protein)

Surprisingly

Frequently detected SARS-CoV-2 specific T cells in individuals with no history of SARS,

COVID-19 or contact with SARS/COVID-19 patients (n=37)

In these people the T cells were active against a different part of the virus

Epitope low homology to “common cold” human coronaviruses

Infection with betacoronaviruses induces multispecific and long-lasting T cell immunity to the structural protein NP

Cows, dogs, bats, rodents

Understanding pre-existing T cell immunity in the general population is of paramount importance for the management of the current COVID-19 pandemic
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
COVID-19 mungkin ada selama-lamanya - Pakar

LONDON: Pandemik COVID-19 akan ada selama-lamanya di dunia ini sekali gus mendorong keperluan mengambil vaksin secara berkala.

Menurut bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walport, COVID-19 hampir sama dengan virus influenza menyebabkan ia memerlukan inokulasi berulang pada skala global.

Beliau yang juga anggota Kumpulan Penasihat Ilmiah untuk Kecemasan (Sage) memberitahu, COVID-19 juga tidak akan menjadi penyakit seperti cacar yang dapat dihapuskan dengan menggunakan vaksin.

"Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala.

"Jadi, seperti selesema, orang akan memerlukan vaksin secara berkala," katanya yang dipetik menerusi laporan The Guardian.

Mengulas lanjut, Walport berkata kemungkinan virus itu berada dalam keadaan luar kawalan dengan melihat peratusan kes positif meningkat khususnya di UK.

Bagaimanapun tegasnya, tindakan bersasar akan digunakan sebagai usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan susulan penularan wabak berkenaan.

"Anda boleh lihat apa yang terjadi di Perancis, Sepanyol, dan di Korea Selatan, yang berjaya mengawal jangkitan dengan pantas namun kini melihat peningkatan kes.

"Oleh itu, jangkitan ini ada pada kita," katanya.

Walport berkata, kurang satu daripada lima orang di UK menghidap jangkitan virus itu, dan 80 peratus akan terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Pakar kenal pasti 2 ubat dipercayai mampu halang virus COVID-19

PAKAR perubatan mengenal pasti dua ubat sedia ada mampu menghalang virus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 daripada menjangkiti sel manusia.

Memetik laporan Harvard Medical School, kedua-dua ubat tersebut iaitu Vacuolin-1 dan Apilimod yang sudah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu menyasarkan enzim ‘PIKfyve kinase’.

Kajian itu bagaimanapun hanya dijalankan ke atas sel manusia dalam ujian makmal dan perlu diuji pada manusia sekiranya ingin dipertimbangkan sebagai rawatan COVID-19.

Sebelum ini, pakar-pakar tidak mempunyai pengetahuan luas tentang peranan enzim ‘PIKfyve kinase’ berhubung jangkitan COVID-19.

“Hasil kajian kami mendapati menyasarkan kinase ini terhadap SARS-CoV-2 secara anti-virus bermolekular kecil mungkin strategi efektif bagi mengurangkan tahap keparahan COVID-19,” kata penyelidik Tomas Kirchhausen.

Kirchhausen, profesor biologi sel di Institut Blavatnik di Harvard Medical School, menemukan ubat Vacuolin-1 itu 16 tahun lalu.

Beliau bersama kumpulan penyelidiknyya sebelum ini mendapati kedua-dua ubat tersebut berkesan dalam menghalang virus Ebola, namun tidak menerbitkan kajian mereka.

Apabila Amerika Syarikat dilanda COVID-19, mereka menguji keberkesanan ubat-ubat tersebut pada virus SARS-CoV-2.

“Dalam tempoh seminggu, kami mendapati Apilimod sangat efektif dalam mencegah jangkitan SARS-CoV-2 pada sel manusia dalam makmal,” kata Kirchhausen.

Pada lewat Julai, syarikat yang membangunkan ubat Apilimod, AI Therapeutics mengumumkan akan menjalankan kajian baharu bagi menguji keberkesanan dan keselamatan ubat itu ke atas 140 pesakit positif COVID-19.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
More long-term damage caused by COVID-19 than expected | COVID-19 Special


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201

Scientists' reports about two more cases of patients in the Netherlands and Belgium catching COVID-19 a second time caused some stirr. But the World Health Organization is urging calm, saying reinfections aren't likely to happen too often. DW talkes to Dr. John Campbell about how concerned we should be about coronavirus reinfections.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Obese people more likely to die from COVID-19: Study
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Kajian dapati penyebaran COVID-19 boleh berlaku melalui udara

WASHINGTON: Sebuah kajian membuktikan penemuan terbaharu COVID-19 boleh merebak melalui udara apabila terdapat seorang penumpang di dalam sebuah bas di China dengan sistem pengudaraan yang terhad menjangkiti lebih 20 orang yang lain walaupun mereka tidak duduk secara berdekatan.


Pada mulanya pihak berkuasa kesihatan menolak kemungkinan kaedah pernafasan berupaya merebakkan titisan mikro jangkitan itu melalui udara, namun menarik semula kenyataan itu apabila pakar mengumpulkan segala bukti yang ada.

Artikel itu disiarkan semalam di Perubatan Dalaman JAMA yang menyiasat ancaman jangkitan melalui udara dengan melihat lebih dekat penumpang yang mengikuti perjalanan ke sebuah acara keagamaan Buddha di Ningbo iaitu sebuah bandar di Timur China.

Ia membabitkan perjalanan selama 50 minit dari dua bas pada Januari lalu, iaitu sebelum pemakaian pelitup muka menjadi rutin melawan COVID-19.

Pengkaji mempercayai penumpang yang jantinanya tidak dikenalpasti berkemungkinan pembawa virus berikutan individu itu mempunyai kontak dengan penduduk dari Wuhan, iaitu bandar di mana jangkitan itu mula merebak akhir tahun lalu.

Saintis kemudiannya berjaya memetakan tempat duduk penumpang lain selain membuat ujian virus itu kepada mereka dengan 23 daripada 68 daripada mereka disahkan dijangkiti dalam bas yang sama.

Paling ketara apabila pesakit yang dijangkiti di bahagian depan dan belakang bas, berada di luar perimeter satu hingga dua meter di mana pihak berkuasa dan pakar nyatakan titisan jangkitan itu boleh merebak.

Selain itu, penumpang yang sakit juga belum menunjukkan sebarang gejala COVID-19 seperti batuk ketika kumpulan itu membuat perjalanan ke acara keagamaan berkenaan.

Pengkaji juga menyatakan peredaran udara hanya terhad berlegar di dalam bas sahaja berikutan penggunaan penyaman udara yang berkemungkinan menyumbang kepada penyebaran virus itu.

"Siasatan menunjukkan bahawa di ruang tertutup dengan peredaran udara, Sars-CoV-2 adalah patogen yang sangat mudah dijangkitkan," tulis mereka dengan merujuk kepada nama virus berkenaan.

"Penemuan kami terhadap potensi jangkitan melalui udara ini adalah maklumat penting untuk kesihatan awam.

"Kajian mereka yang merangkumi gambar rajah yang menunjukkan dari mana penumpang yang dijangkiti duduk, menambah bukti terhadap jangkitan melalui udara, termasuk penyelidikan mengenai bagaimana virus itu merebak antara meja makan di restoran di sebuah bandar di selatan China, Guangzhou. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
COVID-19 mampu menyerang otak

WASHINGTON: Pesakit COVID-19 yang mengalami masalah sakit kepala, kekeliruan dan kecelaruan mungkin berdepan dengan keadaan di mana virus itu menyerang bahagian otak pula.

Penemuan hasil kajian itu dianggap masih terlalu awal tetapi beberapa bukti baharu menyokong teori yang sebelum ini tidak banyak diuji.

Menurut kajian yang diketuai oleh pakar imunologi Yale, Akiko Iwasaki, virus itu dapat meniru dan terhasil dengan banyak di dalam otak, dan kehadirannya menyebabkan sel-sel otak oksigen bengkak, walaupun belum dapat dijelaskan mengapa ia berlaku.

Ketua Jabatan Neurologi di University of California, San Francisco, S Andrew Josephson, memuji teknik yang digunakan dalam kajian itu.

Katanya, memahami sama ada virus itu memberi kesan kepada otak secara langsung atau tidak adalah sangat penting.

Namun, tambah beliau, penyelidik perlu sentiasa berhati-hati sehingga kajian itu dibaca dan disahkan oleh rakan kajian yang lain.

Katanya, tidak mengejutkan jika SARS-CoV-2 juga mampu memecahkan penghalang darah ke otak, struktur yang mengelilingi saluran darah otak dan cuba menyekat bahan asing.

Misalnya, jelaqs beliau, virus Zika juga melakukan proses sama iaitu menyebabkan kerosakan otak janin yang ketara.

Doktor percaya sehingga sekarang bahawa kesan neurologi yang dilihat pada kira-kira separuh daripada semua pesakit mungkin adalah hasil tindak balas imuniti yang tidak normal.

Tindak balas yang dikenali sebagai 'ribut sitokin' itu menyebabkan keradangan otak dan ia bukannya serangan virus secara langsung. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,848
Reaction score
3,887
Points
201
Vitamin D might just save you from getting Covid-19


 
Sponsored Post
Top
Log in Register