Covid-19 Kajian Covid-19 | Mutasi virus COVID-19 tidak akan terus cepat merebak

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
Pencemaran udara turut menyumbang kepada 15 peratus kematian COVID-19

PARIS: Pendedahan jangka panjang kepada udara tercemar mungkin menyumbang kepada 15 peratus kematian COVID-19 global, kata satu kajian mengenai pelepasan gas rumah hijau.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pencemaran udara akibat asap kenderaan dan kilang mengurangkan dua tahun daripada jangka hayat setiap orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di bumi.

Terkini, pakar di Jerman dan Cyprus berkata mereka dapat mengunjurkan kadar kematian penduduk yang boleh dikaitkan atau diburukkan lagi oleh kesan pencemaran udara.

Kajian yang diterbitkan dalam Cardiovascular Research itu mengambil data kesihatan dan penyakit dari Amerika Syarikat (AS) serta China, yang dikaitkan dengan pencemaran udara, COVID-19 dan SARS.

Mereka turut menggabungkan kajian dengan data satelit global serta kajian zarah selain rangkaian pemerhati pencemaran untuk menentukan sama ada pencemaran udara boleh menjadi punca kematian COVID-19.

Asia Barat, yang menyaksikan pencemaran udara paling buruk di dunia, 27 peratus kematian akibat wabak itu mungkin mempunyai kaitan dengan masalah udara yang kotor.

salah seorang penyelidik kajian bersama itu, Thomas Munzel, berkata di Eropah pula kadar yang dicatatkan ialah 19 peratus berbanding 17 peratus di Amerika Utara.

"Jika terdedah dengan pencemaran udara dan kemudiannya dijangkiti COVID-19, kita akan dapati kesan yang lebih buruk iaitu kepada jantung dan saluran darah," kata

"Pencemaran udara menyebabkan faktor risiko COVID-19 terhadap paru-paru dan masalah jantung," katanya yang juga profesor di University Medical Center di Johannes Gutenberg University, Mainz.

Tambah beliau, kesannya adalah dua kali ganda, di mana pencemaran merosakkan paru-paru dan meningkatkan aktiviti ACE-1 iaitu penyebab peningkatan jangkitan virus. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
Pesakit COVID-19 tanpa gejala paling cepat hilang antibodi

LONDON: Satu kajian secara besar-besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID-19 tanpa gejala dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.

Secara keseluruhan, sampel daripada beratus-ratus orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.

Kajian yang ditaja oleh kerajaan Britain dan diterbitkan hari ini oleh Imperial College itu menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.

Menteri Kesihatan, James Bethell, berkata penemuan kajian itu adalah kritikal bagi membantu mengetahui secara terperinci mengenai antibodi COVID-19.

Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.

"Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan," katanya.

Kajian yang dibuat membabitkan 365,000 orang dewasa yang dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu.

Hasil kajian itu mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5 peratus dalam tempoh tiga bulan. - AFP.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
Kesan jangka panjang COVID-19 membimbangkan - WHO

GENEVA: Pesakit COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala jangka panjang, termasuk kerosakan terhadap organ penting perlu diberikan penjagaan bersesuaian.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata seluruh dunia masih cuba memahami virus berkenaan yang ternyata bukan sekadar boleh membawa maut, sebaliknya mencetuskan kesan jangka panjang terhadap segelintir individu.

"Oleh itu, kerajaan perlu memperakui risiko kemungkinan kesan jangka panjang akibat COVID-19 dengan menyediakan penjagaan bersesuaian dan capaian khidmat kesihatan.

"Ia termasuk perkhidmatan kesihatan utama dan sekiranya perlu, penjagaan khusus dan pemulihan," katanya pada sidang media secara maya, pada Jumaat.

Perkembangan semasa mengenai wabak itu kini dilihat bakal menjejaskan usaha mencapai imuniti kelompok yang digambarkan sebagai harapan utama dalam usaha membasmi COVID-19 secara keseluruhan.

Tedros sebaliknya berkata perubahan bentuk gejala yang tercetus daripada wabak COVID-19 sehingga kini mengundang keresahan pelbagai pihak.

Katanya, gejala yang direkodkan setakat ini merangkumi kelesuan, batuk, sesak nafas, radang dan kecederaan terhadap organ utama tubuh badan.

"Organ yang dimaksudkan termasuk paru-paru dan jantung, selain kesan neurologikal dan fisiologikal. Gejala ini lazimnya berlaku pada waktu sama serta mampu menjejaskan mana-mana sistem badan," katanya.

Tiga pesakit, iaitu seorang pakar epidemiologi, jururawat dan jurutera perisian berumur 26 tahun sebelum ini berkongsi pengalaman masing-masing apabila dijangkiti COVID-19 serta mengalami kesan jangka panjang.

Pakar epidemiologi dari Institut Perubatan Tropika Liverpool, England, Prof Paul Garner, pada mulanya dilaporkan sihat dan cergas, sebelum tiba-tiba dijangkiti wabak berkenaan pada Mac lalu.

Selama empat bulan, beliau 'bertarung' dengan siri gejala berikutan COVID-19 seperti kelesuan, sakit kepala, gangguan emosi dan pelbagai perubahan lain.

Tiga bulan kemudian, pakar epidemiologi berkenaan mengalami kelesuan yang amat teruk sehingga menjejaskan urusan hariannya.

"Apabila saya terlalu aktif, sakit itu akan kembali dan ia langsung tidak boleh dijangka. Saya langsung tidak sangka bahawa selama tujuh bulan, kehidupan saya terjejas angkara virus ini.

"Kini ia lenyap begitu saja," katanya yang dilaporkan pulih daripada COVID-19, sejak dua minggu lalu.

Mengulas perkongsian berkenaan, Tedros berkata kerajaan wajar memberikan penekanan terhadap kes sedemikian, dengan menyediakan rawatan atau penjagaan untuk jangka panjang sehingga pesakit pulih sepenuhnya.

"Ini juga memberi kesedaran mengenai harapan untuk kita mencapai imuniti kelompok yang kini mustahil untuk dijayakan, malah ia akan mengundang jutaan lagi kematian dan mencetuskan kesan jangka panjang terhadap golongan tertentu.

"Satu saja harapan kita sekarang untuk mencapai imuniti kelompok ialah vaksin COVID-19 yang perlu diedarkan di seluruh dunia secara saksama.

"Sebelum kita ada vaksin, kerajaan dan rakyat perlu saling bekerjasama untuk melandaikan lengkuk rantaian penularan yang dikenal pasti sebagai jalan terbaik bagi mengekang sebarang kesan jangka panjang daripada wabak ini," katanya. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201

‘Like a grenade has gone off’: Infectious disease expert recounts his own struggle with ‘long COV…
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,929
Reaction score
1,692
Points
151
Sampai 2022 baru ok kata who
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
Individu dijangkiti COVID-19 kebal jangkitan semula untuk 6 bulan

LONDON: Individu yang dijangkiti COVID-19 tidak mungkin menghidap kembali penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, menurut penyelidik dari Universiti Oxford.

Penemuan itu diperoleh daripada kajian berskala besar terhadap jangkitan semula COVID-19 melalui pemerhatian profesional perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mana didapati jangkitan berulang agak jarang berlaku.

Seorang penyelidik yang terbabit dalam kajian itu, Profesor David Eyre menyatakan penemuan itu 'satu berita baik'.

"Kami yakin untuk jangka masa pendek kebanyakan mereka yang dijangkiti COVID-19 tidak akan dijangkiti semula," katanya.

Kumpulan penyelidik itu menjelaskan mereka masih mengumpulkan data sebelum merumuskan jangkitan semula selepas enam bulan.

Bagaimanapun, kajian yang sedang dijalankan itu pada akhirnya mahu mengesahkan tempoh masa perlindungan daripada jangkitan semula secara total.

Pengarah kajian pencegahan dan kawalan jangkitan Hospital Universiti Oxford (OUH), Katie Jeffery, beranggapan penemuan kajian itu "menarik."

"Ia menunjukkan 'jangkitan virus itu memberikan setidaknya perlindungan jangka pendek daripada jangkitan ulangan'", katanya.

Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna mengumumkan minggu ini, calon vaksin mereka menunjukkan keputusan hampir 95 peratus dalam ujian percubaan seminggu selepas pengumuman dibuat syarikat gergasi farmasuetikal, Pfizer dan BioNTech.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyambut baik kajian itu dan menyifatkannya satu penemuan yang memperluas pemahaman mengenai perlindungan COVID-19.

"Kami benar-benar memuji usaha penyelidik untuk melakukan kajian itu," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan kepada wartawan di Geneva dan memberitahu penemuan itu memberikan "data terbaik."

Ryan berkata tindak balas antibodi yang diperincikan dalam penyelidikan itu memberikan "harapan untuk perlindungan lebih lama" kepada calon vaksin yang sedang dibangunkan.

Kajian Oxford mengenai jangkitan semula menggunakan data ujian COVID-19 biasa daripada 12,180 pekerja penjagaan kesihatan di OUH selama 30 minggu.

Kajian mendapati tidak ada seorang pun daripada 1,246 kakitangan dengan antibodi COVID-19 yang mengalami jangkitan simptomatik.

Tiga kakitangan dengan antibodi yang positif COVID-19 didapati sihat dan tidak mengalami sebarang gejala.

WHO mengatakan pertubuhan itu kini bekerjasama dengan 50 negara berhubung tindak balas antibodi dalam kumpulan yang berbeza, seperti kumpulan populasi umum atau dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan.

Badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut mengumpulkan hasil kajian berkenaan untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas mengenai bagaimana pandemik itu boleh menular. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
Mutasi virus COVID-19 tidak akan terus cepat merebak

LONDON: Kajian saintis mendakwa tiada fakta konkrit yang menyatakan bahawa mutasi virus COVID-19 yang menjangkiti individu di seluruh dunia ketika ini, akan terus merebak dengan cepat.

Dalam kajian yang menggunakan kumpulan data genom virus global ke atas 46,723 orang yang dijangkiti COVID-19 dari 99 negara, penyelidik mengenal pasti lebih daripada 12,700 mutasi, atau perubahan berlaku pada virus SARS-CoV-2, lapor agensi berita CNA.

"Kita bernasib baik, kerana pada masa ini tidak ada mutasi ini yang menjadikan COVID-19 boleh merebak dengan lebih pantas

"Kita perlu terus berwaspada dan memantau mutasi baru, terutama ketika vaksin terus merebak."

"Virus itu didapati bermutasi sepanjang masa, dan ada di antaranya seperti virus selesema - berubah lebih kerap daripada yang lain," kata Profesor di Institut Genetik University College London (UCL), Lucy van Dorp yang juga seorang penyelidik utama kajian itu, semalam.

Sebilangan besar mutasi virus COVID-19 bersifat neutral, tetapi ada juga lebih kuat atau memudaratkan virus, dan ada juga vaksin kurang berkesan terhadap virus itu.

Ketika virus bemutasi, vaksin terhadapnya harus disesuaikan secara teratur untuk memastikan virus itu mencapai sasaran yang tepat.

Dengan virus SARS-CoV-2, vaksin pertama yang menunjukkan keberkesanan terhadap penyakit ini serta mendapat kelulusan pihak kawal selia dijangka akan digunakan untuk imunisasi sebelum akhir tahun ini.

Seorang lagi Profesor UCL, Francois Balloux memberitahu hasil kajiannya mendapati buat masa ini, mutasi itu tidak menimbulkan ancaman terhadap keberkesanan vaksin COVID-19, namun memberi amaran bahawa pengenalan vaksin secara tergesa akan memberi tekanan selektif baharu kepada virus untuk bermutasi dalam sistem imunisasi manusia.

"Berita mengenai masa depan vaksin ini kelihatan hebat.

"Mutasi virus ini mungkin mampu mengatasi vaksin yang dihasilkan pada masa hadapan, tetapi kami yakin akan dapat mempercepatkan usaha meningkatkan keberkesanan vaksin sesuai pada masa berkenaan," katanya

Kajian awam mutasi virus itu diumumkan Mei lalu, sebagai pelan induk saja sebelum beberapa saintis mengambil alih meneruskan kajian itu yang sudah diterbitkan semalam dalam jurnal Nature Communications.

Pasukan penyelidik dari UCL Britain dan Universiti Oxford, France Cirad dan Université de la Réunion dari Perancis, menganalisis genom virus dari 46,723 orang yang dijangkiti COVID-19 dari 99 negara, dikumpulkan hingga akhir Julai lalu.

"Daripada jumlah itu, 12,706 mutasi yang dikenal pasti, kira-kira 398 kes diuji berulang dan secara bebas," kata penyelidik.

Daripada jumlah itu, saintis memfokuskan pada 185 mutasi yang mereka dapati terjadi sekurang-kurangnya tiga kali secara bebas semasa wabak itu.

Namun, penyelidik tidak menemui bukti bahawa mana-mana mutasi biasa meningkatkan penyebaran virus, sebaliknya, ia bersifat neutral. - AGENSI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register