Covid-19 Kajian Covid-19 | Mutasi virus COVID-19 tidak akan terus cepat merebak

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Ubat antimikrob 'penawar' COVID-19

HONG KONG: Ubat anti-mikrob untuk merawat ulser perut dan jangkitan bakteria menunjukkan petanda positif bagi membasmi coronavirus dalam haiwan.

Penyelidikan dihasilkan saintis Hong Kong itu ketika ini turut meneroka kemungkinan sama ada ubat itu mempunyai keupayaan untuk memerangi coronavirus SARS-CoV-2 (nama saintifik COVID-19).

Menggunakan tikus Syria sebagai bahan uji kaji, penemuan mendapati satu daripada ubat berkenaan, iaitu ranitidine bismuth citrate (RBC) adalah ejen anti-SARS-CoV-2 yang sangat kuat.

Penyelidik Universiti Hong Kong, Runming Wang, menjelaskan RBC mampu mengurangkan bilangan virus dalam saluran pernafasan tikus Syria sebanyak 10 kali ganda.

"Oleh itu, penemuan kami mendapati RBC mempunyai potensi sebagai ejen antiviral bagi COVID-19," katanya.

Ubat antiviral yang digunakan untuk tujuan meluas, remdesivir dan sejenis kortikosteroid, dexamethasone, sebelum ini dikenal pasti antara 'penawar' untuk merawat COVID-19.

Bagaimanapun, penggunaan kedua-dua jenis ubat berkenaan, termasuk dalam merawat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas disahkan positif COVID-19 dilaporkan mempunyai kesan sampingan.

Wang berkata, harga remdesivir di pasaran mahal dan ia berdepan kekurangan kadar bekalan untuk pesakit di seluruh dunia, manakala dexamethasone mempunyai kesan terhadap sistem pertahanan badan yang berupaya mengundang risiko sekiranya diberikan kepada pesakit kritikal.

"Ubat lain yang digunakan untuk merawat COVID-19 pula boleh merosakkan fungsi hati, justeru RBC adalah pilihan rawatan paling selamat setakat ini," katanya. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201

Study shows half of Covid-19 patients have organ damage
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Jangkitan COVID-19 rendah dalam pesawat jika pakai pelitup muka

WASHINGTON: Risiko seseorang dijangkiti COVID-19 ketika berada dalam penerbangan adalah sangat rendah sekiranya mereka memakai pelitup muka, demikian keputusan kajian penyelidikan menggunakan pesawat Boeing yang yang digunakan tentera Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan penerbangan jarak jauh.

Menerusi kajian itu, pasukan penyelidik menempatkan alat pengesan dan penjejak pendarfluor bagi mengukur jumlah bahan berjangkit di udara, dirembeskan ke patung yang menyerupai individu dijangkiti serta bernafas secara normal.

Selepas diteliti, kebanyakan jangkitan membabitkan individu yang berada di depan, belakang dan sebelah patung berkenaan, serta ia dibuktikan peranti pengesan.

Bagi tujuan ketepatan bacaan, kajian sama diulang sebanyak 300 kali ketika pesawat berada di lapangan dan dalam penerbangan, untuk tempoh lapan hari pada Ogos lalu, hasil kerjasama dengan United Airlines menggunakan Boeing 767 dan jetliner 777.

Keputusan mendapati 99.7 peratus partikel tercemar COVID-19 disaring oleh sistem pengudaraan khusus pada pesawat, sebelum ia berupaya sampai ke penumpang yang duduk berdekatan dengan patung.

Menerusi perbandingan jarak, kajian merekodkan mereka yang duduk di lokasi 40 kerusi daripada individu dijangkiti mempunyai kadar saringan partikel tercemar sebanyak 99.99 peratus.

Pengarah Perhubungan Operasi Kawalan Pengangkutan Amerika Syarikat (USTRANSCOM), Komander Joe Pope, berkata kadar penularan jangkitan dalam pesawat penerbangan jarak jauh, menjangkau 12 jam adalah sangat rendah.

Bagaimanapun, katanya, dapatan kajian itu hanya meneliti kemungkinan kadar jangkitan berasaskan situasi yang membabitkan seorang individu dijangkiti COVID-19.

"Kita juga beranggapan bahawa semua penumpang pesawat memakai pelitup muka sepanjang penerbangan dan tidak meneliti perubahan kesan sekiranya individu dijangkiti berlegar di sekeliling kabin.

"Meskipun kajian ini mempunyai beberapa kekangan keputusan, ia memberikan petanda yang sangat memberangsangkan.

"Perkiraan mendapati dos jangkitan memerlukan tempoh penerbangan menjangkau 54 jam, untuk pesawat jenis 767 dan 777," katanya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Hanya sedikit atau tiada kesan remdesivir terhadap kadar kematian COVID-19
ddd_1602857144.jpg

Gambar fail menunjukkan ubat remdesivir. - Foto AFP

GENEVA: Ubat antiviral remdesivir yang menjadi antara rawatan COVID-19 diperakui sebelum ini, kini dikatakan tidak mampu mencegah kematian akibat penyakit itu, menurut kajian yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Remdesivir adalah antara ubat eksperimen yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika disahkan positif COVID-19 bulan lalu, selain turut diberi kepada 11,000 pesakit lain di 30 negara.

Ubat itu dikatakan hanya sedikit atau langsung tidak memberi kesan pada pesakit COVID-19 ketika dirawat di hospital.

"Data ini diperoleh berdasarkan kadar kematian keseluruhan, dari permulaan penggunaan ventilator dan tempoh dirawat di hospital," menurut kajian yang diumumkan secara dalam talian semalam.

Data itu, yang belum dikaji lanjut atau diterbitkan dalam jurnal ilmiah, dilihat bertentangan dengan sekurang-kurangnya dua kajian utama AS menunjukkan remdesivir dapat mengurangkan jangka masa tinggal di hospital untuk pesakit COVID-19.

Washington membenarkan penggunaan ubat dihasilkan syarikat farmasi AS, Gilead Sciences, yang pada asalnya diguna sebagai rawatan bagi Ebola, bagi rawatan kecemasan pada 1 Mei lalu, diikuti beberapa negara lain dan Kesatuan Eropah. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
COVID-19 mampu bertahan sehingga sembilan jam di kulit - pakar

TOKYO: Saintis di Jepun mendapati virus COVID-19 mampu hidup sehingga sembilan jam di permukaan kulit manusia, sekali gus meningkatkan risiko dijangkiti virus berkenaan.

Penemuan terbaharu itu menguatkan lagi keperluan amalan membasuh tangan lebih kerap bagi memerangi pandemik berkenaan.

Kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Penyakit Berjangkit Klinikal itu mendedahkan patogen yang menjadi penyebab selsema hanya mampu bertahan di kulit manusia hampir dua jam sebagai perbandingan dengan COVID-19.

"Daya tahan virus COVID-19 adalah selama sembilan jam pada kulit manusia, berupaya meningkatkan risiko pemindahan dari kontak jika dibandingkan virus Influenza A, sekali gus akan meningkatkan penyebaran pandemik itu," kata laporan terbabit.

Pasukan penyelidik terbabit membuat ujian pada kulit yang diambil daripada spesimen dibedah siasat selepas sehari meninggal dunia.

Penyelidik mendapati virus COVID-19 dan virus selsema menjadi tidak aktif dalam tempoh 15 saat apabila diletakkan etanol yang digunakan pada cecair pembasmi kuman.

"Lebih lama virus COVID-19 berada di kulit, lebih tinggi risiko pemindahan kontak, justeru penggunaan cecair pembasmi kuman dapat mengurangkan risiko jangkitan," kata penyelidikan itu.

Penyelidikan itu menyokong nasihat dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggalakkan tangan dibasuh lebih kerap bagi mengelak jangkitan COVID-19. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
How dangerous is the air around us? | COVID-19 Special


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Ujian vaksin 'gagal kesan' pengurangan risiko virus - Pakar

PARIS: Belum ada ujian calon vaksin COVID-19 didapati mampu mengesan pengurangan kesan serius terhadap pesakit seperti dimasukkan ke hospital atau kematian, menurut seorang pakar kesihatan awam, hari ini.

Pengarang bersekutu, Peter Doshi melalui penulisannya dalam jurnal perubatan BMJ, memberi amaran bahawa malah tiada calon vaksin sedang menjalani ujian fasa ketiga yang dapat membuktikan ia akan mencegah jangkitan COVID-19, setakat ini.

Beliau yang juga Penolong Profesor Penyelidikan Perkhidmatan Kesihatan Farmaseutikal di University of Maryland mendakwa bahawa mereka yang mengharapkan penemuan untuk mengakhiri pandemik itu akan kecewa, dengan sesetengah vaksin dilihat sekadar mampu mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 30 peratus.

"Tiada ujian sedang dijalankan itu yang dicipta mengesan pengurangan kesan serius seperti kemasukan ke hospital, penggunaan rawatan rapi atau kematian.

"Vaksin terbabit juga tidak dikaji bagi menentukan sama ada ia berupaya menghalang jangkitan virus berkenaan," katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti 42 calon vaksin sedang melalui ujian klinikal.

Ia termasuk 10 calon vaksin yang berada pada peringkat fasa ketiga di mana keberkesanannya diuji ke atas puluhan ribu orang di beberapa benua.

Namun, Doshi mendakwa, ujian peringkat tertinggi itu sekalipun hanya membuat penilaian terhadap penyakit ringan berbanding yang teruk.

Katanya, ia berkemungkinan disebabkan jumlah individu terbabit dalam ujian berkenaan dengan sebahagian besar daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 itu mengalami gejala ringan atau tiada langsung.

Tanpa bilangan sukarelawan mencukupi daripada kalangan warga emas serta golongan lemah untuk menjalani ujian terbabit, beliau menegaskan bahawa 'hanya ada sedikit asas untuk sebarang manfaat yang dapat mengelakkan kemasukan ke hospital dan kematian.'

Doshi juga mendakwa, kebanyakan kanak-kanak, wanita mengandung dan individu kurang daya melawan penyakit, tidak terbabit ujian berkenaan.

Katanya, ia menyebabkan kajian terbabit dilihat tidak dapat membantu menangani jurang utama kefahaman mengenai pembiakan virus itu secara berlainan dalam kalangan individu. - AFP
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,065
Reaction score
1,719
Points
151
Ujikaji dulu pd Trump & rakan2 sepolitik dgn nya

pemimpin patut di utamakan dulu lah
Bukan buat duit jual ubat saja

1603340774579.png
 
Last edited:

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
FDA lulus Remdesivir untuk rawatan COVID-19

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan Remdesivir keluaran Gilead Sciences (Gilead) untuk rawatan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Ubat itu, rawatan pertama untuk COVID-19 yang mendapat persetujuan FDA, digunakan Presiden AS, Donald Trump, selepas dijangkiti COVID-19 awal bulan ini dan sering disebut beliau ketika bertemu masyarakat dan berkempen.

FDA pada Mei lalu memberi Remdesivir kebenaran bagi penggunaan kecemasan untuk rawatan COVID-19 dan kemudian diletakkan dalam senarai keutamaan untuk kelulusan penuh.

Ketua Pegawai Perubatan Gilead, Dr Merdad Parsey, dalam satu kenyataan berkata sebaik saja Remdesivir diberi kelulusan penuh, ubat itu 'menjadi tulang belakang kombinasi terapi antivirus' yang dikaji Institut Kesihatan Nasional.

"Di luar percubaan kombinasi, kami terus mengkaji Veklury (Remdesivir) pada calon tertentu termasuk pesakit pediatrik selain pesakit luar dan kami menjangkakan dapat berkongsi data mengenai percubaan ini pada separuh pertama tahun depan.

"Ubat ini akan digunakan untuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital dan diberikan secara suntikan," katanya.

Sementara Remdesivir diluluskan untuk pesakit berusia 12 tahun ke atas, Gilead berkata FD mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan sementara bagi merawat individu lebih muda dengan berat lebih 7.7 paun (3.5 kilogram).

Perkembangan itu dibuat ketika Moderna semalam mengumumkan ia sudah mendaftarkan 30,000 individu dalam percubaan vaksin COVID-19 fasa tiga, memenuhi metriknya untuk pendaftaran penuh dengan lebih satu pertiga peserta adalah kumpulan minoriti.

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata kira-kira satu daripada lima yang terbabit adalah etnik Sepanyol dan Latin manakala kira-kira 10 peratus adalah kulit hitam.

"Melengkapkan pendaftaran kajian Fasa 3 COVE adalah tonggak penting bagi perkembangan klinikal mRNA-1273, vaksin percubaan kami terhadap COVID-19," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,065
Reaction score
1,719
Points
151
Sukarelawan uji vaksin Covid-19 maut
Rio De Janeiro: Sukarelawan ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan Universiti Oxford disahkan meninggal dunia di Brazil, semalam.

Setakat ini, sama ada lelaki itu menerima vaksin berkenaan atau plasebo tidak dapat dipastikan.

Ia adalah kematian pertama dilaporkan dalam ujian vaksin Covid-19 yang dijalankan di seluruh dunia.

Penganjur kajian itu memaklumkan, penilaian bebas mengambil kesimpulan bahawa tidak timbul masalah membabitkan keselamatan dan pengujian vaksin terbabit yang dibangunkan bersama firma farmaseutikal, AstraZeneca malah ujian itu akan diteruskan.

Oxford dalam kenyataan berkata, sukarelawan terbabit adalah seorang doktor berusia 28 tahun yang bertugas sebagai barisan hadapan dan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

"Semua insiden perubatan yang signifikan, sama ada peserta berada dalam kumpulan kawalan atau kumpulan vaksin Covid-19, dinilai secara bebas.

"Hasil penilaian teliti terhadap kes di Brazil, tiada kebimbangan mengenai keselamatan ujian klinikal itu. Malah penilaian bebas sebagai tambahan kepada yang dijalankan oleh pihak berkuasa Brazil mengesyorkan ujian itu diteruskan," katanya.

Pihak berkuasa kesihatan kebangsaan, Anvisa mengesahkan sudah dimaklumkan secara rasmi mengenai kes itu pada 19 Oktober lalu.

Pada September lalu, Oxford dan AstraZeneca terpaksa menggantung ujian vaksin berkenaan apabila seorang sukarelawan di Britain mengalami penyakit tidak dapat dijelaskan.

Ujian disambung semula selepas pihak berkuasa Britain dan satu penilaian bebas dilapor merumuskan bahawa penyakit itu bukan kesan sampingan vaksin berkenaan.

Menurut Institut Pengajaran dan Penyelidikan D'Or (IDOR) yang membantu penganjuran ujian berkenaan di Brazil, separuh daripada sukarelawan pada ujian klinikal peringkat terakhir itu menerima plasebo.

Setakat ini, katanya, kira-kira 8,000 sukarelawan menerima vaksin di Brazil dan lebih 20,000 di seluruh dunia.

Akhbar Brazil, Globo, melaporkan sukarelawan meninggal dunia itu adalah doktor muda yang sering merawat pesakit Covid-19 di bilik kecemasan dan unit rawatan rapi di dua hospital di Rio de Janeiro sejak Mac lalu.

Ahli keluarga serta rakan memberitahu akhbar itu, mangsa menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada tahun lalu dan berada dalam keadaan sihat sebelum dijangkiti virus berkenaan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register