BTC USD 37,779.7 Gold USD 1,772.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kajian Cadangan Gabungkan Perodua-Proton Siap: Mustapa

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,239
Reaction score
717
Points
171
Kita tunggu samada penggabungan ni akan jadi realiti atau tidak.

Kajian Cadangan Gabungkan Perodua-Proton Siap: Mustapa

2010/11/29

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai cadangan penggabungan syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, siap.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata laporan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk pertimbangan.

"Cadangan (Proton-Perodua) ini diilhamkan oleh Perdana Menteri. Kami kini menunggu untuk menetapkan tarikh bagi membentangkan laporan itu kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan inovasi dan kualiti kementerian itu di sini hari ini.

Sementara itu, Mustapa berkata eksport barangan buatan Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5 peratus kepada RM447.09 bilion pada 2011 berbanding RM424.1 bilion yang dicatatkan pada tahun 2010.

Kementerian turut mengunjurkan peningkatan eksport perkhidmatan, dengan sasaran RM106.15 bilion pada 2011 berbanding RM101.1 bilion pada 2010.

Selain itu, katanya satu jawatankuasa Pelaburan Program Transformasi Ekonomi (JPETP) telah ditubuhkan dan berperanan untuk mengenal pasti dan melaksanakan program dan aktiviti ETP.

JPETP juga akan memantau program-program pelaburan berkaitan MITI yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia ke-10. - BERNAMA
 
Sponsored Post

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,723
Points
316
adakah nanti harga kereta akan turun?... atau NAIK?... aku tak rasa akan turun tapi aku PASti akan naik!...
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,621
Reaction score
163
Points
83
Proton DVVT-i
Perodua viva CPS....huhuhu...ganas
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
xkan boleh gabung hehehehe,abis le kalau gabung harga jadi makin mahal
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register