BTC USD 57,312.7 Gold USD 1,777.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - Ulama

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama

Mohd Yusri Amin

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.


p/s : kembalilah kepada Sunnah Rasulullah..
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Messages
47,314
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
harap mufti perak x berdiam diri..
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
mazhab mana yg diorg pakai neh??
 

adar

Super Active Member
Messages
9,027
Paid Membership
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
aku nyampah betul org yg bg salam 1Malaysia.
 

wanlie

Banned
Messages
258
Joined
Apr 17, 2008
Messages
258
Reaction score
0
Points
10
salam 1 malaysia ni pon akan berkubur gak nanti sama mcm islam hadhari yg dah pon berada dialam barzah
 

aidiryatim

Legendary Member
Messages
14,011
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
saya pn sebenarnya x suka la ngan slogan 1 malaysia.. macam la selama nih x satu malaysia? konon best la slogan nih...
da hilang da slogan malaysia boleh...
 

Bizzport786

Active Member
Messages
1,544
Joined
Oct 20, 2006
Messages
1,544
Reaction score
4
Points
25
Teringat masa zaman Tok Mat.. lagu. "Alhamdullilah syukur nikmat, Malaysiamaju rakyat Selamat"" OoOoooo.. Yaho.. Yahoo.. pastu sengap sampai hari nie.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register