TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 401,868
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 401,868
- Reaction score
- 27,641
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
KUALA LIPIS, 27 Okt - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula peranan sekolah tertentu yang mana terdapat pelajarnya di kalangan bukan Melayu masih gagal menguasai Bahasa Melayu, seperti didedahkan oleh sebuah kajian baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata pendedahan kajian oleh Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong itu adalah perkara yang serius bahawa terdapat ramai pelajar bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu walaupun lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Dr Teo dalam masa terdekat untuk meneliti kajian yang dibuat beliau itu.
"Kita akan mengambil maklumat tentang apa sebenarnya didedahkan dalam akhbar sebelum ini dan kita perlu lihat apa sebenarnya berlaku, di mana ia berlaku dan kenapa ia berlaku.
Jadi satu kajian tentang peranan sekolah tempat pelajar berkenaan belajar akan dibuat selepas kita mendapat butiran terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 peringkat Sektor Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan di sini, Isnin.
Sabtu lepas, akhbar melaporkan Dr Teo berkata seramai 604 daripada 14,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2010 yang bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu, sedangkan ada antara mereka lulus subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
Dr Teo turut mendakwa bilangan generasi muda bukan Melayu yang gagal bertutur bahasa Kebangsaan dikhuatiri meningkat pada masa depan kerana hampir 90 peratus daripada mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Mengulas perbezaan standard pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan SJK, beliau berkata perkara itu diambil perhatian serius dalam menanganinya menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Katanya menerusi pelan itu, pihaknya merangka pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menyelaraskan standard pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyamaratakan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan selepas ini tidak akan ada lagi perbezaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sama ada di sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil," katanya.