BTC USD 32,617.6 Gold USD 1,775.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaji Selidik : Penguatkuasaan Undang-Undang Memandu Dalam Keadaan Mabuk

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,931
Reaction score
671
Points
126
mabuk.jpg

Bersama kita memperkasakan undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk.

Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) kini sedang menjalankan soal selidik dalam talian mengenai “Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk”.

Dalam satu kenyataan media oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menyatakan bahawa, beliau telah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti semula Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Akta ini akan diteliti semula supaya mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya yang lain ini dapat dikenakan hukuman yang lebih berat sekaligus memberi kesedaran dan pengajaran kepada semua pihak. Pada masa yang sama, Seksyen 45 dan 45A yang berkaitan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan masing-masing juga akan diteliti semula.” Wee Ka Siong.

98297439_1598411826992982_5285297341828431872_o.jpg


Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput bersama-sama dalam menjawab soal-selidik berkenaan yang mula dilaksanakan pada 21 Mei 2020 sehingga 4 Jun ini di pautan ini –https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdFO_IIrh6otCgdFLcr9p1-cggYWWfirK6bQu90AWdBhxFVaA/viewform

Jadi, mari bersama kita menjalankan tanggungjawab dengan menyuarakan pandangan masing-masing sekaligus membantu memperkasakan undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk.


Oops! We ran into some problems.
Please enter a title that is at most 85 characters long.
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,879
Reaction score
2,456
Points
201
Apa nak kaji2 lg..nak lawan arahan tuhan ke
Kalau quran da kata haram
Haramkan aje la
Takkan nak jd negara setan



Kuasa kan da ada pd tgn islam
bertopengkan agama
Yg sebenarnya nak duit supaya ekonomi berkembang

negara india yg pemimpin bukan islam pun bijak berpikir nak atasi

 

Sniper

Super Moderator
Staff member
Joined
Feb 26, 2006
Messages
6,017
Reaction score
687
Points
116
sape yg bising2 tu elokla tlg isi survey ni

aku dh isi
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,976
Points
201
done isi..

soalan 24 tu pastikan isi hukuman yang parop2..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,020
Reaction score
12,942
Points
2,376
FB_IMG_1590557309331.jpg

'PEMBUNUH MABUK'
MASUK KATEGORI MANA

Dalam kajian jenayah syar’iyyah, kita bertemu dengan beberapa kategori pembunuhan:

1. Bunuh dengan sengaja (قتل عمد)
2. Bunuh tersalah (قتل خطأ)
3. Bunuh seperti sengaja (قتل شبه عمد)
4. Bunuh atas jalan tersilap (ما أجرى مجرى الخطأ)
5. Bunuh bersebab (قتل بسبب)

~ Contoh kategori pertama seumpama seorang menikam perut seorang yangn lain dengan niat membunuh.
~ Kategori kedua seperti seorang yang ingin menembak ayam hutan, tiba-tiba terkena manusia.
~ Kategori ketiga seperti seorang yang sengaja memukul seseorang dalam pergaduhan, bukan untuk membunuh, tetapi pukulan itu menyebabkan kematian.
~ Kategori keempat seumpama seorang yang terjatuh dari tempat tinggi lalu tertimpa ke atas orang lain lalu mati.
~ Kategori kelima seorang yang bertugas sebagai tukang jatuh hukuman mati ke atas pesalah yang dihukum bersalah oleh mahkamah.

(Wallahu a’lam, maaf jika tersilap memberi contoh-contoh di atas.)

IKHTILAF FUQAHA’

Sepakat para fuqaha’ menerima pembahagian kes bunuh dalam dua kategori iaitu sengaja (عمد) dan tersalah (خطأ). Namun mereka berbeza pendapat dalam menerima kategori-kategori yang lain.

Mazhab pertama:
Hanya menerima dua jenis pembunuhan sahaja, sengaja (عمد) dan tersalah (خطأ).
Ia adalah pendapat Malikiyah, Zahiriyah, Al Laith dan sebahagian Zaidiyah.

Mazhab kedua:
Membahagikan kes pembunuhan kepada 3, sengaja (عمد), tersalah (خطأ) dan seperti sengaja (قتل شبه عمد).
Pendapat ini dipegang oleh sahabat-sahabat besar dan tabi’in seperti Umar, Uthman, Ali, Zaid bin Thabit, Abu Musa, An Nakha’ie, Hammad, Qatadah, Ath-Thauri, juga pendapat dalam mazhab Syafie, pendapat masyhur dalam Hanbali, satu pendapat dalam Zaidiyyah, Imamiyah, Ibadhiyah dan juga satu riwayat dalam Hanafiyyah.

Mazhab ketiga:
Membahagikan pembunuhan kepada 4 bahagi, iaitu sengaja (عمد), tersalah (خطأ), seperti sengaja (قتل شبه عمد) dan bunuh atas jalan tersilap (ما أجرى مجرى الخطأ).
Ini adalah pendapat sebahagian Hanabilah dan satu qaul dalam Hanafiyyah.

Mazhab keempat:
Membahagikan pembunuhan kepada 5 kategori, iaitu sengaja (عمد), tersalah (خطأ), seperti sengaja (قتل شبه عمد), bunuh atas jalan tersilap (ما أجرى مجرى الخطأ) dan bunuh bersebab (بسبب).
Ia adalah pendapat Al Jassas dan golongan kemudian dalam Hanafiyah.

Setiap mazhab ada hujah dan istidlal masing-masing. Saya tidak berhajat untuk memaparkan dalil-dalil dan hujah setiap aliran bagi meringankan pembacaan.

Namun guru kami di Al Azhar, Dr Ibrahim Rif’at Al Jamal dan Dr Nasir Ahmad An Nisyawi mentarjihkan pendapat kedua yang membahagikan jenayah pembunuhan kepada 3 kategori iaitu sengaja (عمد), tersalah (خطأ) dan seperti sengaja (قتل شبه عمد).

Menurut mereka pendapat kedua adalah paling rajih kerana kekuatan dalil dari Al Quran dan sunnah.

HUKUMAN KE ATAS PEMBUNUH

Secara umumnya, Qisas secara bunuh balas adalah hukuman yang ditetapkan di dalam Al Quran ke atas kes pembunuhan. Ia nampak berat, menyebabkan kehilangan satu lagi nyawa manusia. Namun Al Quran menjelaskan bahawa hukuman itu bersifat menngorbankan satu nyawa untuk menyelamatkan ribuan nyawa yang lain. Allah berfirman:

وَلَكُمۡ فِی ٱلۡقِصَاصِ حَیَوٰةࣱ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
[Surah Al-Baqarah 179]

“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.“

Namun hukuman mati ini hanya dikenakan ke atas kes dari kategori pertama sahaja, iaitu membunuh dengan sengaja. Bahkan hukuman itu juga boleh ditukar kepada bayaran diyat sekiranya berlaku sulh (صلح) dengan waris si mati.

Bagi kategori lain, pesalah dihukum membayar diyat dan tidak dibunuh. Bayaran diyat pula berbeza mengikut kategori.

Bagi kes pembunuhan sengaja yang telah melalui sulh (صلح) dengan waris bagi meringankan hukuman mati ke atasnya, maka diyat itu hendaklah ditetapkan oleh pihak kerajaan menurut pandangan Jumhur.

Abu Hanifah menyatakan tidak perlu ditetapkan, terserah kepada persetujuan di dalam sulh.

Sementara bagi kes pembunuhan tersalah (خطأ) dan pembunuhan seperti sengaja (شبه عمد) pula hendaklah ditentukan oleh pemerintah kadarnya yang perlu dibayar kepada waris. Hakim tidak diberi kuasa untuk menambah atau mengurangkan kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Namun dalam penetapan kadar itu, pihak kerajaan hendaklah memastikan kes seperti sengaja شبه عمد lebih berat dan kes tersalah خطأ.

Persoalan diyat disebut dengan jelas oleh Rasulullah SAW dalam khutbah baginda sempena Fathu Makkah. Sabda baginda:
ألا إن دِيَةَ الخطأِ شبهِ العَمْدِ ما كان بالسَّوْطِ والعصا؛ مائةٌ مِن الإبلِ : منها أربعون في بطونِها أولادُها.

“Ingatlah, sesungguhnya diyat bagi pembunuhan tersalah seperti sengaja yang dilakukan dengan rotan atau tongkat (yang biasanya tidak menyebabkan kematian) ialah 100 ekor unta. 40 daripadanya ialah unta yang mengandungkan anak.”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’ie dari Abdullah bin Amru)

Dalam riwayat yang lain, Saidina Uthman dan Zaid bin Thabit memperincikan angka 100 itu dengan pembahagian berikut:

Dalam kes mughallazah (شبه عمد) diyatnya 40 ekor jaza’ah (جذعة) iaitu unta berusia 4 ke 5 tahun yang hamil, 30 ekor hiqqah (حقة) iaitu unta berusia 3 ke 4 tahun dana 30 ekor bintu labun (بنت لبون) unta betina berusia 2 ke 3 tahun.

Manakala bagi kes tersalah (خطأ) diyatnya ialah 30 ekor hiqqah, 30 ekor bintu labun, 20 ekor ibnu labun (jantan), 20 bintu makhadh (بنت مخاض) iatu unta betina berusia 1 ke 2 tahun yang merupakan anak kepada ibunya yang hamil.

PEMANDU MABUK KATEGORI MANA?

Nak kata mereka kategori sengaja (عمد) mungkin bukan. Kerana sengaja ini berkait dengan qasad. Mereka tiada qasad membunuh.

Adakah mereka seperti sengaja (شبه عمد) atau tersalah (خطأ)? Kenapa perlu dikategorikan antara dua kategori ini? Kerana diyatnya tidak sama. Kes seperti sengaja (شبه عمد) lebih berat (مغلظة) diyatnya. Manakala kes tersalah (خطأ) lebih ringan (مخففة).

Saya berpandangan pemandu mabuk termasuk dalam kes seperti sengaja (شبه عمد) dan bukan kategori tersalah (خطأ). Maka hukuman diyat ke atasnya hendaklah dikenakan dengan kadar mughallazah (berat).

Kes tak sengaja atau tersalah biasanya membabitkan kaedah pembunuhan yang pada adatnya tidak menyebabkan kematian. Tetapi melanggar atau merempuh kenderaan lain ini sememangnya salah satu penyebab kematian.

Persoalan tindakan yang dilakukan itu di luar kawalan dan di bawah paras sedar tidak boleh diterima. Kerana kehilangan akalnya waktu itu adalah dengan pilihan sendiri. Mabuk disebabkan sengaja minum arak. Ia mabuk yang diundang.

Sebagai perbandingan, dalam kes talaq, seseorang yang menceraikan isterinya dalam keadaan tidak sedar atau mabuk, tidak jatuh talaknya. Tetapi sekiranya keadaan mabuk dan tidak sedar tadi berpunca dari minum arak, maka talaqnya tetap sah. Kerana mabuknya itu bukan mendatang, bahkan diundang!

Justeru saya mencadangkan kerajaan menetapkan suatu kadar hukuman denda yang berat ke atas golongan ‘pembunuh mabuk’ ini kerana mereka tergolong dalam kategori ‘pembunuhseperti sengaja’ (شبه العمد) iaitu kategori kedua paling berat berbanding semua lima kategori pembunuhan.

Dalam penetapan kadar denda ini, kerajaan perlu mengambil kira mahalnya nilai nyawa manusia, kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh isteri dan anak-anak yang ditinggalkan sepanjang hayat, kesedihan dan dukacita berpanjangan, pengajaran kepada peminum-peminum arak yang lain, kesan ekonomi kepada negara yang berpunca dari ketagihan arak dan sebagainya.

Kenapa perlu DIYAT? Tidak cukupkah sekadar ditinggikan kadar denda sedia ada?

Konsep denda dalam udang-undang konvensional hanyalah deraan ekonomi yang bayarannya diserah kepada kerajaan. Sedangkan diyat adalah bayaran sosial kepada waris.

Jika hanya ditinggikan bayaran denda sedia ada, bagaimana nasib anak-anak yatim dan ibu tunggal yang ditinggalkan!

Berapa kadarnya? Terserah kepda kebijaksanaan pemerintah. Namun jika dilihat nilai 100 ekor unta, tanpa mengambil kira jenis-jenisnya sama ada hiqqah, jaza’ah, bintu labun dan sebagainya…

Andaikan purata harga seekor unta RM8000, didarab dengan 100 menjadi RM800,000. Bolehlah difikirkan angka berkenaan sesuai atau tidak.

Sekian.
Mohon mencadang.

Aris Hazlan Ismail
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,440
Reaction score
2,845
Points
206
Kaji selidik ni dari zaman PH punya ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,020
Reaction score
12,942
Points
2,376
mabuk.jpg

Bersama kita memperkasakan undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk.

Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) kini sedang menjalankan soal selidik dalam talian mengenai “Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk”.

Dalam satu kenyataan media oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menyatakan bahawa, beliau telah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti semula Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Akta ini akan diteliti semula supaya mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya yang lain ini dapat dikenakan hukuman yang lebih berat sekaligus memberi kesedaran dan pengajaran kepada semua pihak. Pada masa yang sama, Seksyen 45 dan 45A yang berkaitan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan masing-masing juga akan diteliti semula.” Wee Ka Siong.

98297439_1598411826992982_5285297341828431872_o.jpg


Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput bersama-sama dalam menjawab soal-selidik berkenaan yang mula dilaksanakan pada 21 Mei 2020 sehingga 4 Jun ini di pautan ini –https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdFO_IIrh6otCgdFLcr9p1-cggYWWfirK6bQu90AWdBhxFVaA/viewform

Jadi, mari bersama kita menjalankan tanggungjawab dengan menyuarakan pandangan masing-masing sekaligus membantu memperkasakan undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk.


Oops! We ran into some problems.
Please enter a title that is at most 85 characters long.

Ok dah isi
Moga² pandangan orang ramai yang mahukan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk ni dilaksanakan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register