BTC USD 23,782.4 Gold USD 1,928.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaitkan LGBT Dengan Islam, Lelaki Di Syaki Gay Di Desak Suruh Bertaubat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
09.12.2022 - Global, Permintaan seorang lelaki meminta hak sama rata untuk komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia mengundang pelbagai persoalan orang ramai. Melalui satu video tular yang dimuat naik di aplikasi Telegram Info Semasa Official pada Jumaat itu memaparkan seorang lelaki meminta rakyat Malaysia menerima mereka dengan seadanya dengan memberi layanan yang sama tanpa diskriminasi. Menurut lelaki yang dipercayai menyokong budaya LGBT itu, golongan tersebut hanyalah manusia biasa yang memiliki naluri berbeza.

"Kami ini hanya manusia biasa, saudara sesama Islam tetap kami dilayan seperti bukan saudara. Itu yang membuatkan kami lebih jauh daripada Islam sendiri kerana layanan daripada seorang Muslim yang sangat kasar dan menganggap kami ini sah ahli neraka," katanya dalam video tersebut.

Lelaki itu juga berharap Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang menerima golongan LGBT.

"We are human,we are all the same. Cuma berbeza naluri. Kalau Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang menerima golongan LGBT, saya yakin Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih aman dan lebih gembira. We can be a better nation, sekiranya semua orang mempunyai layanan yang sama dan keselamatan kami terjamin, saya rasa Malaysia akan lebih berkembang maju. Jadi harapan saya terhadap Malaysia adalah untuk kami diterima dan diberi sokongan penuh supaya kami lebih bebas untuk memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Video berdurasi lebih daripada seminit itu pada mulanya dimuat naik di akaun TikTok @zan._30 namun hasil pemerhatian Majoriti, video tersebut sudah dipadamkan sebelum ia ditularkan semula di sosial media. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pendapat yang berbeza. Malah Ahmad Dean mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan yang mengaitkan agama dengan LGBT.

"Agama Islam itu sendiri mudah, kenapa perlu cakap saudara sesama Islam memberi layanan yang berbeza? Sedangkan selama ini golongan kamu (LGBT) boleh hidup bebas. Ini boleh menjatuhkan fitnah," tulisnya.

Seorang lagi pengguna Telegram, [email protected] meminta lelaki tersebut untuk bertaubat dan meminta maaf pada umat Islam yang lain.

"Kalau hendak diterima, bertaubatlah ke jalan yang benar. ALLAH maha pengasih, asalkan ikhlas. Pasti diampunkan dosa-dosa," tulisnya.

Bagi Alfian, pendapat individu tersebut seperti seorang yang tidak mempunyai akal fikiran yang waras.

"Aku syak dia ni ada masalah mental, macam telan dadah pun ada. Bercakap macam khayal, malas nak mencarut nanti kita yang dapat dosa. Apa-apa pun semoga tiada yang buruk jadi kat dia. Nampak komen yang lain dalam ini aku pulak yang takut dia kena tibai," katanya.

Untuk rekod sebelum ini media pernah melaporkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan bahawa LGBT tidak seharusnya didiskriminasikan, tetapi tidak boleh mencabar sistem dan nilai di negara. Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media daripada pihak berkuasa.​


 
Sponsored Post

findemas

Active+ Member
Messages
4,092
Paid Membership
Joined
Sep 10, 2007
Messages
4,092
Reaction score
419
Points
51
Klau di layan xsama....lunyai dh geng2 LGBT kena tibai kt Malaysia nie.....tp xdk plk la sampai level mcm tu
Tu la. Kalau ada yang ekstrem dah ada LGBT kena buang dari bangunan tinggi sampai mampus. Tapi tak ada pun. Elok je mereka2 ni hidup kat Malaysia ni.
 

ayiem676

Active+ Member
Messages
4,867
Joined
May 12, 2011
Messages
4,867
Reaction score
415
Points
56
Lgbt memang x patut pun dilayan sama rata.. mereka wajib disantuni pejabat agama.. buatlah keje dakwah banyak sikit pejabat agama ni..cuma golongan lembut yang tak buat maksiat je boleh dilayan sama rata.. yang penting jangan pakai pakaian perempuan.. once pakai baju perempuan or main jantan you downgrade yourself one level..
 

WalKing

Fun Poster
Messages
786
Joined
Jun 17, 2014
Messages
786
Reaction score
234
Points
33
Depa nak lebih bebas katanya.... bebas lagu mana lagi? Hampa nk jalan makan ada sapa kacau...
Dah mereka tu orang Islam!

cheq percaya je tuhan yang jadikan mereka begitu. Bukan mereka yang memilih untuk jadi begitu. Jikalau tak takdelah pak haji, tuan guru, bilal mesjid, ustaz, agamawan yang suka sex sejenis.
Ya depa mmg lahir Islam.. tapi tewas dek penangan nafsu dan godaan syaitan ke lembah yg hina. Hanya taubat nasuha sahaja yg dapat menyelamatkan mereka. Bukan hanya layanan yang baik.. kembalilah pada fitrah kejadian manusia dan sekalian makhluk.. takutlah kamu akan azab Allah yg maha dasyat.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register