Kaitan Tanah Melayu dan Tanah Canaan(Philistine)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,099
Reaction score
11,347
Points
2,376
Tanah Melayu dan Tanah Canaan(Philistine)

Seperti saya janjikan pada posting lepas,saya cuba terangkan kaitan tanah Philistine dengan orang melayu dari sudut yang difahami oleh orang yahudi,mengapa mereka anti sangat dengan penduduk Gaza. Melalui posting - posting sebelum,selepas kita membedah hikayat Merong Mahawangsa dengan bukti-bukti arkeologi yang ditemui baru-baru ini di sungai batu,membuktikan beberapa perkara di dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Pertama kita harus lihat dari sudut biblical mengapa orang Israel cuba mendapatkan kembali tanah Philistine. Ini kerana mereka berpendapat merekalah orang asal di tempat tersebut,selepas kempen Nabi Musa a.s membawa mereka masuk dari Mesir. Kisah ini sangat dipegang oleh mereka. Nabi Musa a.s melalui beberapa siri peperangan dengan orang-orang tempatan yang merupakan anak-anak Canaan yang dilihat sangat kuat dan gagah(berbadan besar) orang yahudi memanggil mereka giants. Kerana itu,kita lihat mereka sangat bersungguh-sungguh cuba menghalau penduduk asal tanah tersebut,terutama kini di Gaza. Selain dari itu, orang yahudi mempunyai dendam yang dalam setelah 2 kali dibantai oleh anak keturunan Cush dari Ham bin Nuh a.s. Cush dan Canaan adalah adik beradik satu bapa. Cush adalah anak sulung manakala Canaan adalah adik bongsu. Keturunan Ham ini dikatakan melahirkan bangsa berambut kerinting dan hitam,mendiami africa,philistine dan empire Assyrian. Raja Nimrod(Namrud) berasal dari keturunan Cush. Jadi orang Israel memang menganggap anak-anak Canaan musuh tradisi dan sehingga mereka gelarkan anak-anak canaan seperti Syaitan yang sentiasa menganggu mereka dan mesti dihapuskan.

Balik semula kepada kaitan orang melayu dan philistine,mengenai penemuan yang saya dapati,salah seorang daripada anak Canaan iaitu Girgashi/Gegersene tidak banyak disebut dalam Bible. Tetapi mengikut pendapat pengkaji,Gergasi telah pergi merantau tempat lain sebelum kedatangan Nabi Musa a.s dan orang Israel ke Philistine. Girgasi dalam bahasa yahudi yang bermaksud yang telah berhijrah dan akan kembali. Gergasi dikatakan sangat mahir dalam ilmu laut dan perkapalan,jadi kerana itu mereka pergi merantau jauh. Di dalam bible,selalu disebut 'orang laut' (sea people) tetapi mereka tidak refer gergasi. Di dalam bible,juga disebut orang laut juga menyerang Israel sehingga hancur. Bangsa gergasi di lihat mempunyai hubungan dengan empire assyrian,kaum mereka disebut di dalam tablet assyrian dengan nama Kirkashi. Bermakna bangsa Kirkashi banyak bergabung dengan empire Assyria dalam kempen perang mereka. Apa yang menarik,nama Gergasi ini keluar di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Merong Mahawangsa dikatakan berkahwin dengan Suku Gergasi dan dari situ lahirnya keturunan diraja Kedah. Ini menjadikan teori suku gergasi berhijrah ke kawasan nusantara. Ini juga terbukti dengan kajian DNA bahawa orang Asli adalah asal penduduk di Malaysia ini dan Gergasi di dalam hikayat merong mahawamgsa refer pada orang asal/asli ketika itu.

Keturah

Semasa zaman Nabi Ibrahim a.s,mengikut bible,Nabi Ibrahim a.s bernikah dengan seorang lagi bernama Keturah. Keturah ini dikatakan adalah dari bangsa yang jauh dari timur dan anak-anak mereka. Bermakna,orang timur sudah wujud ketika zaman Nabi Ibrahim a.s,ini berkemungkinan dari penghijrahan suku gergasi ketika zaman cucu Nabi Nuh a.s lagi. Jadi bukanlah bangsa melayu itu datang dari keturah,tetapi bangsa Melayu menjadi superior ketika Nabi Ibrahim a.s bernikah dengan Keturah membawa fahaman tauhid Nabi Ibrahim a.s dan mendapat nama panggilan 'MALA' yang bermaksud pergunungan dan 'Ur' dikatakan tempat asal Nabi Ibrahim a.s di Kaldi/Khaldean/Chaldea. Jika kita ke Palestine,memang ada satu perkampungan dipanggil Keturah dan mereka dipanggil orang laut,kerana tinggal berdekatan laut.

Kaitan orang melayu dengan tanah palestine,melangkau ribuan abad bukan baru. Jadi saya tidak terkejut,jika Nabi Muhammad s.a.w sangat mengenali bangsa timur melayu ini,kerana penglibatan bangsa melayu dalam sejarah tamadun dunia sangat banyak sebelum ini. Kita juga dapat lihat dari instirusi beraja kita yang banyak terkait dengan kebudayaan Assyria,iaitu budaya asia tengah yang banyak terlibat dalam kancah peperangan dunia. Bermakna bangsa melayu sangat tidak asing dengan Gaza dari awal lagi.

Banyak lagi yang saya boleh kaitkan dan penulisan ini tidak detail,kerana ia hanya perkongsian sebuah status FB. Saya hanya terangkan secara ringkas,yang lain tuan-tuan boleh buat bacaan sendiri melalui apa yang saya kongsikan ini. Wallahua'lam.

Sekian terima kasih

Abdullah Kas de Parthia
 
Top
Log in Register