Kain rentang Pas bantah lesen urut

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PULAU PINANG 26 Nov. - Lebih 40 kain rentang membantah pemberian lesen rumah urut dan pusat hiburan yang didakwa dipasang Dewan Pemuda Pas negeri ini mula dikesan di lokasi strategik di Pulau Pinang, Sungai Petani dan Kulim hari ini.

Kain rentang yang tertulis 'Kami Pemuda Pas Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 Lesen Rumah Urut, 1,367 Hiburan Awam di Pulau Pinang' turut memaparkan wajah tiga lelaki yang mewakili Dewan Pemuda Pas negeri ini.

Selain itu terdapat kain rentang tertulis 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan memaparkan bendera Pulau Pinang, logo Pas dan gambar pelumba kuda tertera nombor lima turut dipasang di sekitar kawasan Lebuh Raya Utara Selatan.

Pemasangan kain rentang itu menarik perhatian umum kerana ia menggunakan nama Dewan Pemuda Pas yang merupakan rakan pakatan pembangkang.

Antara lokasi yang dikesan di Kulim ialah di Taman Serindit, Jalan Besar Kulim, dan Jalan Kilang Lama manakala di bandar Sungai Petani pula ia dapat dilihat di Jalan Sungai Bakar Arang dan Masjid Abdul Rahman.

Di Balik Pulau di sini pula ia dipasang di depan pejabat Pertubuhan Peladang, Jalan Kampung Terang, di simpang tiga Masjid Pulau Betong dan Jalan Air Putih serta di sekitar pekan Balik Pulau.

Selain itu, kain-kain rentang itu turut dipasang di simpang tiga Mayang Pasir dan simpang empat Sungai Ara di Bayan Baru, di pagar Masjid Negeri dan di simpang empat Jalan P. Ramlee.

Di Seberang Perai pula, kain rentang sama turut dikesan antaranya di Kampung Pongsu Seribu, Kepala Batas, di lampu isyarat Sungai Bakap, simpang empat Sungai Dua dan di simpang Padang Menora.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Yusni Mat Piah ketika dihubungi Utusan Malaysia menafikan pihaknya terlibat dengan kewujudan kain rentang tersebut kerana tiada arahan dikeluarkan bagi tujuan itu.

''Kita tak buat kerja macam ini kerana kalau ada perkara yang tak setuju atau tak puas hati, kita ada saluran untuk berbuat demikian. Kita tak tahu siapa dalang yang buat semua ini.

''Saya sudah arahkan Ketua Pemuda Pas di kawasan terlibat untuk membuat laporan polis sekali gus kami mahu siasatan dibuat kerana ia menggunakan nama Dewan Pemuda Pas," ujarnya.

Ditanya mungkin ada sesetengah ahli akar umbi Pas yang tidak puas hati berbuat demikian, Mohd. Yusni tidak menolak kemungkinan itu namun memberi jaminan ia bukan dari sayap Pemuda.
 
Top
Log in Register