- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA KETIL: Tindakan sebuah keluarga memakai pakaian sedondon kuning serta menggunakan hamparan kain kuning menutup jenazah bapa mereka di rumah, sebelum upacara pengebumian menimbulkan kemusykilan penduduk kampung.
Kejadian di Kampung Sri Jaya, Felda Teloi Kanan, dekat sini, petang kelmarin itu menyaksikan keluarga yang terdiri daripada sembilan anak dan isteri arwah Ismail Rejab, 72, turut mengenakan pakaian sedondon berwarna putih ketika majlis pengebumian, pagi semalam.
Difahamkan, ada pihak yang mendakwa amalan keluarga terbabit mempunyai kaitan ajaran sesat Ibu Radhiah yang dipercayai berpusat di negeri ini.
Imam Masjid Felda Teloi Kanan, Shuib Ahmad, 71, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kematian itu dan pergi ke rumah arwah di kampung berkenaan kira-kira jam 6 petang kelmarin bagi menguruskan jenazah, bagaimanapun terkejut apabila melihat ‘amalan’ keluarga terbabit.
“Kami mula berasa musykil dengan keluarga itu kerana tindakan anak-anak arwah termasuk isterinya memakai pakaian berwarna sedondon selain jenazah yang ditutup dengan kain kuning tidak pernah dilakukan di kampung ini sebelum ini.
“Memanglah ia tidak salah di sisi Islam, tetapi perbuatan itu boleh menimbulkan syak wasangka dan kemusykilan di kalangan masyarakat selain dibimbang mencetuskan fitnah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Berikutan itu, timbul sedikit kekecohan ketika pihak khairat kematian masjid berkenaan mempersoalkan tindakan keluarga terbabit.
“Kami cuba bertanya kepada seorang anggota keluarga itu tetapi dia tiba-tiba melenting ketika cuba mempertahankan tindakan keluarganya itu,” katanya.
Keadaan itu memaksa campur tangan Pejabat Agama Daerah Baling dan satu laporan polis dibuat Shuib di Balai Polis Kuala Ketil, di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, anak kedua arwah, Halim Ismail, 46, ketika ditemui menafikan bapa dan keluarganya terbabit dalam sebarang kegiatan ajaran sesat.
Dia mendakwa cerita mengenai pembabitan mereka dalam ajaran sesat itu direka salah seorang ahli keluarganya yang dipercayai berselisih faham dengan mereka.
“Arwah bapa saya bukan pengikut ajaran Ibu Radhiah atau ajaran sesat lain seperti yang didakwa dan kami sekeluarga mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
“Arwah ayah juga semasa hayatnya rajin ke masjid serta bergaul dengan penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung itu, malam tadi.
Ditanya mengenai tindakan mereka mengenakan pakaian sedondon kuning dan putih itu, Halim berkata, itu memang amalan keluarganya sejak dulu.
“Semua ini tidak ada kena mengena dengan amalan ajaran sesat kerana kami sekeluarga memang suka mengenakan pakaian berwarna sedondon dalam apa saja majlis sebagai lambang ikatan kekeluargaan kami yang kukuh.
“Kami tidak berniat untuk mendatangkan kemusykilan kepada orang ramai, cuma ia memang amalan tradisi keluarga kami,” katanya.
Jenazah Ismail yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, petang kelmarin itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Teloi Kanan, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Difahamkan, mangsa sebelum itu terjatuh daripada motosikalnya berhampiran rumahnya di kampung itu Selasa lalu dan dimasukkan ke hospital pada hari sama.
Sementara itu, Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Syeikh Uzir Baharom, ketika dihubungi, mengesahkan keluarga itu tidak terbabit dalam sebarang ajaran sesat seperti yang didakwa.
“Semuanya sudah selesai dan jenazah sudah dikebumikan mengikut cara yang betul,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Jurucakap Balai Polis Kuala Ketil ketika dihubungi turut mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
Nak kena keluar fatwa juga ker?