BTC USD 66,631.0 Gold USD 2,400.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kahwin naik helikopter

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
BANYAK betul Diva lihat cerita tentang Mawi dan Ikin keluar di dada akhbar dan majalah. Nampak mereka ini sepertinya loving couple yang sudah bersedia untuk menempuh asam garam hidup berdua. Dan ramai juga yang menyimpan rasa cemburu. Biasalah adat dunia.

Diva dengar mereka kini sudah pun siap dengan persiapan perkahwinan. Daripada pelamin yang disediakan Yamin kemudian buku khas kenangan perkahwinan mereka, termasuk yang paling hangat dibincangkan adalah bidaan menyiarkan secara langsung perkahwinan mereka antara stesen Astro dengan TV3 yang membabitkan nilai jutaan ringgit.

Punyalah mereka berebut nak siarkan Wedding of the Year ini sampai harga bidaan melebihi angka empat juta! Hai tak tahulah Diva siapa yang akan dapat hak penyiaran eksklusif.

Ada yang nakal berbisik pada Diva, kalau Mawi kenang jasa, pasti hak tersebut jatuh pada Astro yang melahirkannya. Tapi kalau Mawi pandang duit dan bisnes, tak mustahil hak ini jatuh ke tangan TV3 - itu pun kalau bidaannya menarik.

Sementara orang tengah kecoh membincangkan tentang bidaan tersebut, ada sumber memberitahu kononnya pasangan ini sudah menempah tiga lokasi bagi meraikan cinta mereka iaitu di Dewan Larkin, Johor Bahru dan Dewan Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Lebih menambah drama, bakal mempelai didakwa akan diterbangkan menaiki helikopter pada hari bahagia tersebut. Wow eksklusif betul.

Diva doakan semoga segala persiapan berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran.

Diva: Mahu juga berdua.

Kalau nak lagi gempak tutup ler kipas heli tu

:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register