BTC USD 56,575.3 Gold USD 1,763.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaedah Pengiraan Waktu Solat Sunat Dhuha - Ustaz Azhar Idrus

gombakman

Active+ Member
Messages
3,544
Joined
May 9, 2009
Messages
3,544
Reaction score
506
Points
71
Sebenarnya dah lama aku cari formula pengiraan waktu solat sunat dhuha ni. Akhirnya jumpa jugak dalam blog ustaz azhar.
Sangat berguna bagi mereka yang istiqomah dalam mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. ini....


Kaedah Pengiraan Waktu Dhuha

Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A. seperti berikut;

ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى

Maksudnya:“Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]

Waktu melakukannya ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kea rah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;

- Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)

Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;

Waktu Syuruk: 0638 pagi

Waktu Subuh : 0524 pagi

Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :

Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)

= 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)

= 0638 pagi + 25 minit

= 0703 pagi.

(Unit Falak, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Kaedah Panduan Falak Syarie .hlm.44)

[1] Wahbah Az Zuhaili.1996. Fiqh dan Perundangan Islam. Penterjemah Syed Ahmad Syed Hussain et. el. Jilid III hlm. 690

sumber: http://ustazazhar.net/v01/pengiraan-waktu-dhuha/
 
Last edited:
Sponsored Post

gombakman

Active+ Member
Messages
3,544
Joined
May 9, 2009
Messages
3,544
Reaction score
506
Points
71
jadi rasanya kalau nak buat sekarang ni pun boleh lagi la kan??
 

mtkyii

Fun Poster
Messages
872
Joined
Apr 12, 2007
Messages
872
Reaction score
1
Points
15
Cammana dengan waktu diharamkan sembahyang pada setiap pagi, iaitu semasa matahari berada ketinggisan antara dua tanduk syaitan? Anggaran pukul berapa plak tu?
 

qubs

Super Active Member
Messages
9,772
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,772
Reaction score
242
Points
73
Cammana dengan waktu diharamkan sembahyang pada setiap pagi, iaitu semasa matahari berada ketinggisan antara dua tanduk syaitan? Anggaran pukul berapa plak tu?

alamak xtau plak ak psl nie
 

zamreda

CG Top Poster Club
Messages
31,388
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
Cammana dengan waktu diharamkan sembahyang pada setiap pagi, iaitu semasa matahari berada ketinggisan antara dua tanduk syaitan? Anggaran pukul berapa plak tu?


klau ikutkan matahari naik sepenuhnya dari ufuk horizon..klau matahari masih dlm ufuk horizon tu kira haram solat..
 

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,843
Points
196
Info yang sememangnya bernas dan bagus TT, thank you very much...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register