akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,721
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,721
- Reaction score
- 6,482
- Points
- 881
- Awards
- 1
'Kadar tol boleh turun jika kos pembangunan dikawal, ketirisan dan rasuah dibanteras'
Oleh Muhammad Yusri Muzamir
A view of the sea
Anwar Ibrahim menandatangani plak perasmian. FOTO AIZUDDIN SAAD
Seremban: Tidak mustahil untuk kerajaan menurunkan kadar tol jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal sebaiknya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar tol di lebuh raya juga boleh dikurangkan sekiranya elemen ketirisan dan rasuah dibanteras secara menyeluruh.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar tol hanya akan dinaikkan sekiranya kos mencatatkan peningkatan terutama apabila berlaku 'kebocoran' dana.
Anwar juga mengakui kebimbangan mengenai kadar tol sering disuarakan orang ramai selain menyifatkan ia sebagai munasabah.
"Kalau kos dikawal dan tiada ketirisan serta rasuah, ada kemungkinan kita boleh turunkan kadar tol.
"Ini (ketirisan dan rasuah) mesti dihentikan. Saya percaya kepada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya (LLM) untuk projek seterusnya.
"Pastikan kelulusan disegerakan. Ini boleh berlaku kalau semua (pihak) bertanggungjawab dan merasakan ini (projek lebuh raya adalah) projek rakyat," katanya ketika berucap merasmikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan), di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Datuk Seri Hasni Mohammad dan Pengerusi PLUS Malaysia Berhad Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, perjanjian konsesi tol di Kuala Lumpur boleh dirundingkan semula apabila kewangan negara semakin kukuh selain bersetuju dengan pandangan orang ramai yang menyuarakan bilangan tol terlalu banyak di ibu negara.
Disiarkan pada: September 8, 2024 @ 1:38pm