BTC USD 28,588.3 Gold USD 1,976.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar pengangguran Malaysia jatuh kepada 2.7 peratus

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
jabatanperangkaan.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran Malaysia pada Ogos 2014 turun sedikit kepada 2.7 peratus berbanding 2.8 peratus pada Julai, kata Jabatan Perangkaan.

Dalam satu kenyataan mengenai 'Statistik Tenaga Kerja Malaysia' hari ini, jabatan itu berkata perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar pengangguran turun 0.4 peratus daripada 3.1 peratus pada Ogos 2013.

Kadar pembabitan tenaga kerja merosot kepada 67.1 peratus pada Ogos berbanding 67.4 peratus pada bulan sebelum itu.

"Penurunan 0.4 peratus ialah penerusan pengurangan pekerja dalam pasaran buruh sebanyak 0.4 peratus, terutama daripada kumpulan muda berusia di antara 15 hingga 19 tahun," kata jabatan itu. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/13401
 
Top
Log in Register