Kadar kompaun ditularkan tidak sahih - JPJ

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,692
Points
191

JPJ memaklumkan ia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kadar bayaran saman dan jenis kesalahan seperti yang ditularkan.





KUALA LUMPUR: Kadar bayaran kompaun baharu bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula bulan ini yang ditularkan sejak beberapa hari lalu adalah maklumat tidak sahih.

JPJ, dalam satu kenyataan di laman Facebook, memaklumkan ia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kadar bayaran saman dan jenis kesalahan seperti yang ditularkan.

“JPJ ingin merujuk kepada mesej ‘sebelum duit anda melayang’ yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, kami ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan itu tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan JPJ.

“JPJ ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sahih dan menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan JPJ,” menurut kenyataan itu.

Beberapa hari lalu tular mengenai kadar baharu bayaran saman JPJ bermula Februari.

Antaranya ialah: ‘SHARE - info terkini dari JPJ / Sebelum Duit Anda Melayang. Mulai tahun 2019 .. Bulan FEBRUARI.. saman JPJ adalah seperti berikut. 1) Menghalang kereta lain & memotong - RM300, 2) Memandu perlahan di lorong kanan - RM150, 3) Menyimpan batang kayu, batang besi, pisau & lain² objek bahaya dlm kereta - RM100, 4) Isi minyak tanpa matikan enjin - RM100.’






sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524573/kadar-kompaun-ditularkan-tidak-sahih-jpj







.
 
Sponsored Post

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,406
Reaction score
273
Points
141
Kerajaan nak sangat duit daripada rakyat sampai ada individu yang 'hentam kromo' kadar bayaran saman trafik.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,366
Reaction score
2,121
Points
226
dah salah tu bayar ler .. sian abam JPJ, ada jugak sogo pun :D
 

katanablade

Active Member
Joined
Dec 13, 2010
Messages
1,008
Reaction score
9
Points
25
cadang sape yang parking dekat tempat OKU kena denda minimum RM3000. Baru ada akai lepas tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register