Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

Recommended Brokers


dhomnirhahs

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2006
Messages
2,694
Reaction score
35
Points
35
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KadarjangkapendekditutupstabilberikutancampurtanganBankNegara/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sistem kewangan untuk menyerap lebihan mudah tunai.

Lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM26.07 bilion daripada RM37.38 bilion yang ditaksirkan pada sebelah pagi, manakala dalam sistem Islam ia turun kepada RM7.75 bilion daripada RM9.98 bilion sebelum itu.
Pada sebelah lagi, bank pusat juga mengeluarkan empat tender - satu lelongan matang, dua repo dan satu Al-Wadiah.


BNM turut mengeluarkan satu tender pasaran wang konvensional lewat bernilai RM26 bilion dan satu tender pasaran wang Al-Wadiah berjumlah RM7.7 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar semalaman kekal pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.00 peratus, 3.04 peratus dan 3.07 peratus.

- BERNAMA
 
Sponsored Post

dhomnirhahs

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2006
Messages
2,694
Reaction score
35
Points
35
kemungkinan besar BLR x berubah untuk tahun depan .. so sapa buat loan dsb bayar cam besa la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register