BTC USD 27,699.5 Gold USD 1,977.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar inflasi dijangka meningkat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
AFFIN Hwang Capital Research menjangka kadar inflasi meningkat 3.3 peratus pada Oktober susulan program rasionalisasi subsidi minyak kerajaan.

Harga petrol gred RON95 baru-baru ini naik 9.5 peratus atau 20 sen daripada RM2.10 seliter kepada RM2.30 seliter, manakala harga diesel 10 peratus atau 20 sen daripada RM2 kepada RM2.20 seliter.

Firma penyelidikan itu berkata, kadar inflasi meningkat daripada 3.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos kepada 2.6 peratus pada September, sejajar dengan jangkaan pasaran.

“Kos pengangkutan turun kepada 0.5 peratus tahun ke tahun pada September (5.5 peratus pada Ogos), terutamanya disebabkan kesan asas yang perlahan selepas kenaikan harga petrol pada bulan sama tahun lalu,” katanya.

Affin Hwang Capital berkata, begitu juga, harga makanan, yang menyumbang 30.3 peratus daripada jumlah indeks harga pengguna, turun daripada 3.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos kepada 3.2 peratus pada September.

“Kami menjangka inflasi kekal pada sekitar 3.4 peratus pada 2014 berbanding 2.1 peratus pada 2013,” kata firma penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ke arah 2015, kadar inflasi negara dijangka meningkat kepada antara 4.0-5.0 peratus, berikutan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan skim subsidi bersasar.

Sementara itu, RHB Research Institute berkata, kesan daripada pelaksanaan GST, inflasi dijangka meningkat dengan ketara kepada 4.2 peratus pada 2015, naik daripada 3.4 peratus yang dianggarkan pada 2014 dan berbanding 1.6 peratus yang rendah pada 2012.

“Mengurangkan inflasi ketika pertumbuhan perlahan menunjukkan bahawa tiada gesaan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat,” katanya.

Kedua-dua firma penyelidikan turut berpendapat kadar dasar semalaman (OPR) bank pusat akan berada pada 3.25 untuk sepanjang tahun, bagaimanapun boleh dinaikkan sebanyak 25 mata asas pada 2015. - Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register