Kadar Dividen SSPN-i 4 Peratus

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376
KUALA LUMPUR, 6 Mei - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tahun 2015 adalah sebanyak 4 peratus

Katanya, pemberian tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM60.8 juta

Kadar yang diberikan ini lebih tinggi daripada kadar faedah atau keuntungan untuk akaun simpanan oleh kebanyakan institusi kewangan, katanya

"Pemberian kadar dividen yang tinggi ini diharap menjadikan SSPN-i lebih berdaya saing dan menarik lebih banyak pembukaan akaun serta penambahan deposit SSPN-i," katanya

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalannya Datuk Mary Yap Kain Ching pada Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus dan Ejen Online Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini hari ini

Turut hadir Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah

Sementara itu, Idris berkata Ejen Online PTPTN merupakan ejen berdaftar yang memasarkan SSPN-i Plus secara dalam talian atau secara bersemuka dan layak diberi komisen pada kadar ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu

Ejen Online PTPTN tersebut terdiri daripada Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online

"Bagi Rakan Niaga Affiliate mereka akan menerima komisen sebanyak 15 peratus manakala Ejen Pemasaran Online sebanyak 25 peratus

"Ejen Online ini diperkenalkan untuk menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia menyimpan dalam SSPN-i Plus kerana dengan adanya ejen ini, akan membantu rakyat Malaysia membuka akaun dan transaksi dengan lebih mudah," katanya

Menurut Idris, Ejen Online PTPTN tidak perlu menyediakan sebarang modal, waktu kerja yang fleksibel, latihan dan bimbingan berterusan serta ia tidak melibatkan transaksi tunai

Bersempena tahun pertama pelancaran SSPN-i Plus, pendeposit yang membuat simpanan serendah RM50 berpeluang merebut hadiah keseluruhan bernilai RM3 juta termasuk hadiah utama sebuah apartmen di Lembah Klang bernilai RM500,000
 
Sponsored Post

i uniq

Active Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
1,573
Reaction score
7
Points
35
pemasaran je hebat sspni plus ni..tp return mngecewakan bagi ak..indah khabar dr rupa..return ckit, benefit simpanan mcm takaful yg asal boleh je..pendek kata matlamat utk memastikan simpanan anak cukup untuk masuk universiti tak tercapai..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376

SSPN catat peningkatan keuntungan pelaburan


KUALA LUMPUR: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) memperoleh keuntungan pelaburan terkumpul sebanyak RM151.5 juta setakat suku ketiga tahun ini, peningkatan sebanyak 25.9 peratus berbanding RM120.33 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Sehubungan itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangka mampu mengekal atau meningkatkan kadar pembayaran dividen kepada lebih 4.26 juta pemilik akaun SSPN bagi tahun ini.

Bagi 2018, PTPTN mengagihkan dividen SSPN pada kadar empat peratus kepada 3.52 juta akaun membabitkan peruntukan berjumlah RM118.61 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, PTPTN memaklumkan, pencapaian SSPN bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menyaksikan jumlah deposit meningkat kepada RM581.83 juta berbanding RM486.92 juta bagi tempoh sama 2018.

“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM94.91 juta atau 19.5 peratus, sekali gus menjadikan deposit SSPN terkumpul keseluruhan sehingga September 2019 berjumlah RM4.65 bilion.

“Berikutan itu, PTPTN mengunjurkan jumlah deposit bagi 2019 adalah sebanyak RM1.3 bilion berbanding RM1.13 bilion pada 2018, iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus,” kata perbadanan berkenaan.

Unjuran itu berasaskan pencapaian positif yang dipacu menerusi langkah berterusan promosi galakan penabungan sepanjang tahun di seluruh negara seperti program Jelajah SSPN, Minggu Menabung dan Gerak Gempur Skim Simpanan (2G2S).

Ia juga disumbangkan oleh kenaikan jumlah insentif pelepasan cukai daripada RM6,000 kepada RM8,000 seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi Belanjawan 2019.

“Selaras hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi, PTPTN mengamalkan kaedah pelaburan patuh syariah jangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, di samping memberi pulangan atau keuntungan tinggi dan positif.

“Pemantapan strategi pelaburan dengan menumpukan kepada simpanan tetap jangka panjang berjaya mengurangkan tekanan daripada pasaran ekuiti yang tidak menentu di peringkat global,” katanya.

SSPN adalah instrumen simpanan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan serta produk patuh syariah yang menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ yang menawarkan pelbagai keistimewaan lain seperti geran sepadan dan perlindungan takaful.

“Dengan pelbagai keistimewaan dan insentif ditawarkan serta kesedaran masyarakat mengenai penabungan bagi tujuan pendidikan, sehingga 30 September lalu, sebanyak 347,709 akaun baharu SSPN telah dibuka dan dijangka terus meningkat sehingga hujung tahun ini.

“Secara keseluruhan, sehingga akhir suku ketiga 2019, sebanyak 4.26 juta akaun SSPN telah dibuka sejak dilancarkan pada 2014,” kata perbadanan itu.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan beramah mesra bersama penerima bantuan beg dan peralatan persekolahan pada Program Kembali Ke Sekolah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal. Seramai 100 murid menerima bantuan pada program tersebut. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

PTPTN jangka kadar dividen SSPN yang kompetitif tahun ini


BUTTERWORTH, 24 Dis -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkakan pengagihan kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang kompetitif pada tahun ini.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata jangkaan itu adalah berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan.

"Sehingga suku ketiga 2019 ada 4.26 juta akaun yang telah dibuka sejak pelancaran. Daripada segi akaun baharu pada tahun ini, sebanyak 347,709 akaun telah dibuka sehingga 30 Sept. Daripada segi jumlah tabungan yang kita uruskan juga hampir RM5 bilion setakat ini. Ini satu pencapaian yang memberangsangkan bagi saya.

"Saya rasa dividen kita akan menjadi satu dividen yang kompetitif berbanding produk-produk lain yang ada di pasaran. Setakat ini daripada segi puratanya ialah sekitar empat peratus setahun. Kita akan umumkan dalam pertengahan Januari nanti berapa dividen yang kita akan berikan untuk tahun 2019," katanya kepada pemberita selepas program Kembali Ke Sekolah di sini Isnin malam.

Pada program itu , Wan Saiful turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM72,400 untuk diagihkan kepada penerima yang layak di Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya juga sedang berusaha untuk mencapai sasaran kutipan tabungan sebanyak RM1 bilion pada tahun ini dan beliau yakin jumlah itu dapat dicapai penghujung tahun ini.

"Kita akan tengok dalam masa dua minggu lagi, sasaran ini boleh capai atau tidak. Pegawai-pegawai PTPTN sedang bertungkus lumus memastikan sasaran RM1 bilion ini tercapai. Kutipan SSPN pada tahun lepas mencatat rekod RM1.13 bilion. Kita sedang usaha untuk mengatasi rekod itu tahun ini," katanya.

Wan Saiful berkata penekanan PTPTN pada masa ini adalah menggalakkan lebih ramai menabung dalam SSPN dan seterusnya menikmati pelbagai keistimewaan serta insentif yang ditawarkan.

"Alhamdulillah dengan kempen penabungan yang kita jalankan setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk memanfaatkan sepenuhnya insentif yang kita berikan di PTPTN. Bagi insentif pelepasan cukai terutama sehingga 31 Dis, mereka yang menyimpan dalam SSPN akan mendapat pelepasan cukai sehingga maksimum RM8,000.

"Ini jumlah yang cukup tinggi daripada segi pulangan yang mereka perolehi. Selain itu, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melebihi RM1.1 juta yang ditawarkan menerusi Cabutan Hadiah SSPN 2019 termasuk kereta Proton X70 Premium di mana pemenangnya akan umumkan Januari ini," katanya.

-- BERNAMA


 

macellsprvive

Active Member
Joined
Mar 25, 2013
Messages
1,555
Reaction score
287
Points
41
Ohh pertengahan januari 2020 baru umum dividen utk 2019.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
Dividen SSPN 4 peratus



PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hari ini, mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2019 untuk dua produknya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus sebanyak empat peratus.


Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata, agihan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM147.25 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 4.39 juta pendeposit SSPN.

Katanya, pada 2019, PTPTN berjaya mencapai peningkatan tertinggi jumlah simpanan SSPN dengan keuntungan pelaburan mampan hingga mampu memberikan dividen kompetitif kepada pendeposit SSPN.

“Bagi tahun 2019, SSPN memperoleh keuntungan pelaburan berjumlah RM205.27 juta. Ia menunjukkan peningkatan RM41.73 juta (25.52 peratus) berbanding RM163.54 juta pada tahun 2018.

“Keuntungan SSPN 2019 ini, adalah tertinggi pernah dicapai dalam sejarah PTPTN.

“PTPTN juga berjaya mencapai kutipan deposit SSPN bagi tahun 2019 berjumlah RM1.37 bilion tertinggi pernah dicapai PTPTN sejak produk SSPN diwujudkan pada tahun 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Dividen SSPN 2019 & Pelancaran Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020 di Menara PTPTN di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, agihan dividen berkenaan akan mula dimasukkan ke akaun pendeposit mulai Sabtu ini.

Sementara itu, beliau berkata pendeposit SSPN-i yang membuka akaun untuk jangka masa panjang sebelum tahun 2017 dan menambah simpanan mereka sepanjang tempoh promosi mulai hari ini hingga 30 April akan diberikan Ganjaran Kesetiaan 2020 sebanyak satu peratus.

“Ini adalah insentif khas sebagai pulangan tambahan selain dividen tahunan,” katanya.

Katanya, PTPTN turut menyasarkan RM1.5 bilion kutipan deposit SSPN untuk tahun ini.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register