BTC USD 49,864.5 Gold USD 1,696.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar caruman KWSP pekerja dinaik semula

CG Sponsors




General Juhziz

Super Active Member
Joined
Apr 21, 2010
Messages
8,683
Reaction score
254
Points
81
Kadar caruman KWSP pekerja dinaik semula
Oleh Shahrizan Salian
[email protected]
2010/11/19
Majikan perlu pastikan potong 11 peratus mulai gaji Januari

KUALA LUMPUR: Kadar caruman bahagian pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada lapan peratus sekarang berkuat kuasa daripada gaji Januari 2011.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata majikan perlu memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru berkenaan dan dibayar kepada kumpulan wang persaraan itu bermula daripada caruman Februari 2011.
Katanya, bagi ahli yang mengemukakan borang untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu, tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

“Caruman KWSP bulanan daripada majikan dikekalkan pada 12 peratus,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Kadar caruman bahagian pekerja sebelum ini diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada lapan peratus bermula Januari 2009 hingga Disember 2010.

Langkah itu diumumkan kerajaan pada akhir 2008 yang bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna golongan pekerja sejajar keadaan ekonomi pada masa itu.
Majikan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubungan perkara itu, boleh mengunjungi cawangan KWSP berhampiran, menghubungi pusat panggilan KWSP di 03-89226000 atau menghantar pertanyaan melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.

Langkah menaikkan semula kadar caruman pekerja itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2010 tahun lalu berikutan keadaan ekonomi yang dijangka pulih.

Sebelum itu, kerajaan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman KWSP mereka secara sukarela daripada 11 peratus kepada lapan peratus selama dua tahun sebagai sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM7 bilion yang diperkenalkan pada November 2008.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memandangkan jangka hayat rakyat semakin meningkat, tabungan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi selepas persaraan dan sehubungan itu, skim anuiti adalah satu instrumen kewangan sesuai bagi tujuan menampung pendapatan semasa persaraan.

Kerajaan, katanya sedar betapa pentingnya untuk rakyat menyimpan semasa usia muda bagi memastikan aliran pendapatan tetap dan berterusan selepas persaraan.

Seramai 2.2 juta atau 40 peratus daripada pencarum KWSP memilih untuk mengurangkan caruman masing-masing kepada lapan peratus.

~X(~X(~X(~X(

berita ini sgt aku xsuke!!!!! cukup2 jelah 8% ni nk naekkan 11%
terduduk duit aku dlm tu..rugi sungguh
 
Sponsored Post

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316
owwhh... krajaan nak carik funder xpress untuk pembinaan makam 100 tingkat firaunah kat kl nanti... :))
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
duit takde beb.:))
 

Diip

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
1,349
Reaction score
11
Points
35
Banyak la collection diaorang..masuk ke diaorang cepat je..nak keluar kan, bukan main susah, padahal bukan duit mak bapak diaorang tu pun...
 

antudegil

Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
1,790
Reaction score
103
Points
33
apa kaitan menara warisan 100 tingkat dengan kwsp? ke aku yang tak reti selok belok meniaga atau ekonomi ni? hermp...

@General Juhziz
bukan ke lepas confirm je keje dengan gomen terus bley kuarkan duit kwsp tu?
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,390
Reaction score
1,559
Points
201
cept la pru wei .... kasi bungkus kow2
 

General Juhziz

Super Active Member
Joined
Apr 21, 2010
Messages
8,683
Reaction score
254
Points
81
apa kaitan menara warisan 100 tingkat dengan kwsp? ke aku yang tak reti selok belok meniaga atau ekonomi ni? hermp...

@General Juhziz
bukan ke lepas confirm je keje dengan gomen terus bley kuarkan duit kwsp tu?
aku lum confirm lg broo..kalau dh komfirm pun 3thn br leh tutup ac kt KWSP tu~X(~X(~X(~X(

@ antudegil sokong naekkan simpanan epf dr 8 kpd 11%?

naek byk tu dlm 300++ aku kne
 

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316
apa kaitan menara warisan 100 tingkat dengan kwsp? ke aku yang tak reti selok belok meniaga atau ekonomi ni? hermp...

@General Juhziz
bukan ke lepas confirm je keje dengan gomen terus bley kuarkan duit kwsp tu?
hehee... sapa yg uruskan funder kwsp yg beratus bilion ringgit laa nie?... macam tak paham pulak... hehee... :))

nak tapau duit petronas tak boleh sebab entiti lain...

kelilau carik sana sini... nampak gunung emas kwsp plak... :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register