Kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar dikaji: Rais

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankan dan tidak mahal.

"Bagi tujuan itu kementerian akan membuat perbandingan harga yang digunakan di Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Ini untuk memastikan kadar harga yang dikenakan adalah tidak membebankan," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun perbincangan mengenai kadar bayaran kurang digemari syarikat penyedia perkhidmatan, tetapi kementerian tetap komited untuk menurunkan kadar bayaran supaya lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan, seterusnya kadarnya akan menjadi lebih murah.

Rais berkata, kementerian akan terus memantau kadar harga yang dikenakan selain menggesa semua syarikat penyedia perkhidmatan mempunyai tanggungjawab sosial untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu.

"Kita harap harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada di tahap yang tidak membebankan...untuk itu semua syarikat perkhidmatan perlu mempunyai tanggungjawab sosial untuk mencapai hasrat kerajaan ini," katanya.

Sementara itu, Rais turut memaklumkan penggunaan isi rumah sebagai pengukur indeks penembusan jalur lebar di Malaysia yang digunakan sejak 10 tahun lalu sudah tidak praktikal untuk digunakan ketika ini.

Beliau berkata, penembusan jalur lebar bukan hanya perlu fokus kepada isi rumah semata-mata sebaliknya perlu lihat kepada jumlah penggunaan telefon mudah alih dan komputer yang kini mencecah 28 juta pengguna.

"Kaedah pengiraan isi rumah sebagai indeks pengukur kadar penembusan jalur lebar mula digunakan di Korea sejak 10 tahun lalu dan Malaysia turut menggunakan kaedah sama. Jadi kita (Malaysia) juga gunakan jumlah isi rumah yang berjumlah enam juta (ketika itu) untuk menetapkan indeks penembusan jalur lebar dalam negara.

"Kita tidak menolaknya, malah ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mencatatkan daripada jumlah enam juta isi rumah, penembusan jalur lebar telah mencapai tahap 31 peratus," katanya.

Beliau berkata, walaupun penggunaan telefon mudah alih dan komputer meningkat, tetapi hairan bagaimana kedua-dua alat ini tidak dijadikan data untuk mengukur kadar penembusan jalur lebar ketika ini.

Katanya, jika telefon mudah alih dijadikan sebagai indeks atau penentu, ia lebih tepat kerana terdapat sebanyak 28 juta pengguna telefon mudah alih di Malaysia dan boleh dikatakan semuanya menggunakan telefon yang mempunyai perkhidmatan 3G, yang mengandungi sistem digital dan bunyi, yang bermakna penembusan jalur lebar telah sampai dan meningkat.

Rais berkata, jika kedua-dua alat ini digunakan sebagai indeks pengukur, beliau yakin indeks penembusan jalur lebar dalam negara telah melebihi tahap 31 peratus yang dicatatkan ketika ini.
 
Sponsored Post

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
kalau nk kaji balik ni aku rasa makin naik lak rate pasnih..hoho
 

deqirana

Fun Poster
Joined
Feb 6, 2009
Messages
786
Reaction score
3
Points
15
dikaji balik SUPAYA tidak bebankan rakyat lerr....means CADANGAN untuk murahkan la tue...
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
mahal giler...

pastu line connection terhegeh2....
 

anakmalaya

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2009
Messages
3,633
Reaction score
47
Points
30
15mbps RM50 mcm kat singapore tuh.. best!!!!
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
harga perkhidmatan di malaysia masih murah berbanding negara jiran :D:D:D


skrip yang akan diguna pakai :p:p
 

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
dikaji balik SUPAYA tidak bebankan rakyat lerr....means CADANGAN untuk murahkan la tue...
ye lah tu....biasa kalau kerajaan melesia buat kajian makin tak munasabah la plak..haritu nk kaji rege minyak..last2 naik jgk ~X(

tp kalau betul la makin murah..alhamdulillah la..:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register