BTC USD 58,786.4 Gold USD 2,579.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Pengenalan Sabah ‘projek Mahathir’ - Hassnar

164434_10200958525024323_644646318_n.jpg
 
Sponsored Post

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim secara tegas mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang projek kad pengenalan (IC) Sabah.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.

Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.

"Walaupun saya sudah berusia 62 tahun, tapi saya masih kuat, segak dan saya belum nyanyuk. Megat Junid sendiri beritahu saya projek IC diluluskan oleh Mahathir.

"Memang berlaku pertemuan di antara Megat Junid dan bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh ketika itu.

"Saya ulang, kalau polis dengar apa yang saya katakan ini, sila rakam. Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau polis mahu dakwa saya silakan. Kita jumpa di mahkamah," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Hassnar yang merupakan bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 juga berkata, IC tersebut bertujuan untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang belum menyertai BN ketika itu.

"Pada tahun 1988, PBS sedar perkara ini berlaku dan syarat yang dikenakan saya mesti dipenjarakan.

"Jadi saya ditahan di bawah ISA selama 59 hari. Walaupun saya buat kerja buat kerja untuk Umno ketika itu, saya tetap ditahan. Jadi berkawan dengan orang Umno kerana walaupun anda buat kerja untuk mereka, anda tak terkecuali daripada diambil tindakan," katanya.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.

Selain itu, beliau turut mendakwa rusuhan tersebunyi yang berlaku pada tahun 1986 di Sabah merupakan perancangan Tun Mahathir selepas kekalahan BN.

Rusuhan selama 48 hari itu mengakibatkan letupan bom, pembakaran masjid dan menyebabkan lima terbunuh.


PENGKHIANAT SEBENAR AGAMA,BANGSA DAN NEGRA SEBENARNYA ADALAH UMNGOK

org sabah kalo sokong umno lagi berperang la korang dgn sulu sampai kiamat...hidup x akan aman...nasib korang la dapat musa aman jadi KM...kahkahkah
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register