akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,541
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,541
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Kad Kredit Korporat bunuh syarikat pelancongan Bumiputera
IZWAN ROZLIN
Sheikh Awadh menunjukkan surat rasmi MATTA kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya satu perbincangan diadakan bagi mewujudkan situasi menang-menang kerajaan dan pemain industri.
KUALA LUMPUR – Kira-kira 60 peratus syarikat ejen pelancongan Bumiputera bakal terjejas berikutan pelaksanaan penggunaan Kad Kredit Korporat Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Timbalan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Sheikh Awadh Sheikh Abdullah berkata, penggunaan Kad Kredit Korporat Kerajaan menyebabkan pihak kementerian, jabatan, agensi dan syarikat berkenaan kerajaan (GLC) dilihat lebih berminat membuat pembelian secara terus kepada syarikat penerbangan dan hotel berbanding menggunakan khidmat ejen pelancongan.
Sheikh Awadh
Sheikh Awadh
Menurutnya, impak daripada pelaksanaan pekeliling ini telah menjadikan penggunaan perkhidmatan ejen pelancongan Bumiputera seolah-olah tidak lagi relevan.
"Hasil tinjauan dalam kalangan ahli Bumiputera MATTA menunjukkan perniagaan ejen pelancongan Bumiputera mengalami penurunan mendadak.
"Tinjauan tersebut juga mendedahkan bahawa 100 peratus daripada ejen pelancongan Bumiputera ini telah menyediakan perkhidmatan seperti penjadualan semula, pembatalan, dan perubahan jadual perjalanan, yang membantu pihak kerajaan mengelakkan kos tambahan untuk pembelian baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MATTA di sini pada Selasa.
Tambahnya, sebanyak 65 peratus ejen pelancongan menggunakan kos operasi mereka sendiri untuk sebarang kos, sekali gus mengelakkan kerugian di pihak kerajaan.
"Pembelian tiket penerbangan secara terus dari syarikat penerbangan tidak semestinya menjamin harga yang lebih murah.
Ujarnya, ejen pelancongan sebelum ini sebenarnya telah berupaya membantu menangani isu ini dengan menyediakan perkhidmatan tambahan seperti akses kepada perbandingan harga, dan bantuan bagi sebarang pembatalan atau perubahan tempahan tiket.
Sheikh Awadh (duduk tengah) bersama wakil syarikat ejen pelancongan Bumiputera yang hadir sidang akhbar pada Selasa.

"Perkhidmatan ini memberikan harga yang lebih stabil dan juga ada masanya lebih murah, kerana ejen pelancongan boleh mendapatkan harga yang lebih berpatutan dan membantu proses perjalanan secara keseluruhan.
"Terbukti ejen pelancongan memberikan satu opsyen yang lebih mampan dan stabil berbanding tempahan secara terus daripada syarikat penerbangan,” katanya.
Menurut Sheikh Awadh tahun lalu, 76.5 peratus daripada syarikat pelancongan mencatatkan penurunan keuntungan mendadak.
"Manakala 65 peratus lagi telah mengalami kerugian lebih RM500,000 sejak tahun 2022,” katanya.
MATTA dalam pada itu menggesa kerajaan untuk menilai semula pindaan pekeliling ini, agar lebih banyak peluang dapat diberikan kepada agensi pelancongan Bumiputera dan mengembalikan peranan mereka dalam menyokong jabatan, agensi, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"MATTA juga menyeru agar keseimbangan antara usaha penjimatan kos dan sokongan kepada IKS Bumiputera diwujudkan, demi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan merangkumi semua sektor,” jelasnya.