BTC USD 54,913.1 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Kad Grafik AMD RDNA3, Sambungan DisplayPort 2.0

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Kad Grafik AMD RDNA3 Mungkin Hadir Dengan Sambungan DisplayPort 2.0 - Boleh Memaparkan Dua Paparan 4K Dengan Kadar Segar Semula 144Hz;

AMD dilihat semakin mengganas di arena pembuatan kad grafik, khususnya selepas pelancaran siri kad grafik RDNA2 mereka yang terdiri daripada siri kad grafik AMD Radeon RX 6000. Kad-kad grafik ini, terutamanya AMD Radeon RX 6800 dan Radeon RX 6900XT mampu menggerakkan permainan-permainan komputer moden pada resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz.

Terkini, laporan daripada VideoCardz memperlihatkan bahawa AMD baru-baru ini telah memasukkan kod untuk sokongan bagi teknologi sambungan DisplayPort 2.0, sebuah penaiktarafan besar kepada piawaian yang digunakan sekarang, iaitu DisplayPort 1.4a.
RDNA3-DisplayPort2.0-950x413.png.webp

Diumumkan pada tahun 2019, DisplayPort 2.0 mempunyai kelajuan penghantaran data 80Gbit/s, iaitu empat kali ganda lebih pantas berbanding dengan DisplayPort 1.4a pada kadar 20Gbit/s. Dalam penjelasan yang mudah difahami, perbezaannya disini ialah sambungan DisplayPort 2.0 ini mampu menggerakkan dua paparan pada resolusi 4K dan kadar segar semula 144Hz, ataupun satu paparan dengan resolusi 10K pada kadar segar semula 60Hz.

Kemaskini kod oleh AMD ini kebarangkalian besar merujuk kepada kad-kad grafik yang akan menggunakan cip grafik RDNA3 kelak, khususnya kerana kad grafik yang hadir dengan RDNA2 tidak menyokong teknologi baru ini.

Sumber asal https://videocardz.com/newz/amd-rdna3-gpus-might-support-displayport-2-0
 

CG Sponsors




Top
Log in Register