Kad Fizikal Grab Untuk Pembayaran Di Kedai - GrabPay Card

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,964
Reaction score
2,467
Points
236
Grab sedia memfokuskan kepada penawaran pembayaran nirtunai mereka, GrabPay sejak akhir-akhir ini. Terbaru, di Singapura, Grab telah pun memperkenalkan kad fizikal mereka tersendiri, dinamakan GrabPay Card.

GrabPay Card diperkenalkan hasil kerjasama dengan pihak Mastercard, sekaligus membolehkan pengguna membuat pembayaran di lebih 53 juta kedai seluruh dunia.

Penawaran ini juga sekaligus membolehkan pengguna memantau perbelanjaan melalui aplikasi GrabPay, selain mana turut menerima Grab Rewards untuk perbelanjanaan mereka.

Buat masa ini, Grab hanya menawarkan GrabPay Card ini di Singapura sahaja, dan akan diperluaskan ke Filipina pada awal tahun hadapan. Grab menyasarkan pengenalan di negara-negara lain pada pertengahan pertama 2020 kelak.



Sumber asal https://www.grab.com/sg/pay/card/grabpay/
 
Sponsored Post

BroAct

Active Member
Joined
Feb 21, 2008
Messages
2,290
Reaction score
78
Points
35
semua dah beriya masuk bisnes cashless. good move from Grab
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,453
Reaction score
479
Points
81
Dah ada bigpay.. Skrg nak grab pay pula..

Byk sgt prepaid card.. Tapi ok la, harap lebih ramai membayar guna ewallet je..
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,964
Reaction score
2,467
Points
236
Salah Satu Dompet Digital Nirtunai Dibawah Program eTunai

Grab
kini telah menjadi salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Perkhidmatan yang dahulunya memfokuskan kepada tempahan seru-pandu ke destinasi, kini telah diperluaskan melalui sejumlah perkhidmatan bersama-sama dengannya seperti GrabFood, GrabMart dan sebagainya.

Menariknya, menjadi tunjang utama yang menghubungkan semua perkhidmatan berkenaan adalah GrabPay – iaitu platform pembayaran nirtunai daripada Grab tersendiri.



Baru-baru ini, GrabPay telah pun dipilih sebagai salah satu daripada tiga perkhidmatan dompet digital nirtunai untuk program eTunai, sekaligus memberikan peluang kepada pengguna untuk menebus kredit sebanyak RM30 dan menggunakannya dalam transaksi nirtunai.

Melalui siri artikel ini, kami akan melihat kepada ketiga-tiga dompet digital yang terpilih, dan dimulakan dengan GrabPay.


Tempahan Kenderaan Seru-Pandu



Seperti ramai sedia maklum, Grab sedia terkenal dengan perkhidmatan tempahan kenderaan seru-pandu. Ia menggunakan platform pembayaran GrabPay, sekaligus membolehkan pengguna menerima lebih mata ganjaran dan diskaun berbanding penggunaan bayaran berasaskan kad kredit atau tunai.

Melalui perkhidmatan tempahan kenderaan ini, pengguna boleh melakukannya terus melalui aplikasi sama dan menggunakan ekosistem sama – berbeza dengan perkhidmatan nirtunai lain.

Antara tempahan kenderaan seru-pandu yang boleh dilakukan adalah termasuk kereta, motorsikal, dan beberapa pilihan premium.

Kelebihan membuat pembayaran menggunakan GrabPay ketika menempah perkhidmatan ini adalah seperti dinyatakan awal tadi, dimana ia kadang-kala memberikan diskaun tambahan kepada pengguna berbanding penggunaan tunai atau kad kredit/debit.


Membuat Tempahan Makanan



Pada aplikasi sama juga, Grab turut menyertakan sokongan GrabFood. Perkhidmatan tempahan makanan ini juga turut mengutamakan bayaran menggunakan GrabPay.

Melaluinya, pengguna boleh memilih makanan yang ingin dinikmati daripada ribuan rakan kerjasama GrabFood, dan membuat tempahan serta bayaran menggunakan GrabPay. Makanan berkenaan akan dihantar terus kepada pengguna dilokasi yang ditetapkan.

GrabFood turut menawarkan diskaun untuk sejumlah makanan, tetapi ia adalah bergantung kepada promosi yang disediakan oleh pihak Grab sendiri.


Tambah-Nilai Prabayar



Sebagai pengguna talian prabayar, salah satu perkara yang sering dilakukan adalah pembelian kredit tambah-nilai. Melalui GrabPay, perkara ini dipermudahkan lagi, dimana tambah-nilai boleh dilakukan dengan mudah pada bila-bila masa.

Menariknya, kadang-kala akan menerima pulangan wang tunai untuk pembelian tambah-nilai ini, menjadikan kosnya adalah lebih rendah berbanding pembelian di kedai fizikal lain.


Memindah Wang Kepada Rakan Atau Ahli-Keluarga

Salah satu kelebihan menggunakan GrabPay juga adalah kemudahan untuk memindah wang kepada rakan-rakan atau ahli-keluarga yang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai kredit yang tinggi di GrabPay, anda boleh memindahkan sebahagiannya kepada adik anda untuk digunakan oleh mereka bagi menggunakan perkhidmatan GrabPay serta ekosistem disebaliknya. Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses pemindahan wang ini.


Membeli Barangan Runcit

Grab juga turut telah menambah sokongan GrabMart pada aplikasi mereka, sekaligus memudahkan anda membuat pembelian barangan runcit menggunakan GrabPay.

Menariknya juga, barangan yang ditawarkan melalui GrabMart ada kalanya lebih murah berbanding dengan penawaran di kedai fizikal berkenaan sendiri – sekaligus memberikan anda lebih sebab untuk menggunakannya dan membuat pembayaran menggunakan GrabPay.


Membuat Bayaran Nirtunai Di Kedai Fizikal



Selain daripada hanya membuat pembelian dalam aplikasi sahaja, GrabPay turut disokong disejumlah kedai-kedai fizikal diseluruh negara.

Ini bermakna, anda boleh melakukan pembayaran menggunakan GrabPay untuk pembelian fizikal dikedai-kedai yang menerimanya, sekaligus menerima mata ganjaran secara rawak, salah satu perkara yang tidak ditawarkan untuk pembayaran tunai.


Menerima Mata Ganjaran Untuk Ditebus



Satu lagi kelebihan menggunakan GrabPay adalah dimana ia menawarkan sejumlah mata ganjaran, yang mana kemudiannya boleh ditukarkan kepada kredit bagi penggunaan sejumlah perkara, atau digunakan untuk mendapatkan diskaun pembelian beberapa barangan terpilih.


Penutup

Secara kasarnya, antara kelebihan yang kami dapati daripada penggunaan GrabPay adalah lebih kepada ekosistemnya yang tersendiri. Melalui aplikasi sama, pengguna boleh menggunakan kredit di GrabPay untuk tujuan seru-pandu ke destinasi, membuat tempahan makanan, membeli barangan runcit, dan sebagainya. Perkara ini boleh dikatakan salah satu kelebihan pada GrabPay yang tidak terdapat pada beberapa dompet digital lain dipasaran.

Pada masa yang sama, penawaran mata ganjaran dan pulangan wang secara rawak turut memberikan kelebihan untuk dompet digital ini.

Mungkin terdapat beberapa perkara lain yang perlu ditambah-baik pada GrabPay – seperti proses pembayaran di kedai fizikal yang lebih pantas, antaramuka yang lebih ringkas (dengan penambahan ciri baru, beberapa perkara lain menjadi sukar dicapai), dan mungkin juga paparan bentuk perbelanjaan kita secara kasar dan bukan log perbelanjaan semata-mata (salah satu perkara yang ditawarkan melalui aplikasi CIMB EVA). Kami juga berharap agar GrabPay akan menawarkan kemudahan untuk memindahkan kredit daripada dompet digital ke akaun bank tempatan.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,188
Reaction score
1,533
Points
596
semua dah beriya masuk bisnes cashless. good move from Grab
Macam lani kat tesco

Pakai touch n go ja

Topup touch n go

Pi shopping tesco

Bawa kad touch n go ja

Cashless
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,964
Reaction score
2,467
Points
236
Anda Boleh Tebus RM30 Percuma Ke Dompet Digital Anda Bermula Hari Ini

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan kredit sebanyak RM30 kepada rakyat Malaysia, dalam usaha untuk mengalakkan pengguna melakukan transaksi nirtunai. Selari dengannya, bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh menebus kredit sebanyak RM30 berkenaan melalui dompet digital GrabPay, Touch n Go eWallet dan juga Boost.

Untuk melayakkan anda menerima RM30 ini, pengguna mestilah berusia 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2019, rakyat Malaysia, dan menjana pendapatan kurang RM100,000 setahun.

Untuk menebusnya, anda boleh ke mana-mana dompet digital terlibat – iaitu Boost, GrabPay atau Touch n Go eWallet, dan klik pada butang tebusan yang terdapat padanya. Pengguna perlu mengesahkan identiti mereka terlebih dahulu dengan memuat-naik kad pengenalan mereka ke dompet digital berkenaan.

Setiap pengguna hanya boleh melakukan tebusan di satu dompet digital sahaja, dan ia akan mengambil masa seketika sebelum anda melihat kredit berkenaan di dompet digital anda. Kredit RM30 yang diterima perlulah digunakan sebelum 14 Mac 2020 kelak.

 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,964
Reaction score
2,467
Points
236
Grab Berhasrat Memperkenalkan GrabPay Card Di Malaysia Pada Tahun Ini

Grab pada penghujung 2019 yang lepas telah memperkenalkan sebuah kad fizikal hasil kerjasama dengan pihak Mastercard di Singapura. Melaluinya, ia membolehkan pengguna memautkan akaun GrabPay ke sebuah kad fizikal - dan menggunakannya di kedai-kedai dan transaksi lain seperti penggunaan kad kredit atau debit biasa.

Lanjutan daripada pengenalan di Singapura, kini pihak Grab Malaysia turut berkongsi mengatakan mereka sedang melihat untuk memperkenalkan GrabPay Card untuk pasaran tempatan.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan kad fizikal ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini dalam bulan-bulan akan datang, apatah lagi dengan arena transaksi nirtunai yang semakin menjadi fokus pada tahun ini.



Sumber rujukan https://www.grab.com/my/pay/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register